Ada segelintir pemandu di Malaysia yang bukan saja mencari tayar harian yang boleh bawa mereka dari rumah di Klang ke pejabat di Kuala Lumpur, mereka juga gunakan kenderaan yang sama untuk pemanduan agresif laluan Karak pada hujung minggu ataupun sewaktu trackday di Sepang. Jadi, tayar berprestasi tinggi diperlukan untuk sesuatu yang serius.
Kategori paling atas tayar berada dalam spektrum bertentangan dengan tayar bajet yang pernah kita bincang terlebih dahulu. Prioriti utama tayar kategori ini adalah grip untuk pastikan kenderaan melekat di atas jalan raya pada sebarang keadaan sama ada basah ataupun kering.
Dalam artikel ini, anda akan pelajari produk tayar berprestasi tinggi yang ditawarkan 5 jenama utama di Malaysia iaitu Bridgestone, Continental, Goodyear, Michelin, dan Pirelli terutamanya teknologi disebalik yang buatkannya premium dan sesuai untuk pemanduan agressif.
- 5 Tayar Murah Malaysia: Teknologi Premium, Harga Rendah
- Tayar Daily Terbaik untuk Pemanduan Jalan Raya Malaysia
- Tayar Terbaik Untuk Sepang Daripada 5 Jenama Popular Malaysia
Kriteria tayar berprestasi tinggi
Sebelum menelusuri lebih lanjut tentang pilihan tayar setiap jenama. Mari kita gariskan apakah ciri-ciri sebuah tayar berprestasi tinggi. Antaranya adalah:
- Cengkaman jalan kering - tayar prestasi tinggi ada luas permukaan bersentuh jalan yang tinggi dan campuran getah-silika diformulasi khas untuk maksimumkan cengkaman sewaktu pecutan.
- Cengkaman jalan basah - bunga tayar rekaan khas serta kandungan silika tinggi pastikan prestasi tayar kekal walau dalam pemanduan jalan basah.
- Binaan tayar diperkukuh - kerangka tayar prestasi tinggi biasanya lebih keras dengan sistem jalinan bebenang besi untuk pastikan bentuk tayar utuh dalam kelajuan tinggi.
- Gerak balas kemudi jitu - input kemudi dengan gerak balas kenderaan adalah selari supaya kereta pergi ke arah yang pemandu inginkan dengan tepat.
- Tahap kendali haba baik - Tayar prestasi tinggi mampu dipandu laju tanpa alami kemerosotan pantas.
Senarai tayar prestasi tinggi mengikut 5 jenama terkenal Malaysia
1. Bridgestone Potenza & Dueler
Nama Potenza mempunyai nilai warisannya yang tersendiri pada Bridgestone. Ia pernah menjadi tayar Formula 1 dan beberapa siri perlumbaan ketahanan di seluruh dunia. Berikut adalah senarai tayar berprestasi tinggi daripada Bridgestone:
- Potenza Adrenalin RE004
- Potenza S001
- Potenza Sport
- RFT Potenza S001
- Dueler H/P Sport (SUV prestasi)
- Dueler DHPS (SUV prestasi)

Potenza Adrenalin RE004 adalah penawaran tayar prestasi tinggi mampu milik Bridgestone. Ia punyai susunan bunga tayar yang tegap dan kukuh bertunjangkan tiga alur yang bersambung dengan elemen blok sisi. Ia memberikan cengkaman maksimum dalam keadaan basah dan mampu membuang banyak air daripada laluan tayar sewaktu hujan. Campuran silika tinggi kurangkan rintangan guling untuk sumbang kepada tahap penjimatan bahan bakar yang baik.
Potenza Sport dan Potenza S001 pula ada rekaan bunga tayar tak simetri yang berikan prestasi jalan basah maksimum. Keupayaan pemanduan jalan basah yang baik itu juga disumbang oleh rangka tayar yang diperkukuh.

RFT Potenza S001 adalah subset kepada Potenza S001 yang ada satu ciri tambahan iaitu Run-Flat Technology. Dinding tayar ini diperkukuh selanjutnya sehingga bolehkan tayar dipandu tanpa sebarang tekanan angin dengan selamat untuk tiba ke tempat selamat.
Pemilik SUV prestasi tinggi pula boleh pertimbangkan Dueler H/P Sport ataupun Dueler DHPS yang direka khas untuk menahan beban kereta lebih berat melalui jalinan kerangka gelung besi khas pada tayar tersebut.
2. Continental SportContact & MaxContact
Penawaran tayar berprestasi tinggi Continental ada banyak kategori. Ia ada tayar untuk kegunaan harian macam MaxContact ataupun tayar khas untuk pemanduan litar seperti SportContact 7. Berikut adalah senarai tayar premium Continental:
- SportContact 7
- SportContact 6
- ContiSportContact 5 / 5P / 3 / 2
- MaxContact MC7
- MaxContact MC6
- MaxContact MC5
- UltraContact UX7 (SUV prestasi)
- UltraContact UC6 SUV (SUV prestasi)
- ContiCrossContact UHP (SUV prestasi)

SportContact 7 adalah tayar flagship Continental kerana dilengkapi teknologi termaju jenama itu. Ia ada dua teknologi unik yang tiada pada tayar kategori lain iaitu:
- Adaptive Pattern Technology - bunga tayar mampu lentur untuk beri kesan pada karakter tayar bergantung kepada keadaan pemanduan sama ada jalan lurus ataupun di selekoh. Ia mengoptimumkan cengkaman tayar dalam kedua-dua situasi untuk beri lebih keyakinan kepada pemandu.
- Force Clustering - bunga tayar SportContact 7 ditala satu persatu bergantung kepada saiz tayar supaya setiap pemasangan akan merasakan pengalaman “SportContact” yang sama tanpa mengira sama ada EV, SUV, hot hatch ataupun sport.

Tayar ini juga gunakan sebatian getah-silika formula BlackChili³ iaitu formual terkini Continental untuk tayar bercengkaman tinggi di jalan kering dan basah serta ada jarak perbatuan yang panjang. SportContact 6 adalah pilihan harga patut kerana ini adalah tayar generasi terdahulu.
Siri MaxContact MC5, MC6, dan MC7 adalah tayar prestasi untuk kegunaan harian turut menerapkan ciri mengurangkan gegaran dan hingar dalam kabin, ciri yang boleh ditemui pada siri UltraContact dan untuk pengguna SUV dan yang lebih besar, mereka boleh pertimbangkan UltraContact dan ContiCrossContact.
3. Goodyear Eagle F1
Siri tayar prestasi daripada Goodyear ada lencana Eagle F1. Walaupun penawaran yang ada agak terhad tapi ia cukup untuk rangkumi pemandu kasual hingga ke professional. Tayar prestasi Goodyear Eagle F1 adalah seperti berikut:
- Eagle F1 SuperSport RS
- Eagle F1 Sport
- Eagle EfficientGrip
- Excellence

Kesemua tayar Goodyear Eagle ada teknologi ActiveControl dan DynamicBraking.
Teknologi yang pertama memberikan lebih permukaan bersentuh jalan khususnya di pinggir tayar untuk beroleh cengkaman maksimum. Sewaktu mengambil selekoh pula, kenderaan akan kekal stabil hasil daripada binaan kerangka tayar yang diperkukuh.
Teknologi yang seterusnya tertumpu kepada formulasi bahan binaan tayar campuran getah dan silika yang khas yang menyumbang kepada prestasi membrek yang maksimum dalam keadaan basah dan kering dalam kelajuan tinggi.

Khas untuk Eagle F1 Sport, Goodyear memasukkan ciri mengurai bunyi bising dan gegaran daripada masuk ke kabin agar pemanduan lebih senyap dan selesa. Pemandu yang perlukan sesuatu untuk litar Sepang, mereka boleh gunakan Eagle F1 SuperSport RS yang merupakan tayar slick, khas untuk dipandu laju dalam keadaan kering.
Goodyear Excellence adalah tayar untuk pemanduan jarak jauh lebih kepada pengembaraan. Ia ada 3-Zone Technologi iaitu binaan tayar itu sendiri terbahagi kepada zon berbeza, satu direka untuk pengkemudian, satu untuk keselesaan dan satu lagi untuk cengkaman jalan basah.
Akhir sekali, Eagle EfficientGrip ada ciri prestasi dan juga penjimatan minyak. Ia tampilkan teknologi QuietTred yang kurangkan hingar serta formulasi getah-silika khusus untuk penjimatan bahan bakar.
4. Michelin Pilot Sport
Michelin Pilot Sport adalah nama ruji untuk tayar di Malaysia. Ia ada penawaran yang banyak mengikut keperluan pemandu. Berikut adalah pilihan tayar prestasi daripada Michelin:
- Pilot Sport 5
- Pilot Sport S 5
- Pilot Sport 4
- Pilot Super Sport
- Pilot Sport Cup 2 R
- Pilot Sport 4 SUV
- Pilot Sport EV
- Latitude Sport 3 (SUV prestasi)
- Latitude Sport (SUV Prestasi)

Pilot Sport 5 adalah tayar prestasi untuk pemanduan harian pengguna Malaysia. Ia mampu tampung kelajuan tinggi dan masih boleh kendalikan situasi jalan berlubang dengan selamat. Michelin gunakan Dynamic Response Technology iaitu campuran nylon dan aramid pada kerangka tayar untuk berikan gerak balas kemudi yang baik supaya pemandu boleh elak bahagian jalan raya berisiko dengan tepat dan jitu.
Pilot Sport S 5 pula bawa prestasi model sebelum ini ke tahap yang lebih tinggi. Ia ada teknologi Bi-Compound iaitu tayarnya guna dua formula campuran getah-silika. Bahagian luar tayar ada campuran yang fokus pada cengkaman dan kestabilan di selekoh manakala bahagian tengah dikhaskan untuk cengkaman jalan basah.

Di spektrum prestasi paling ekstrim adalah Pilor Sport Cup 2 R. Ini adalah tayar separa slick yang fokus pada penggunaan litar seperti Sepang. Bunga tayar yang minimum buatkannya kurang sesuai untuk kegunaan harian apatah lagi sewaktu jalan basah.
Pengguna EV boleh pertimbangkan Pilot Sport EV yang dirumuskan khas untuk tampung beban sebuah kereta elektrik disamping tahap tork tinggi daripada motor elektrik. Ia turut berikan jarak kembara lebih jauh untuk bateri dan basmi hingar dan gegaran dalam kabin.
Akhir sekali, Michelin juga ada Pilot Sport 4 SUV dan Latitude Sport 3 masing-masing untuk kegunaan SUV prestasi.
5. Pirelli P Zero
Pirelli adalah nama ikonik untuk tayar prestasi. Ia kini menjadi penyedia tayar perlumbaan Formula 1 sejak 2011 dan mereka juga adalah pilihan OEM seperti Ferrari, Lamborghini, McLaren, dan beberapa jenama supercar di luar sana. Berikut adalah pilihan tayar prestasi Pirelli:
- P ZERO (PZ5)
- P ZERO (PZ4)
- P ZERO R
- P ZERO
- P ZERO CORSA
- P ZERO E

P ZERO (PZ5) adalah model terbaharu tayar prestasi Pirelli. Pengeluarnya masukkan semua teknologi termaju yang ada seperti:
- Elect - binaan tayar yang berikan jarak gerak lebih jauh untuk EV dan ketahanan untuk tampung tork tinggi daripada motor elektrik.
- Runforward - dinding tayar diperkukuh untuk bolehkan tayar dipandu 40km pada kelajuan 80km/j walaupun tayar berlubang.
- Runflat - tayar boleh dipandu 80km pada kelajuan 80km/j dalam keadaan pancit.
- Seal Inside - kebocoran tayar ditampal secara automatik daripada dalam.
- PNCS - busa didalam tayar untuk serap gegaran sebelum dipindahkan ke kabin.
- Cyber - tayar pinter yang salurkan data kepada pengguna untuk dipantau.
P ZERO (PZ4) ada semua yang PZ5 ada kecuali ia adalah tayar generasi terdahulu dan untuk tanda harga lebih rendah, P ZERO R adalah paling bawah dalam P ZERO untuk kegunaan harian. Untuk kegunaan trek, P ZERO CORSA (PZC4) adalah pilihan yang paling ekstrim tapi masih sah digunakan secara sah di jalan raya. Ia adalah tayar separa slick.
Pirelli juga ada tayar khas untuk EV iaitu P ZERO E yang berikan prestasi beserta penjimatan elektrik untuk berikan jarak gerak yang panjang.
Dapatkan bateri Astra Untuk Kereta Anda
Nak dapatkan prestasi terbaik sewaktu memandu tak terhad pada kereta sahaja. Bateri automotif yang boleh berkualiti juga kritikal bila anda perah setiap keringat daripada jentera. Sebab itu bateri Astra jadi pilihan pengguna.
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta Astra di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Bateri Astra dilindungi jaminan seluruh Malaysia yang bermakna tuntutan jaminan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bateriku berhampiran anda. Selain itu, setiap pembelian Bateri Astra turut didatangkan dengan perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi PERCUMA sehingga RM7,000. Ini adalah antara yang pertama dalam industri. Jadi, produk ini berikan lebih daripada sekadar menguasakan kenderaan. Berikut adalah perlindungan yang dinikmati pembeli Bateri Astra:
- Kematian: RM7,000
- Kecacatan Kekal (TPD): RM7,000
- Kos pengkebumian: RM2,000
- Kos Ambulans: RM500
Perlindungan yang dinikmati pembeli adalah selama 12 bulan.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

