27 Nov 2025

20 Kereta Paling Jimat Minyak di Malaysia

Cover image

Penjimatan minyak adalah antara faktor yang dipertimbang oleh sesetengah golongan bila nak beli kereta selain daripada harga, ketahanan, dan jenama. Jika dirujuk kepada data 10 kereta popular Malaysia, majoritinya adalah yang harga bawah RM100,000 dan ada penjimatan minyak lebih daripada 20km/L.

Seandainya anda sedang cari sebuah kereta yang boleh berikan lebih kilometer untuk bahan api, anda boleh rujuk senarai 20 kereta paling jimat minyak di Malaysia.

Senarai 20 Kereta Paling Jimat Minyak Di Malaysia 2025

Semua data penggunaan bahan api dalam artikel ini adalah seperti yang didakwa pihak pengeluar sendiri dan bukannya ujian dunia sebenar.

1. Honda City e:HEV

Penggunaan petrol: 27.80 km/L

Honda City facelift 2023 masih kekalkan dua penawaran enjin sama ada petrol sahaja ataupun hibrid. Varian e:HEV RS adalah yang paling premium dengan gandingan enjin kitaran Atkinson 1.5L dengan motor elektrik dan e-CVT. Untuk facelift, Honda naik taraf ciri bantu pandu aktif dengan sertakan Low Speed Follow (LSF) untuk naik taraf fungsi adaptive cruise control sebelum ini. Bagusnya dengan generasi facelift kali ini adalah semua varian dilengkapi Honda Sensing tapi hanya RS sahaja ada LSF. Cara untuk kenal varian RS adalah melalui penggayaan berwarna gelap seperti di kerusi, rim, kemasan siling. Honda City e:HEV RS boleh didapatkan pada harga RM111,900.

Rujuk panduan bateri untuk Honda City e:HEV daripada Bateriku.

2. Honda City Hatchback e:HEV

Penggunaan petrol: 27.80 km/L

Seperti namanya, Honda City Hatchback e:HEV adalah versi lain gaya berbanding City biasa. Jadi penggunaan bahan apinya adalah sama kerana ia guna enjin yang sama dengan output 106hp dan 253Nm terus ke gandar hadapan. Berbanding versi hatchback terdahulu, versi 2024 bawakan bumper baharu, jeriji depan lebih besar, kemasan trim lebih halus, dan beberapa kemasan khusus untuk RS seperti diffuser angin, cermin sisi hitam, tayar 16”. Di dalam kabin, pengguna akan dapat kluster instrument TFT 7” dengan sokongan Apple Carplay dan Android Auto. Honda City Hatchback e:HEV RS boleh didapatkan pada harga RM112,900.

Rujuk panduan bateri untuk Honda City Hatchback e:HEV daripada Bateriku.

251126-bateriku-20 kereta jimat minyak 02.webp

3. Perodua Axia

Penggunaan petrol: 25.30 km/L

Perodua Axia 2023 adalah model baharu sepenuhnya keluarga ini. Ia dibangun berasaskan platform DNGA, platform yang sama diguna pakai oleh Perodua Ativa dan Alza. Saiznya lebih besar berbanding Axia versi lama dengan panjangnya kini 3,760mm , lebar 1,665mm, dan jarak gandar 2,525mm. Makanya, ruang kabin juga kini lebih lapang disamping kapasiti but naik ke 265 liter. Enjin 1.0L yang lama dibawa ke generasi baharu tapi transmisi ditukar kepada D-CVT untuk gantikan sistem automatik 4 kelajuan. Perubahan ini bawakan penjimatan bahan api lebih baik. Perodua Axia 2023 ditawarkan pada harga bermula RM38,600.

Rujuk panduan bateri untuk Perodua Axia daripada Bateriku.

4. Honda Civic 2.0L e:HEV

Penggunaan petrol: 25.00 km/L

Honda Civic di Malaysia kini ada dalam generasi ke-11 dan versi facelift-nya dilancarkan dalam tahun 2025. Versi RS e:HEV Honda Civic diperkasa enjin hibrid 2.0L dengan output berjumlah 181hp dan 315Nm yang lebih berkuasa daripada versi RS petrol, tapi ia lebih jimat petrol dengan kehadiran motor elektrik tapi lebih berat sebanyak 100kg daripada kelengkapan hibrid yang terkandung padanya. Pemilik RS akan dapat kemasan premium seperti rim 18”, kemasan kabin serba hitam, skrin inforia 9” yang sokong Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles. Kelebihan RS e:HEV adalah ia ada instrument kluster digital sepenuhnya sebesar 10.25”. Honda Civic 2.0L e:HEV ditawarkan pada harga RM167,900.

5. Honda HR-V 1.5L e:HEV

Penggunaan petrol: 24.40 km/L

Selain Honda Civic, HR-V juga dapat rawatan facelift untuk tahun 2025. Pengeluarnya masih kekalkan enjin 1.5L hibrid yang sama dengan output 129hp dan 253Nm tork. Pembaharuan khusus pada gaya ditampilkan Honda pada edisi kali ini seperti jeriji depan lebih lebar, lampu depan LED dengan fungsi matriks, dan lampu belakang melintang penuh. Di bahagian dalam, papan pemuka depan direka semula untuk beri lebih kelegaan untuk penumpang dan pemandu. Contohnya, skrin inforia kini terapung ditengah-tengah dan sokong Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles. Kelebihan varian RS adalah pada kehadiran pengecas wayarles untuk telefon. Honda HR-V e:HEV ditawarkan pada harga RM143,900.

6. Toyota Corolla Cross Hybrid

Penggunaan petrol: 23.30 km/L

Toyota Corolla Cross Hybrid masuki pasaran Malaysia dalam tahun 2022 dengan tanda harga RM137,000. SUV ini menggunakan enjin 1.8L yang bergandingan bersama motor elektrik untuk berikan jumlah output 120hp dengan tork sehingga 163Nm. Berbanding model hibrid pesaing, Toyota gunakan bateri jenis NiMh iaitu jenis bateri yang semakin ditinggalkan kerana ia lebih berat dan kepadatan tenaganya lebih rendah berbanding bateri lithium. Cara untuk kenalpasti Corolla Cross Hybrid dengan versi petrol adalah menerusi lambang Toyota yang berwarna biru. Di bahagian kabin, Toyota Corolla Cross ada skrin inforia 7” dan pad pengecas telefon secara wayarless. Corolla Cross Hybrid adalah antara jenama Jepun awal berikan ciri LSF kepada pengguna.

7. Perodua Myvi 1.3L

Penggunaan petrol: 22.20 km/L

Digelar “king”, Perodua Myvi facelift dilancarkan dalam tahun 2022 yang bawakan naik taraf kepada penjimatan bahan api, keselamatan, dan keselesaan. Enjin 1.3L dikekalkan daripada generasi terdaulu dengan perubahan pada kekotak transmisi yang digantikan kepada D-CVT yang katanya beri penjimatan petrol sebanyak 5%. Selain bahagian enjin, eksterior juga penerima pembaharuan. Jeriji depan direka semula, rekaan bumper depan lebih agresif, lampu depan kini LED dengan DRL. Di bahagian kabin, ciri-ciri yang mudahkan pemandu tetap ada seperti SmartTag terbina, lubang USB di kerusi pemandu, dan cangkuk “tapau”. Pada segi keselamatan, Myvi 2022 kini ada ASA 3.0 yang antaranya terdiri daripada Pre-Collision Warning & Braking, Lane Departure Warning & Prevention, dan Auto High Beam. Perodua Myvi ditawarkan pada harga bermula RM45,700.

Rujuk panduan bateri untuk Perodua Myvi 1.3L daripada Bateriku.

251126-bateriku-20 kereta jimat minyak 03.webp

8. Perodua Alza

Penggunaan petrol: 22.00 km/L

Perodua Alza 2022 adalah MPV generasi keduai siri itu. Ia boleh mengangkut 7 penumpang pada ahrga bermula RM62,500. Sebanyak 3 varian ditawarkan tapi semua mereka dikuasakan enjin Dual VVT-i 1.5L bertransmisi D-CVT dengan output 105hp dan 138Nm tork. Saiznya yang kompak hasil penggunaan platform DNGA tak seperti Innova yang gunakan TNGA GA-C. Perodua berikan ciri keselamatan ASA 3.0 untuk semua varian dengan varian tertinggi iaitu AV terima ciri tambahan Adaptive Cruise Control. Naik taraf lain yang pengguna patut usyar adalah seperti skrin inforia dengan Android Auto, brek parkir automatik dengan auto hold, dan lampu depan LED dengan Adaptive Driving Beam.

9. Perodua Bezza 1.3L

Penggunaan petrol: 22.00 km/L

Perodua melancarkan versi facelift kepada Bezza dalam tahun 2022. Perodua masih kekalkan enjin 3 silinder 1.3L 67hp/91Nm daripada generasi sebelum ini. Selain perubahan pada rekaan luaran, Bezza 1.3L terima beberapa komponen baharu seperti butang push-start, sensor sudut hadapan, dan untuk varian paling premium, juga ada kamera undur.Lagi kelebihan varian AV adalah sistem inforia peka sentuhan dan kerusi kulit. Untuk pemandu, Perodua juga dilapor lakukan talaan kepada sistem suspensi kereta untuk tambah baik dinamik pemanduan. Perodua Bezza 1.3L ditawarkan pada harga bermula RM43,980.

Rujuk panduan bateri untuk Perodua Bezza 1.3L daripada Bateriku.

10. Toyota Innova Zenix Hybird

Penggunaan petrol: 21.70 km/L

MPV harga patut Malaysia, Toyota Innova Zenix 2.0 HEV boleh didapatkan pada harga RM202,000. Pengangkut penumpang 7 tempat duduk ini digerakkan enjin 2.0L Dynamic Force yang dipadankan dengan motor elektrik untuk hasilkan sejumlah 183hp kuasa dan 206Nm tork. Penumpang boleh menikmati pemandangan sekeliling menerusi tingkap tepi dan juga bumbung panoramik. Ruangan kargo pula seluas 239L untuk diisi dengan semua kerusi digunakan ataupun 690L kalau kerusi baris ketiga dilipat. Innova serba baharu ini mengguna pakai platform TNGA GA-C dan 170kg lebih ringan berbanding generasi sebelumnya. Ciri bantu pandu aktif kenderaan ini dipanggil Toyota Safety Sense 3.0 yang dalamnya mengandungi Pre-Collision System, Lane Tracing Assist, Adaptive Cruise Control, Auto Emergency Braking, Blind Spot Monitor, Rear Cross-Traffic Alert, dan kamera 360 darjah.

11. Perodua Bezza 1.0L

Penggunaan petrol: 21.30 km/L

Varian 1.0L Perodua Bezza tak kurang hebatnya. Ia masih mampu berikan ekonomi penggunaan bahan api yang baik melebihi 21 km/L. Bezza 1.0L diperkasa enjin VVT-i tiga silinder yang ada output 67hp dan 91Nm tork. Pengguna boleh pilih sama ada varian dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automatik 4 kelajuan. Di bahagian luar, Bezza facelift 2022 diberikan lampu LED dan bumper depan yang direka semula. Kurangnya varian 1.0L berbanding varian 1.3L adalah pada ketiadaan fog lamp dan juga lampu isyarat belok di cermin pandang belakang. Namun, ciri keselamatan Bezza masih lagi sama seperti varian lebih mahal seperti ciri ABS/EBD, dan VSC. Perodua Bezza 1.0L ditawarkan pada harga bermula RM34,580.

Rujuk panduan bateri untuk Perodua Bezza 1.0L daripada Bateriku.

12. Proton Saga MC3

Penggunaan petrol: 20.40 km/L

Siri kereta pertama keluaran Malaysia, Proton Saga alami rekaan semula besar-besaran. Keluarga itu kini menggunakan platform Advanced Modular Architecture (AMA) serba baharu. Berbanding generasi terdahulu, Proton Saga MC3 ada gril lebih besar, lampu depan LED projektor, lampu DRL berbentuk L, dan rim aloi 15 lebih besar. Buat julung kalinya, Proton Saga diberikan inforia yang sokong Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem keselamatan Saga juga ditambah baik dengan 6 beg udara, AEB, Lane Departure Warning, Blind Sport Monitoring, dan Rear Cross-Traffic Alert. Varian paling premium Saga MC3 diberikan kekotak transmisi CVT untuk penjimatan bahan api lebih baik berbanding kekotak transmisi 4 kelajuan yang digunakan varian lebih mampu milik.

Rujuk panduan bateri untuk Proton Saga MC3 daripada Bateriku.

13. Honda CR-V 2.0L e:HEV

Penggunaan petrol: 20.00 km/L

Honda CR-V yang dilancarkan dalam tahun 2024 adalah generasi ke-6 SUV laku keras jenama itu. Varian RS e:HEV, varian paling premium, digerakkan enjin 2.0L hibrid yang dipadukan dengan sistem transmisi e-CVT untuk keluarkan 181hp dan 335Nm tork. CR-V e:HEV diberikan penggayaan lebih berstail seperti rim hitam berkilat 18”, rel bumbung, dan perumah cermin sisi berwarna hitam. Di bahagian dalam pula, pemilik akan temui skrin instrumen digital sepenuhnya sebesar 10.25”, sistem audio bose 12 speaker, suite Honda Sensing yang telah dinaik taraf kamera dan radar. Honda CR-V 2.0L e:HEV ditawarkan pada harga RM195,900.

251126-bateriku-20 kereta jimat minyak 04.webp

14. Toyota Vios

Penggunaan petrol: 19.20 km/L

Toyota Vios 2023 datang dalam dua perasa iaitu E dan G, masing-masing ditawarkan pada harga RM89,600 dan RM95,500. Model serba baharu ini dibina di atas platform DNGA dan digerakkan enjin 4 silinder 1.5L yang keluarkan 105hp dan 138Nm tork. Komponen standard merentasi varian adalah seperti lampu depan LED, skrin inforia 9” peka sentuhan dengan Android Auto/Apple Carplay, pengecasan wayarles, 6 beg udara. Varian G yang lebih tinggi diberikan Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist, Auto High Beam, kerusi kulit, dan kluster instrument digital.

Rujuk panduan bateri untuk Toyota Vios daripada Bateriku.

15. Perodua Ativa

Penggunaan petrol: 18.90 km/L

Ini adalah kereta Perodua pertama yang ada turbo. Perodua Ativa dilancarkan dalam tahun 2022 dengan tanda harga bermula RM61,500. SUV kompak ini dibangun di atas platform DNGA yang dikongsikan dengan Myvi dan Axia. Enjin 1.0L turbo Ativa keluarkan 97hp dengan 140Nm tork. Antara ciri menarik Ativa adalah seperti lampu depan LED, skrin inforia peka sentuh 9”, kluster instrumen digital (varian terpilih), dan ciri keselamatan ASA 3.0 merentasi varian. Varian paling premium pula ada ciri tambahan iaitu ciri ADAS Level 2 seperti Lane Keep Assist, Blind Sport Monitor, Rear Cross Traffic Alert, dan Adaptive Cruise Control dengan LSF.

16. Honda City 1.5L

Penggunaan petrol: 17.90 km/L

Tak termasuk varian RS e:HEV iaitu varian hibrid, Honda City 2023 versi facelift tawarkan 4 varian petrol sepenuhnya termasuk satu varian petrol baharu untuk RS. Jadi, penawaran lengkap masa ini adalah S, E, V, RS (Petrol), dan RS (Hibrid). Semua varian bukan hibrid gunakan enjin 1.5L i-VTEC yang jana 119hp dan 145Nm tork. Varian V dan ke atas diberikan brek belakang jenis cakera manakala RS ada kelebihan di kluster instrumen digital sepenuhnya disamping sokongan Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles pada sistem inforianya. Semua varian bukan hibrid dilengkapi 6 beg udara, suite Honda Sensing berciri penuh iaitu Lane Keep Assist, Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning, dan Low-Speed Follow. Pada segi rekaan, ia sama sahaja dengan Honda City hibrid secara kasar. Honda City 1.5L Facelift 2023 ditawarkan pada harga bermula RM84,900.

Rujuk panduan bateri untuk Honda City daripada Bateriku.

17. Honda City Hatchback 1.5L

Penggunaan petrol: 17.90 km/L

Siri hatchback untuk Honda City alami rawatan facelift dalam tahun 2024. Sama seperti Honda City biasa, ia kini turut ditawarkan dalam varian S, E, V, dan RS pada harga bermula RM85,900 hingga RM100,900. Komponen enjin juga kekal dengan jenis 1.5L i-VTEC 119hp/145Nm. Varian selain V/RS menerima roda 15” sementara dua varian yang lebih premium menggayakan rim 16”. Kelengkapan dalam kabin adalah sama seperti Honda City 2023 versi Facelift seperti kluster instumen digital, skrin inforia bersokongan Android Auto dan Apple CarPlay, dan banyak lagi. Kekurangan City Hatchback berbanding sedan adalah kapasiti bootnya lebih rendah iaitu 289L sahaj berbanding 519L.

Rujuk panduan bateri untuk Honda City Hatchback e:HEV daripada Bateriku.

18. Honda HR-V 1.5L

Penggunaan petrol: 16.90 km/L

Honda HR-V 2025 versi facelift tawarkan tiga jenis enjin sama ada hibrid, petrol turbo, dan petrol. Varian hibrid sudahpun duduki tangga ke-13, varian petrol turbo terkeluar daripada senarai, tapi varian petrol biasa masih layak duduki carta 20 terbaik. HR-V paling mampu milik ini ada enjin i-VTEC 1.5L yang keluarkan 119hp dan 145Nm. Bahasa rekaan juga mirip varian lebih premium seperti bumper rekaan semula, lampu belakang baharu, rim aloi 18” lebih besar, dan garisan bumbung lebih tirus. Di bahagian dalam, sistem inforia dengan Android Auto dan Apple CarPlay turut dinikmati dan lebih penting Honda Sensing kini adalah standard untuk semua varian. Jadi, pemilik akan nikmati Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking, Lane Keep Assist, Adaptive Cruise Control with Low-Speed Follow, and Lead Car Departure Notification. Honda HR-V 1.5L boleh didapatkan pada harga RM115,900.

19. Honda Civic 1.5L

Penggunaan petrol: 16.70 km/L

Versi petrol kepada Honda Civic facelift 2025 ditawarkan pada harga bermula RM133,900. Sedan kesayangan rakyat Malaysia ini diperkasa enjin i-VTEC 1.5L yang keluarkan 119hp dengan 145Nm kepada gandar hadapan. Model kali ini turut terima pembaharuan seperti versi RS seperti kehadiran skrin inforia 9” untuk varian terpilih yang sokong ciri wayarles untuk Android Auto dan Apple CarPlay. Di bahagian luar, beberapa rekaan segar boleh ditemukan adalah seperti jeriji depan lebih besar, bumper depan direka smula, dan lampu belakang kelabu asap. Varian E Honda Civic dilengkapi lampu depan LED, sensor hujan, dan roda 16”.

20. Honda WR-V

Penggunaan petrol: 16.70 km/L

Honda WR-V adalah SUV kompak yang dilancarkan dalam tahun 2023. Harga penawarannya adalah bermula RM89,900. Walaupun ada versi RS, kesemua varian gunakan enjin i-VTEC sama iaitu output 119hp dan 145Nm tork. Kesemua varian turut menggunakan sistem inforia sama iaitu yang ada skrin 7” dan sokong Android Auto dan Apple CarPlay secara wayar. Varian paling murah ada lampu hadapan halogen, kerusi fabrik hitam, sepasang speaker sementara varian lebih tinggi ada lampu LED, kerusi kulit, dan speaker tambahan. Honda Sensing pula hanya ditawarkan untuk varian E dan ke atas.

Dapatkan bateri untuk semua jenis kenderaan di Bateriku

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read