Sewaktu pelancaran Proton X50 dalam bulan Oktober 2020, segmen SUV segmen-B pada ketika itu agak sunyi sebab majoritinya didominasi Honda HR-V. Walau bagaimanapun, model daripada Honda itu memiliki tanda harga yang sebahagian besar pengguna tak terjangkau. Proton X50 lantas menjadi pencabar sengit sejurus ketibaannya dalam pasaran Malaysia. Ia menawarkan sebuah SUV yang ada prestasi, lengkap teknologi, dan pada harga mampu milik.
Proton X50 Malaysia dari tahun 2020 hingga 2025
2020: Proton X50 Gugat Honda HR-V
Ditawarkan pada harga antara RM79,200 dan RM103,300, sebanyak 4 varian Proton X50 disediakan yang masing-masing dikuasakan enjin turbo 1.5L dan dipadankan dengan kekotak transmisi DCT 7 kelajuan. Teknologi-teknologi yang ditawarkan memang lebih tinggi daripada harganya seperti sistem inforia dengan skrin peka sentuhan GKUI 19, sistem bantu pandu aktif (ADAS) tahap 2, dan penawaran ASEAN NCAP 5 bintang. Ditambah pula dengan pengecualian SST yang disediakan sewaktu COVID-19 dulu, memang Proton X50 mendapat perhatian ramai pengguna Malaysia.

Walau bagaimanapun, Proton terpaksa menyelaraskan harga jualan Proton X50 apabila tempoh pengecualian SST tapat dalam bulan Ogos 2022. Harga Proton X50 naik antara RM7,100 hingga RM10,000 bergantung kepada varian namun ia masih lagi kompetitif dan masih lebih rendah berbanding pesaingnya.

2023: Proton X50 sempena ulang tahun ke-20 Proton R3
Sewaktu ulang tahun ke-20 sayap projek pembangunan prestasi Proton R3, varian istimewa Proton X50 telah diperkenalkan iaitu Proton X50 R3 20th Anniversary Edition. Varian itu hadir dengan kemasan kosmetik tanpa sebarang perubahan kuasa.

Dihasilkan dalam kuantiti 200 unit sahaja, Proton X50 edisi istimewa ini boleh dicam dengan badan hitam dan aksesori kuning seperti di bahagian jeriji, hud, skirt sisi, cermin pandang sisi, dan penyerak angin belakang disamping lencana R3 di dalam bahagian kabin. Memang X50 R3 ini ditujukan untuk pengumpul tegar.

2024: Kamera 360 darjah, Spotify, dan enjin pemasangan tempatan
Tahun ke-4 penjualan Proton X50 dalam pasaran Malaysia, Proton mengumumkan naik taraf minimal yang dikenali sebagai Running Change (RC) sedangkan pengguna mendambakan sebuah Facelift. Sebagai rumusan Proton X50 RC, enjin yang diguna pakai kini dipasang di kilang Tanjung Malim berbanding diimport sepenuhnya daripada China.

Kemudian, Proton turut mendakwa telah melakukan naik taraf Noice, Vibration, Handling (NVH) di lebih 20 titik kenderaan itu. Di bahagian kabin, pengguna terima kamera keliling 360 darjah dan akhirnya Spotify dimasukkan ke dalam sistem inforia. Perubahan terakhir adalah semua varian kini menggunakan sistem inforia dan kluster instrumen 10.3” yang sama tanpa sebarang perubahan harga jualan.

2025: Rombakan besar-besaran Proton X50
5 tahun berada dalam pasaran, Proton mengumumkan facelift ketara dalam bulan Julai 2025. Proton X50 telah dibangun berasaskan Geely Binyue L dengan rupa lebih sporty dan bahagian kabin lebih premium. Perubahan besar adalah di bahagian enjin apabila ia menerima enjin 4 silinder turbo 1.5L yang hasilkan lebih kuasa berbanding enjin lama. Enjin baharu hasilkan 178ps dan 290Nm berbanding 147hp dan 226Nm sebelum ini.

Bahagian kabin dapat skrin lebih besar, 14.6”, dan telah menyokong kedua-dua Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles. ADAS juga telah diperluas kepada varian Premium dan ke atas yang sebelum ini hanya dinikmati varian tertinggi. Harga jualan juga sedikit lebih tinggi, antara RM89,900 hingga RM113,300.
Dengan penjualan hampir 160,000 unit setakat ini, Proton X50 masih lagi berada dalam 10 kereta paling laku keras sejak 2021.

Bateri Astra untuk Proton X50
Bateri Astra yang padan dengan Proton X50 adalah Astra DIN62L.

*Harga adalah tepat sewaktu artikel ditulis
Bateri Astra dilindungi jaminan seluruh Malaysia yang bermakna tuntutan jaminan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bateriku berhampiran anda. Selain itu, setiap pembelian Bateri Astra turut didatangkan dengan perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi PERCUMA sehingga RM7,000. Ini adalah antara yang pertama dalam industri. Jadi, produk ini berikan lebih daripada sekadar menguasakan kenderaan. Berikut adalah perlindungan yang dinikmati pembeli Bateri Astra:
- Kematian: RM7,000
- Kecacatan Kekal (TPD): RM7,000
- Kos pengkebumian: RM2,000
- Kos Ambulans: RM500
Perlindungan yang dinikmati pembeli adalah selama 12 bulan.
Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

