Tempoh tempahan untuk memiliki Toyota Yaris Cross telahpun dibuka. Yaris Cross adalah SUV segmen B yang bersainz dengan Perodua Traz, Ativa, Proton X50, dan Honda W-RV. Menariknya dengan Yaris Cross, ia ada veris hibrid yang ada penjimatan petrol antara yang tertinggi di Malaysia, sama seperti Vios HEV yang telah dilancarkan sebelum ini.
Harga Toyota Yariss Cross di Malaysia
Harga anggaran Toyota Yaris Cross adalah seperti berikut:
- Toyota Yaris Cross 1.5S - RM99,999
- Toyota Yaris Cross 1.5S HEV - RM109,900

Setiap unit Toyota Yaris Cross akan dilindungi jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan. Untuk komponen hibrid, jaminan yang diberikan adalah 8 tahun meliputi bateri, inverter, dan sistem pengurusan kuasa. Toyota juga menawarkan lanjutan jaminan sehingga 10 tahun.
Sebagai perbandingan, Perodua Traz ditawarkan pada harga bermula RM76,1000.

Spesifikasi Toyota Yaris Cross di Malaysia
Kecekapan petrol 27.8km/L
Ciri menonjol pada siri Yaris Cross ini tentu sekali pada Toyota 4th-Generation Hybrid System. Pengeluarnya mendakwa kecekapan bahan api kenderaan ini pada 27.8km/L, antara yang tertinggi setakat ini di Malaysia. Anda boleh rujuk senarai kenderaan jimat minyak pasaran Malaysia dalam artikel Bateriku yang terdahulu.

Disebabkan belum dilancarkan secara rasmi, spesifikasi teknikal Yaris Cross Malaysia juga masih belum didedahkan. Walau bagaimanapun, jika dirujuk pada pasaran Indonesia yang telahpun menjual Yaris Cross HEV sejak 2023, versi hibridnya ada output kuasa sejumlah 90hp dengan tork 121Nm manakala versi petrol berkemungkinan besar sama seperti Perodua Traz iaitu 104hp dan 138Nm tork.

Skrin inforia 10.1”, sokong Apple CarPlay, dan Android Auto
Di bahagian kabin, kelihatan kemasan yang hampir sama pada Yaris Cross boleh ditemukan pada Vios HEV. Bakal pengguna akan temui skrin inforia di konsol tengah sebesar 10.1” dan ia sokong, secara wayarles, Apple CarPlay dan Android Audio. Maklumat pemanduan pula dipaparkan menerusi skrin digital sepenuhnya sebesar 7”.

Lagi untuk kemudahan pemandu, suite Toyota Safety Sense hadir yang berikan ciri bantu pandu aktif termasuklah Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keep Assist, dan lain-lain. Buat pembeli varian hibrid, Toyota menambah pad pengecas telefon wayarles.

Beza Toyota Yaris Cross vs. Perodua Traz
Perodua Traz yang dilancarkan pertengahan Disember 2025 lalu berkongsi sebahagian besar ciri utama dengan Yaris Cross versi petrol contohnya mereka berkongsi enjin 1.5: Dual VVT-i 2NR-VE yang dipadankan dengan sistem transmisi D-CVT. Kalau lihat pada penawaran varian, Toyota tawarkan satu versi petrol dan satu versi hibrid manakala Perodua tawarkan dua varian petrol iaitu Traz X dan Traz H.

Buat pembeli Perodua Traz, mereka tidak beroleh sebarang ciri bantu pandu aktif termasuklah ACC kerana ia termasuk dalam pakej Toyota Safety Sense, walaupun pada varian Traz H yang paling premium iaitu RM82,000.
Bateri Astra untuk Toyota Yaris Cross
Bateriku menyarankan Toyota Yaris Cross untuk gunakan bateri Astra NS40ZL. Bateri ini mempunyai spesifikasi yang sama seperti bateri asal.

*Harga adalah tepat pada waktu ini diterbitkan
Lihat senarai lengkap perkhidmatan Bateriku.

