8 Apr 2026

5 Tayar Murah Malaysia: Teknologi Premium, Harga Rendah

Cover image

Anda berada di kedai tayar kereta dan tertanya-tanya “perlukah saya belanja lebih RM600 untuk sebiji tayar?”. Tidaklah anda keseorangan kerana tayar bajet memang ramai yang mencari khususnya dalam keadaan ekonomi mencabar dengan harga bahan api yang meroket naik tanpa ada tanda-tanda untuk turun. Jadi, tayar murah tanpa kompromi pada segi keselamatan adalah apa yang anda cari.

Berita baiknya adalah 5 jenama tayar utama di Malaysia seperti Bridgestone, Continental, Michelin, Pirelli, dan Goodyear mereka semua ada pilihan bajet. Bajet tidaklah bermakna kualiti tidak bagus tapi lebih kepada kompromi secara strategik.

Artikel ini berkongsikan, secara terperinci, apa yang setiap jenama tawarkan daripada segi nilai dan teknologi disebalik tayar untuk anda memilih secara bijak.

Apakah kriteria tayar bajet?

Sebelum menyelam lebih dalam. Istilah tayar bajet perlu diterangkan terlebih dahulu. Yang pertama adalah, tayar bajet masih lagi dikeluarkan oleh jenama yang berkaliber yang bermakna tiada kompromi terhadap keselamatan.

Siri tayar bajet daripada Bridgestone, Continental, Michelin, Pirelli, dan Goodyear bermakna mereka mewarisi teknologi daripada tayar premium generasi lepas apabila teknologi yang lebih canggih telah dibangunkan untuk digunakan pada tayar-tayar premium generasi baharu.

Apabila memilih tayar bajet untuk kegunaan jalan raya Malaysia, beberapa aspek perlu dipertimbangkan. 4 aspek tersebut adalah:

  • Cengkaman jalan basah: Pemandu di Malaysia berdepan dengan hujan lebat dan banjir kilat. Prestasi brek sewaktu jalan basah adalah paling penting.
  • Jangka hayat bunga: Bunga tahan lama bermakna perbatuan lebih jauh sebelum perlu diganti, lantas menjimatkan wang.
  • Rintangan Guling: Rolling Resistance yang rendah mengurangkan penggunaan minyak.
  • Hingar & Keselesaan: Kecekapan tayar mengurangkan bising daripada jalan raya Malaysia yang tak rata daripada masuk ke kabin kereta.

Tayar bajet daripada 5 jenama utama Malaysia

1. Bridgestone Techno

260401-bateriku-tayar murah malaysia Bridgestone Techno.webp

Tayar bajet daripada Bridgestone berada dalam kategori Techno. Ia dikatakan berikan prestasi harian yang baik pada harga mampu milik. Tayar ini menggunakan teknologi Bridgestone yang dinamakan Block Size Combination iaitu cara rekaan bunga tayar bunga tayar dalam bentuk blok pelbagai saiz.

Manfaatnya adalah ia mampu mengekalkan bentuk bunga dalam sewaktu mengambil selekoh untuk mengoptimumkan cengkaman dan dalam masa yang sama mengekalkan keupayaan tayar menguraikan air sewaktu melalui lopak. Teknologi yang sama juga didakwa Bridgestone mampu mengurangkan gegaran dan menyeragamkan kadar haus apabila digunakan. Kepraktikalannya terserlah bila diguna dalam campuran lebuh raya dan jalan bandar.

Walaupun ia tidak boleh menyaingi teknologi yang lebih maju Bridgestone seperti NanoPro-Tech pada siri Turanza ataupun Ecopia, namun pada paras harga marhaen, ia tetap kompeten membawa anda ke destasi yang dituju dengan selamat.

Laman rasmi Bridgestone Techno

2. Continental TechContact TCGold & TC6

260401-bateriku-tayar murah malaysia Continental TechContact TC6.webp

Dua pilihan tayar bajet daripada Continental yang boleh anda pertimbangkan adalah TechContact TCGold dan juga TC6. Ia diposisikan sebagai tayar harian lebih kepada touring yang berikan perbatuan yang panjang kepada pengguna.

Kedua-dua TCGold & TC6 menggunakan campuran getah dan silika yang diformulasikan untuk tahan lama dan keselamatan sewaktu jalan basah. Menggunakan tayar ini bermakna pemandu boleh menjangkakan kawalan kereta yang konsisten seiring dengan usia tayar.

Kekurangan TCGold dan TC6 berbanding tayar satu tahap di atasnya iaitu UltraContact UC7 adalah ia tiada teknologi seperti Diamond Compound, Noise Breaker, dan Aqua Channel Advanced. Jadi keupayaan mengurangkan gegaran, bunyi, dan membuang air tidak setanding varian yang lebih mahal.

Laman rasmi Continental TCGold & TC6

3. Goodyear Assurance DuraPlus 2

260401-bateriku-tayar bajet malaysia goodyear assurance duraplus 2.webp

Tayar Goodyear yang memfokuskan pada mampu milik adalah Assurance DuraPlus 2 yang diposisikan sebagai tayar tahan lama. Pada tayar ini, pengeluarnya memasukkan teknologi TredLife yang menggabungkan sebatian getah dan silika dengan rekaan bunga tayar yang mengurangkan kadar haus tayar sewaktu penggunaan.

Ciri utama yang diketengahkan Assurance DuraPlus 2 adalah sama seperti Pirelli Cinturato Rosso iaitu ketahanan berbanding prestasi pemanduan dalam keadaan basah ataupun pengurangan hingar ataupun gegaran. Kalau anda perlukan ciri tambahan itu, anda boleh lihat pada Assurance TripleMax 2 yang menampilkan teknologi HydroTred (prestasi jalan basah maksimum)ataupun Assurance MaxGuard (ketahanan impak maksimum).

Kalau anda nak tayar yang lagi murah, mungkin boleh pertimbangkan Goodyear GT3 yang menggunakan teknologi Trinuum Tyre yang lebih lama.

Laman rasmi Goodyear Assurance DuraPlus 2

4. Michelin Energy XM2+

260401-bateriku-tayar murah malaysia Michelin Energy XM2 plus.webp

Michelin Energy XM2+ adalah antara tayar bajet paling laku keras di Malaysia. Ramai pengguna Perodua Axia, Myvi, atau Honda City menyarankannya.

Michelin Energy XM2+ dihasilkan daripada bahan silika penuh, bahan yang sama digunakan pada siri lebih premium seperti Primacy dan Pilot Sport. Ia membantu daripada segi prestasi brek dalam keadaan basah dan rintangan guling yang rendah yang diterjemah kepada perbatuan tayar yang panjang dan menjimatkan penggunaan minyak.

Alternating Bridging Technology adalah cara khas bunga tayar dreka yang mengurangkan kelenturan tayar dalam keadaan tertentu. Ia bagi mengurangkan risiko tayar haus secara tak sekata yang menjadikan cengkaman jadi tidak konsisten.

Michelin mengatakan yang model Energy XM2+ menolak air 20% lebih baik berbanding model terdahulu untuk berikan keyakinan apabila memandu melalui lopak air disepanjang jalan raya Malaysia.

Laman rasmi Michelin Energy XM2+

5. Pirelli Cinturato Rosso

260401-bateriku-tayar murah malaysia Pirelli Cinturato Rosso.webp

Dalam kalangan penawaran tayar Pirelli, ini adalah yang paling mampu milik. Cinturato Rosso diiklankan sebagai tayar kegunaan harian yang tahan lama dan selamat untuk kereta sedan dan juga SUV. Salah satu kelebihan tayar ini berbanding semua tayar harga patut dalam senarai ini adalah teknologi Seal Inside. Ia adalah satu lapisan di bahagian dalam tayar yang boleh menutup bocoran kecil seperti paku dan skru dengan serta merta. Ia sangat berguna dalam pemanduan bandar apabila risiko-risiko sebegini sering membelenggu pemandu.

Laman rasmi Pirelli Cinturato Rosso

Dapatkan Bateri Astra Untuk Semua Jenis Kenderaan

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta Astra di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Bateri Astra dilindungi jaminan seluruh Malaysia yang bermakna tuntutan jaminan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bateriku berhampiran anda. Selain itu, setiap pembelian Bateri Astra turut didatangkan dengan perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi PERCUMA sehingga RM7,000. Ini adalah antara yang pertama dalam industri. Jadi, produk ini berikan lebih daripada sekadar menguasakan kenderaan. Berikut adalah perlindungan yang dinikmati pembeli Bateri Astra:

  • Kematian: RM7,000
  • Kecacatan Kekal (TPD): RM7,000
  • Kos pengkebumian: RM2,000
  • Kos Ambulans: RM500

Perlindungan yang dinikmati pembeli adalah selama 12 bulan.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya