17 Dec 2025

Panduan Bateri Perodua Traz: Jenis, Saiz & Harga

Cover image

Selepas QV-E, Perodua melancarkan sebuah lagi model sebelum tahun 2025 tamat. Kali ini, mereka perkenalkan sebuah SUV segmen B ke dalam pasaran Malaysia yang dinamakan Perodua Traz. Bila dilihat helaian spesifikasi, Perodua memposisikan Traz antara Ativa dan Aruz. Ia menjanjikan ruang kabin lebih luas dan sesuai sebagai kenderaan pengangkut keluarga versatil yang cemerlang dalam bandar dan untuk perjalanan jauh seperti balik kampung.

Baca lebih lanjut untuk ketahui harga, promosi tempahan awal, dan spesifikasi teknikal Perodua Traz di Malaysia.

251217-bateriku-perodua traz 05.webp

(Kredit: Perodua)

Harga Perodua Traz di Malaysia

Tempahan untuk memiliki Perodua Traz dah pun dimulakan dengan penghantaran tempahan dijangkakan seawal 2026. Tiada sebarang promosi tempahan awal ditawarkan seperti yang anda jumpa di Perodua QV-E dan harganya adalah seperti berikut.

Sebanyak dua varian Perodua Traz boleh pengguna pilih, sama ada varian X dan varian H. Menariknya, tiada varian AV ditawarkan pada keluarga ini, tak seperti Axia, Myvi, Ativa, dan Alza. Varian yang baling murah adalah X ditawarkan pada RM76,100 sementara yang paling premium ditawarkan pada harga RM82,000.

251217-bateriku-perodua traz 06.webp

(Kredit: Perodua)

Apabila ditanya tentang Traz varian AV, penasihat jualan mengatakan yang ia mungkin dijual oleh Toyota sendiri. Di pasaran luar, Toyota Yaris Cross adalah versi yang Tras beradaptasi dan ia juga ditawarkan dalam jenis hibrid.

Tak mustahil Yaris Cross akan masuki Malaysia dalam versi petrol dan hibrid seperti Corolla Cross.

Perodua Traz: Spesifikasi Teknikal

Berbalik kepada Perodua Traz, kenderaan ini dibangunkan di atas platform Daihatsu New Global Architecture B (DNGA-B). Ia direka khas untuk keadaan pemanduan jalan raya Asia Tenggara iaitu kenderaan kompak yang berkaliber untuk dipandu dalam bandar dan cukup besar untuk dibawa perjalanan jauh.

Enjin & Variasi

Kedua-dua variasi Perodua Traz dipacu enjin 1.5L Dual VVT-i 2NR-VE. Ia hasilkan kira-kira 104hp (78kW) dan 138Nm pada 4,200 rpm. Enjin itu digandingkan dengan kekotak transmisi D-CVT yang katanya jimat bahan api. Perodua mendakwa yang Traz ada kecekapan bahan api 21.3 km/L dengan kapasiti tangki 42L. Dengan angka itu, Traz boleh bergerak lebih 800km dengan satu tangki penuh.

251217-bateriku-perodua traz 07.webp

Perbandingan Dimensi

Daripada segi saiz, seperti yang dimaklumkan di awal artikel, Traz berada dalam segmen B SUV. Dengan panjang 4,310 mm, kereta ini nyata lebih panjang berbanding Ativa (4,065 mm). Namun, ia tak sepanjang Honda HR-V (4,385 mm), Proton X50 (4,380 mm), dan Toyota Corolla Cross (4,460 mm). Jadi boleh dilihat yang ia tak cuba untuk tusuk model-model yang berada dalam segmen C.

251217-bateriku-perodua traz dimension comparison bm.webp

Perodua Traz 6mm lebih lebar berbanding Ativa (1,710mm) dan masih lebih kuncup berbanding HR-V (1,790mm) dan X50 (1,800mm). Ia jauh lebih kuncup berbanding Corolla Cross yang ada ukuran 1,825mm. Pada dimensi itu, anda boleh jangkakan Traz lebih stabil apabila menempuhi selekoh berbanding Ativa.

Berbeza pula dengan ruangan kaki. Traz ada jarak gandar nyata lebih panjang berbanding Ativa (2,525 mm), HR-V (2,610 mm), dan X50 (2,600 mm). Pengguna boleh jangkakan ruang kaki yang lapang beserta ruang kargo yang boleh isi banyak barang.

Kelengkapan Luaran & Kabin

Daripada luar, majoriti Traz masih kekalkan binaan Yaris Cross tapi ada beberapa perubahan kecil dibuat Perodua untuk bezakan produk Malaysia ini dengan produk luar. Antara yang boleh diperhatikan adalah seperti rekaan jeriji depan, bumpar, dan rim. Buat pembeli varian H, kemasan dua tona akan diterima mereka untuk nampak lebih unik.

251217-bateriku-perodua traz 02.webp

Di dalam, Traz banyak gunakan kemasan permukaan lembut terutama di bahagian pintu. Papan pemuka sebaliknya masih gunakan plastik keras. Malangnya, ia masih gunakan speedometer analog tak seperti saudara jauhnya Yaris Cross yang dah guna meter digital sepenuhnya. Mujur semua varian diberikan brek parkir elektrik.

Perodua Traz ada Android Auto dan Apple Carplay

Berita baik, Perodua Traz hadir dengan sokongan Android Auto dan Apple Carplay terus daripada kilang. Tak perlu anda beli produk tambahan untuk menikmati navigasi berpandu daripada telefon. Ia boleh diakses melalui skrin sebesar 9” peka sentuhan.

251217-bateriku-perodua traz 04.webp

(Kredit: Perodua)

Lain-lain ciri menarik yang boleh ditemukan adalah seperti kamera keliling 360 darjah, dan pintu ruangan but bermotor. Penumpang belakang juga ada kemudahan port USB-C sebanyak 2 unit dan corong angin di bahagian konsol tengah.

251217-bateriku-perodua traz 03.webp

(Kredit: Perodua)

Satu benda kurang menarik Perodua Traz adalah ketiadaan fungsi Auto Cruise, walaupun jenis adaptif. Ia tak mengejutkan kerana ACC biasanya disimpan untuk varian AV dan varian itu hanya akan dijual oleh Toyota. Jadi, untuk yang perlukan kemudahan bantu pandu aktif, Perodua Ativa AH adalah pilihan yang masih praktikal kalau anda tak kisah ruangan kabin yang lebih kecil.

Beza Perodua Traz X & Traz H

Traz H adalah varian yang paling premium. Namun untuk penjimatan, varian X adalah hampir RM6,000 lebih murah. Apa yang akan tiada pada X berbanding H? Berikut adalah ciri Traz H yang tiada pada Traz X:

  • Lampu LED sepenuhnya
  • Pintu but elektrik
  • Kamera keliling
  • 6 beg udara
  • 6 speaker
  • Dashcam
  • Tempat letak lengan penumpang belakang
  • Tonneu cover
  • Smart entry

Bateriku untuk Perodua Traz

Bateri 12V Perodua Traz boleh ditemukan di dalam ruang enjinnya. Daripada pemeriksaan kami, ia mengguna pakai bateri jenis yang bukan sealed lead-acid battery (SLA). Jika bateri ini yang akan digunakan pada unit komersial kelak, anda perlu tahu yang ia bukan jenis maintenance free kerana anda perlu pantau paras asid sulfurik yang ada di dalamnya.

251217-bateriku-perodua traz bateri kereta 01.webp

Untuk kemudahan, disarankan anda tukar bateri kepada yang jenis maintenance free. Bateri Astra NS40ZL adalah bateri ada spesifikasi sama dengan yang ada di Traz tapi anda tak perlu pantau dengan kerap paras elektrolit di dalamnya.

251217-bateriku-perodua traz bateri kereta astra.webp

Fatin Bateriku, pembantu maya dengan kuasa AI

Beli bateri kini jadi lebih mudah dengan bantuan Fatin Bateriku. Fatin ialah pembantu maya berkuasa AI yang bantu anda dapatkan bateri automotif yang sepadan dengan kereta anda termasuklah lain-lain servis bantuan tepi jalan sewaktu kecemasan.

Fatin gunakan natural language processing (NLP) untuk bertutur dalam gaya semula jadi dan kasual. Anda boleh bercakap dengan Fathin seperti anda bercakap dengan orang biasa.

Hubungi Fatin di +60391088888 untuk akses pantas servis Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read