8 Apr 2026

Tayar Daily Terbaik untuk Pemanduan Jalan Raya Malaysia

Cover image

Sebahagian besar daripada kita tidaklah memandu di atas trek lumba setiap hari. Sebaliknnya, kebanyakan masanya kita memandu merentasi Lebuhraya Persekutuan pergi balik pejabat, Lebuhraya Utara-Selatan sewaktu pulang Hari Raya ataupun “jalan kampung” untuk elak kesesakan laluan utama.

Daripada segi aspek tayar kenderaan, majoriti kita memerlukan sesuatu yang selamat, tahan lama, dan mampu milik. Selepas tayar kategori bajet dalam artikel terdahulu, bingkisan ini akan bercerita pula tentang tayar kereta dalam kategori pertengahan. Tayar yang ada semua ciri tayar bajet dan ada juga ciri tambahan yang beri lebih nilai.

Ini adalah senarai tayar kereta kereta sesuai untuk kegunaan harian daripada 5 jenama popular Malaysia iaitu Bridgestone, Continental, Goodyear, Michelin, dan Pirelli.

Kriteria tayar kereta harian yang baik

Sebelum pergi kepada senarai tayar, harus anda diperjelas tentang apakah yang jadikan sesuatu tayar itu sesuai untuk kegunaan harian. Tak seperti tayar bajet yang jadikan harga sebagai faktor utama, tayar harian pula berikan keutamaan kepada aspek lain.

  • Cengkaman keadaan kering: Tayar perlu kekalkan sentuhan dengan jalan raya khususnya sewaktu selekoh untuk menujah kereta ke depan dengan selamat.
  • Prestasi jalan basah: Malaysia ada taburan hujan yang banyak. Jadi, tayar perlu cukup baik untuk berhentikan kenderaan dalam hujan.
  • Hingar dan keselesaan: Kalau dah 45 minit memandu, pastinya persekitaran yang sunyi dan kalis gegaran sangat diperlukan untuk keselesaan
  • Jangka hayat bunga tayar: Tayar haruslah lambat haus dan lebih penting, haus secara sekata untuk pastikan prestasi tidak terjejas.
  • Rintangan Guling: Rolling Resistance yang rendah bermakna kurang kuasa diperlukan untuk gerakkan kereta dan diterjemah kepada kecekapan minyak lebih tinggi.

Tayar kereta kegunaan harian terbaik daripada 5 jenama utama Malaysia

1. Bridgestone Ecopia & Turanza

260403-bateriku-10 tayar daily terbaik malaysia bridgestone turanza.webp

Bridgestone Ecopia & Bridgestone Turanza adalah dua keluarga tayar kelas pertengahan dan berkut adalah model-model yang ditawarkan:

  • Turanza 6
  • Turanza T005
  • Turanza T001
  • Turanza ER33
  • Ecopia EP150
  • Ecopia EP300
  • Ecopia H/L 001 (SUV)

Turanza 6 ketika ini adalah yang terbaik dalam kelasnya daripada segi prestasi. Ia ada ENLITEN Technology iaitu konsep rekaan tayar Bridgestnone untuk sebuah tayar yang ringan dan dalam masa yang sama mengoptimumkan keselesaan, hingar, cengkaman jalan basah, dan rintangan gulingan dalam satu pakej. Semua ini dimungkinkan dengan penggunaan formula NanoPro-Tech, formula campuran getah & silika rahsia Bridgestone.

260403-bateriku-09 tayar daily terbaik malaysia bridgestone ecopia.webp

Buat pengguna yang fokus pada penjimatan minyak, siri Ecopia seprti EP150 dan EP300 dobangunkan khas untuk tujuan tersebut. Selain campuran getah-silika khas, rekaan bunga tayar juga ditala untuk kurangkan kehilangan kuasa. Ia sesuai untuk kegunaan bandar dalam situasi pandu perlahan dan kerap berhenti di lampu isyarat.

2. Continental UltraContact, ComfortContact & ContiEcoContact

260403-bateriku-08 tayar daily terbaik malaysia continental ultracontact uc7.webp

Continental ada banyak siri tayar untuk kegunaan harian dan setiap siri cemerlang dalam aspek masing-masing. Berikut adalah pembahagian siri pertengahan Continental:

  • UltraContact UC7
  • UltraContact UC6
  • UltraContact UCJ
  • ComfortContact CC7
  • ContiEcoContact 5

UltraContact UC7 adalah tayar kelas pertengahan paling maju daripada jenama itu setakat ini. Confidence+ Technology daripada Continental disertakan pada tayar ini iaitu kombinasi rekaan bunga tayar (Aqua Channel Advanced) dan naik taraf bahan binaan (Diamond Compound) berbanding UC6 untuk tambah baik prestasi membrek keadaan basah, kawalan lebih dan keselesaan lebih baik.

260403-bateriku-07 tayar daily terbaik malaysia continental comfortcontact cc7.webp

Pengguna yang pentingkan keselesaan boleh lihat pada ComfortContact CC7. Tayar ini kurangkan gagaran dan bunyi bising daripada masuki kabin menggunakan rekaan bunga tayar khas. ContiEcoContact 5 pula adalah tayar untuk penjimatan minyak, sama seperti penawaran e-Primacy Michelin dan Ecopia Bridgestone.

3. Goodyear Assurance & ElectricDrive

Tayar kelas pertengahan untuk kegunaan harian daripada Goodyear ada tanda nama Assurance. Setiap model tayar Goodyear Assurance ada kelebihan yang spesifik dan berikut adalah penawarannya:

  • Assurance ComfortTred
  • Assurance MaxGuard
  • Assurance TripleMax 2
  • Assurance TripleMax
  • ElectricDrive

Assurance ComforTred adalah tayar terbaik daripada pengeluar itu yang mampu kurangkan bising dan gegaran dalam kabin. Ia ada ANX Technology iaitu lapisan khas penebat bunyi yang ditampal di bahagian dalam tayar yang membasmi bunyi geseran tayar dengan jalan dan juga sebagai penyerap gegaran.

260403-bateriku-06 tayar daily terbaik malaysia goodyear assurance comforttred.webp

Assurance TripleMax 2 pula tayar yang cemerlang dalam prestasi jalan basah. Dengan teknologi HydroTred Technology, bunga tayarnya direka khas untuk menyerakkan air keluar daripada laluan lantas mengekalkan cengkaman tayar dengan jalan raya. Jika anda berada di kawasan yang sering hujan dan banyak lopak air, ini adalah tayar yang paling sesuai.

Assurance MaxGuard ada ActiveGrip Technology dan DuraGuardTechnology masing-masing untuk pemanduan jalan basah dan perlindungan hentakkan kuat. Jalan raya berbatu ataupun berlubang bukan penghalang kepada tayar ini.

260403-bateriku-05 tayar daily terbaik malaysia goodyear electricdrive.webp

ElectricDrive adalah tayar khas untuk kenderaan elektrik. Ia dikhususkan untuk EV kerana badan kenderaan yang berat dan ada daya tujah tinggi. Jadi tayar ini dibangunkan untuk tahan lentur dan dalam masa yang sama ada lapisan busa untuk beri ciri penyerap gegaran dan bunyi.

4. Michelin Primacy & e.Primacy

Tayar mainstream daripada Michelin tergolong dalam keluarga Primacy dan e.Primacy. Berikut adalah beberapa pilihan yang disediakan:

  • Primacy 5
  • Primacy 4
  • Primacy 3
  • Primacy SUV+
  • e.Primacy

260403-bateriku-04 tayar daily terbaik malaysia michelin primacy 5.webp

Siri Primacy adalah jenama terkenal dalam kalangan pengguna Malaysia. Tayar ini dibangun menggunakan MaxTouch Technology iaitu tatacara penghasilan tayar Michelin yang memastikan bahagian tayar yang bersentuhan dengan jalan raya menyebarkan daya pecutan, cengkaman sewaktu brek, dan kestabilan di selekoh secara sekata.

Pada sudut kepraktikalan, tayar akan haus secara sempurna agar prestasi yang malar diberikan kepada pengguna sepanjang hayat tayar. Maka dengan sebab itu, tagline untuk Primacy adalah “Safe When New, Safe When Worn”.

260403-bateriku-03 tayar daily terbaik malaysia michelin eprimacy.webp

Primacy 5 adalah tayar generasi terbaharu setakat artikel ini ditulis. Ia ada teknologi Silent Rib Gen-3 yang kurangkan gegaran dan bunyi bising daripada masuki kabin kenderaan. Untuk pemanduan senyap dan juga mesra alam, khususnya pemandu kenderaan elektrik (EV), Michelin e.Primacy ada untuk tujuan itu. Tayar itu guna sebatian getah-silika yang khusus untuk kurangkan rintangan guling untuk beri lebih kilometer kepada setiap kW bateri yang digunakan.

Pemandu SUV atau kereta yang lebih besar boleh lihat pada Primacy SUV+ untuk tayar yang diperkukuh bahagian dinding untuk kalis hentakkan.

5. Pirelli Cinturato P7 & Cinturato C3

Jenama tayar F1, Pirelli, pun ada penawaran kelas pertengahan iaitu Cinturato P7 dan CInrato C3.

260403-bateriku-02 tayar daily terbaik malaysia cinturato p7.webp

Bermula dengan yang paling premium dalam kelasnya. Cinturato P7C2 adalah generasi terkini dan ia bawakan pembaharuan berbanding P7C1 sebelum ini. Generasi baharu gunakan bahan binaan tayar yang baharu untuk seimbangkan cengkapan, perbatuan, dan rintangan guling. Salah satu ciri unik P7C2 adalah teknologi RUN FLAT iaitu ia boleh dipandu tanpa sebarang angin untuk jarak tertentu dengan selamat. Ia juga ada ciri SEAL INSIDE yang boleh menutup bocoran halus secara sendiri.

Model tayar yang seterusnya adalah Cinturato C3. Ia dihasilkan khusus untuk pemanduan mesra bahan api dan perbatuan panjang untuk memaksimumkan kepraktikalan dan penjimatan kos.

Dapatkan Bateri Astra Untuk Semua Jenis Kenderaan

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta Astra di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Bateri Astra dilindungi jaminan seluruh Malaysia yang bermakna tuntutan jaminan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bateriku berhampiran anda. Selain itu, setiap pembelian Bateri Astra turut didatangkan dengan perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi PERCUMA sehingga RM7,000. Ini adalah antara yang pertama dalam industri. Jadi, produk ini berikan lebih daripada sekadar menguasakan kenderaan. Berikut adalah perlindungan yang dinikmati pembeli Bateri Astra:

  • Kematian: RM7,000
  • Kecacatan Kekal (TPD): RM7,000
  • Kos pengkebumian: RM2,000
  • Kos Ambulans: RM500

Perlindungan yang dinikmati pembeli adalah selama 12 bulan.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya