23 Apr 2026

6 Kereta PHEV Paling Mampu Milik di Malaysia (2026)

Cover image

Dengan harga petrol dan diesel yang naik masa ini, kos untuk pandu kenderaan kian meningkat. Walaupun EV masih belum mendominasi jalan raya Malaysia, perlu diketahui yang jalan kehadapan adalah kenderaan elektrik. Di Malaysia, ada tiga kategori kenderaan elektrik yang boleh didapatkan dalam pasaran iaitu Hibrid, Plug-in Hibrid (PHEV), dan elektrik sepenuhnya (EV).

Buat pengguna Malaysia yang berkira-kira untuk mencuba mana-mana kenderaan ini, senarai dibawah mengandungi pilihan kenderaan pada harga paling mampu milik mengikut kategori. Kalau anda masih belum pasti apa perbezaan antara ketiga-tiga jenis kategori kenderaan ini, boleh baca artikel kami yang terdahulu.

HEV (Hybrid)

Kenderaan hibrid tidak mempunyai fungsi untuk cas baterinya gunakan sumber luar. Tenaga elektriknya dijana sendiri menerusi motor elektrik yang bekerja secara songsang. Hibrid dilihat ramai sebagai titik masuk paling mudah kepada yang nak berhijrah daripada dunia enjin pembakaran dalaman tanpa perlu mengubah tabiat pemanduan.

Hibrid Saiz Kompak

Chery Tiggo Cross Hybrid (2025)

Bermula RM99,800.

260421-bateriku-Chery Tiggo Cross Hybrid (2025).webp

Ini adalah hibrid paling mampu milik di Malaysia. Ia dilancarkan dalam bulan Julai 2025 dalam kategori SUV segmen B pemasangan tempatan. Menarinya, harganya lebih murah daripada Honda City e:HEV RS walaupun saiznya lebih besar yang jadikannya lebih praktikal. Chery Tiggo Cross Hybrid diperkasa enjin 1.5L dengan sepasang motor elektrik dan sistem ini hasilkan sejumlah 204PS dan 310Nm. Kadar penggunaan bahan apinya diiklankan pada 18.5km/L.

Toyota Vios Hybrid (2026)

Bermula RM103,900

260421-bateriku-Toyota Vios Hybrid (2026).webp

Di Toyota, mereka ada sedan hibrid paling mampu milik di Malaysia iaitu Toyota Vios Hibrid. Ia dilancarkan dalam bulan Januari 2026 dalam segmen B. Perkara menarik tentang Vios ini adalah penjimatan bahan apinya. Ia boleh pergi sejauh 27.8km bagi setiap liter petrol yang bolehkannya bersaing dalam gelanggang kereta paling jimat minyak Malaysia setakat ini, setara dengan Honda City 1.5 RS e:HEV. Vios Hibrid diperkasa enjin 1.5L dan motor elektrik yang keluarkan sejumlah 111PS kuasa. Kalau nak rasa lebih sporty, varian GR Sport ada yang berikan sistem pengampai yang lebih baik, roda lebih besar, dan kemasan GR premium.

Honda City 1.5 RS e:HEV (2023)

Bermula RM111,900

260421-bateriku-Honda City 1.5 RS e-HEV (2023).webp

Ini adalah sedan hibrid kompak pertama di Malaysia. Dengan gabungan enjin petrol dan motor elektrik, ia berikan daya tujah yang jauh lebih kuat daripada pesaing dalam segmen yang sama sewaktu dialncarkan. Tapi itulah, harga Honda City 1.5 RS e:HEV yang agak tinggi jadikan ia tidak terjangkau oleh pengguna biasa. Walau bagaimanpun, penjimatan bahan api yang dibawakannya sangat menakjubkan. Pada 27.8km/L, satu tangki penuh boleh bawa kenderaan ini lebih daripada 1,000km!

Hibrid Saiz Sederhana

GWM Haval H6 Ultra HEV (2025)

Bermula RM139,800

260421-bateriku-GWM Haval H6 Ultra HEV (2025).webp

Dalam kategori hibrid bersaiz medium, GWM Haval H6 Ultra HEV adalah model yang paling mampu milik. Saiz kabinnya yang lapang jadikannya sesuai untuk pemanduan jauh seperti balik kampung sewaktu Hari Raya. Di bawah bonetnya ada enjin 1.5L turbo yang dipadankan dengan motor elektrik yang hasilkan sehingga 234PS dan 530Nm tork. Daya tujah setinggi itu memang memudahkan untuk memotong kenderaan lain khususnya dalam ruang terhad. Walaupun berkuasa, kadar penggunaan bahan apinya agak baik, pada 17.2km/L.

Toyota Corolla Cross 1.8 HEV (2025)

Bermula RM140,800

260421-bateriku-Toyota Corolla Cross 1.8 HEV (2025).webp

Toyota dan sistem hibrid memang ada sejarah yang panjang. Toyota adalah jenama pertama hasilkan kereta hibrid untuk pasaran massa. Sistem yang diperkenalkan pada Prius 1997 telah ditambah baik dan diguna pakai pada Corolla Cross 1.8 HEV untuk berikan kecekapan penggunaan bahan api pada 23.3km/L, antara tertinggi dalam SUV bersaiz sedang.

Honda HR-V RS e:HEV (2025)

Bermula RM143,900

260421-bateriku-Honda HR-V RS e-HEV (2025).webp

Kalau Honda City hibrid terlalu kecil, versi SUV hibrid juga ada dalam bentuk Honda HR-V e:HEV. Ia datang dengan ruang kabin lebih lapang untuk pemanduan jarak jauh. Sungguhpun besar, penggunaan petrolnya memang jimat, lebih jimat berbanding Corolla Cross iaitu pada 25.6km/L. Ia tidak mengejutkan kerana HR-V RS e:HEV diberikan enjin 1.5L yang hasilkan kuasa berjumlah 238PS dan tork lebih 253Nm.

Hibrid 7 Tempat Duduk

Nissan Serena e-POWER X (2026)

Bermula RM154,800

260421-bateriku-Nissan Serena e-POWER X (2026).webp

Slot kereta MPV hibrid 7 tempat duduk paling mampu milik di Malaysia diduduki oleh Nissan Serena e-POWER X (2026). Pendekatan hibrid Nissan agak berbeza daripada Honda dan Toyota. Hal ini kerana, enjin petrol dalam kenderaan itu tak terlibat secara langsung untuk golekkan tayar sebaliknya 100% menjana tenaga elektrik. Nissan katakan sistem pemanduan mereka mampu kurangkan kadar pening dalam perjalanan dan untuk keselesaan, penumpang belakang boleh layan video di skrin tergantung 14”.

Toyota Innova Zenix 2.0 HEV (2025)

Bermula RM202,000

260421-bateriku-Toyota Innova Zenix 2.0 HEV (2025).webp

MPV hibrid Toyota ini ditambah kuasa dengan pengenalan sistem hibrid Toyota generasi ke-5 untuk lonjakkan daya tujah kepada 208Nm berbanding 183Nm untuk versi bukan hibrid. Kemampuan ini penting untuk ia berfungsi sebagai kereta keluarga yang cemerlang. Toyota Innova Zenix 2.0 HEV adalah model pertama Toyota yang ada Toyota Safety Sense 3.0.

Hyundai Santa Fe 1.6T Hybrid Prime (2025)

Bermula RM225,000

260421-bateriku-Hyundai Santa Fe 1.6T Hybrid Prime (2025).webp

Hibrid 7 tempat duduk paling mampu milik ketiga ini tak hadir dalam bentuk MPV sebaliknya sebuah SUV daripada Hyundai. Modelnya adalah Santa Fe 1.6T Hybrid Prime. Walaupun ia paling mampu milik dalam penawaran Santa Fe, anda masih nikmati kuasa penuh hibrid 235PS dan 367Nm. Kesemua penumpang dilindungi 10 beg udara dan pemanduan dibantu oleh Hyundai SmartSense yang ada ciri-ciri bantu pandu aktif seperti Adaptive Cruise Control.

Plug-in Hybrid (PHEV)

Naik satu tangga dariapda hibrid, kita ada kategori plug-in hybrid (PHEV). Sama juga seperti hibrid iaitu ia boleh jana tenaga elektrik menggunakan konsep regenrative braking, ia juga boleh terima kuasa luar melalui port pengecas yang disediakan. Ada model PHEV yang mampu jalan 100km elektrik sepenuhnya, sesuai untuk kegunaan bandar. PHEV berikan pengalaman EV tanpa masalah range anxiety.

PHEV Saiz Sederhana

Proton e.MAS 7 PHEV (2026)

Bermula RM109,800

260421-bateriku-Proton e.MAS 7 PHEV (2026).webp

Proton e.MAS 7 PHEV menduduki tempat sebagai PHEV paling mampu milik di Malaysia. Saiznya sedikit besar berbanding e.MAS 7 EV dan dibawah bonetnya ada enjin 1.5L yang bergandingan dengan motor elektrik untuk hasilkan 262PS dan 262Nm. SUV PHEV ini ada bateri sehingga 29.8kWh yang boleh bawanya sehingga 146km menggunakan elektrik sahaja ataupun dalam gabungan hibrid, ia boleh jangkau jarak gerak lebih 1,000km. Baterinya juga boleh diguna sebagai powerbank melalui V2L, sesuai sewaktu nak berpiknik sambil guna peralatan elektrik.

Chery Tiggo 7 PHEV (2025)

Bermula RM129,800

260421-bateriku-Chery Tiggo 7 PHEV (2025).webp

Chery Tiggo 7 PHEV tawarkan jarak elektrik sepenuhnya 90km ataupun jarak hibrid sehingga 1,200km (NEDC) melalui sistem Chery Super Hybrid yang ada output 279PS dan 365Nm. Sama seperti produk China lain, bahagian kabin Tiggo 7 PHEV mewah dengan skrin inforia gergasi 24.6”, sistem audio berkuasa Sony, siling kaca panoramic, dan macam-macam lagi.

Jaecoo J7 PHEV (2025)

Bermula RM158,800

260421-bateriku-Jaecoo J7 PHEV (2025).webp

Jaecoo J7 PHEV adalah sebuah SUV PHEV 5 tempat duduk yang dilancakran dalam tahun 2025. Jaecoo adalah subjenama Chery. Jadi technology yang diguna pakai pastinya mirip. Contohnya, pada J7 PHEV ada ada Super Hybrid System yang beri jarak elektrik sepenuhnya 106km (NEDC) melalui bateri berkapasiti 18.3kWh. Jarak gerak hibrid J7 PHEV melangkaui 1,300km (NEDC) dan ia juga ada V2L yang boleh output sehingga 3.3kW kuasa untuk kemudahan pengguna.

7-Seater Plug-in Hybrid

Chery Tiggo 8 PHEV (2025)

Bermula RM159,800

260421-bateriku-Chery Tiggo 8 PHEV (2025).webp

Chery Tiggo 8 PHEV adalah plug-in hybrid 7 tempat duduk paling mampu milik di Malaysia dan merupakan model flagship PHEV jenama itu. Ia menawarkan jarak gerak sehingga 1,200km (NEDC) dengan jarak elektrik sepenuhnya 90km melalui sistem CSH yang keluarkan 279PS dan 365Nm. Antara yang menarik tentang model ini adalah sistem inforianya diperkasa teknologi Snapdragon dan sokong Apple CarPlay dan Android Autio secara wayarles. Lain-lain yang mungkin anda berminat adalah ia ada kamera keliling, sistem audio berkuasa Sony dan teknologi ADAS 2.5.

GWM Wey G9 Hi4 PHEV (2026)

Bermula RM269,800

260421-bateriku-GWM Wey G9 Hi4 PHEV (2026).webp

GWM Wey G9 Hi4 PHEV adalah alternatif kepada Toyota Alphard di Malaysia. Harganya jauh lebih murah tapi mampu angkut ramai penumpang malah ada ruang kabin selesa. Antara yang menarik adalah kerusi berpendingin hawa, sistem speaker 21 unit, peti ais tersedia, dan banyak lagi. Satu tangki penuh bahan api boleh bawa MPV ini melangkaui jarak 1,000km dengan bantuan sistem hibrid 442PS/620Nm.

GAC M8 PHEV Premium (2025)

Bermula RM328,800

Satu lagi alternatif Toyota Alphard daripada China adalah GAC M8 PHEV Premium. MPV mewah berspesifikasi tinggi ini tawarkan jarak gerak lebih 1,000km dalam mode hibrid dan 120km dalam mode EV. Bahagian dalamnya ada 7 tempat duduk beserta kerusi ala kapten berpendingin hawa dan boleh berhibur juga dengan skrin terbina. Kuasa enjinnya setara GWM Wei G9 dengan angka 373PS/630Nm.

260421-bateriku-GAC M8 PHEV Premium (2025).webp

Elektrik Sepenuhnya (EV)

Kenderaan elektrik menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik untuk menggerakkan roda. Buat masa ini, kos operasi EV adalah yang paling murah antara petrol, hibrid, dan PHEV. Hal ini kerana, jika mengecasnya di rumah, kadar elektrik yang dikenakan adalah sama seperti anda mengecas telefon. Sekiranya perlu, pengecas berkelajuan tinggi DC ada di lokasi tertentu pada kadar lebih tinggi. Tahukah akan anda perbezaan antara pengecas DC dan AC? Kalau tak, artikel di bawah ada jawapannya.

Pengecas AC vs DC: Panduan Ringkas Untuk Pemilik EV

EV Saiz Kompak

Proton e.Mas 5 Prime (2025)

Bermula RM59,800

Proton e.Mas 5 adalah EV di Malaysia pertama dijual pada harga bawah RM100,000 tanpa sebarang rebat. Pada harga serendah RM59,800, EV kompak ini terus masuki carta 10 kereta paling popular setakat Mac 2026. Varian Prime ada moto elektrik 79PS/130NM yang ambil tenaga dariapda bateri 30.12kWh dan ada jarak gerak 225km (WLTP). Varian Premium ada bateri lebih besar (40.16kWh) yang diterjemah kepada jarak gerak 325km.

260421-bateriku-Proton e.Mas 5 Prime (2025).webp

BYD Atto 2 Premium (2025)

Bermula RM100,000

260421-bateriku-BYD Atto 2 Premium (2025).webp

BYD Atto 2 dilancarkan di Malaysia dalam satu varian. Berharga RM100,000, SUV kompak ini menggunakan teknologi bateri Blade BYD dan ada kapasiti tenaga 51.13kWh yang berikan jarak gerak 350km (WLTP). Ia diposisikan antara BYD Atto 3 dan BYD Dolphine dan ada motor elektrik di gandar depan dengan kuasa 177PS/290Nm. Di bahagian dalam, ia ada skrin ikonik BYD boleh kilas sebesar 12.8” dan sokong kedua-dua Android Auto dan Apple Carplay secara wayarles.

BYD Dolphin Dynamic Standard (2023)

Bermula RM100,530

260421-bateriku-BYD Dolphin Dynamic Standard (2023).webp

Ini adalah antara EV mampu milik pertama yang dilancarkan di Malaysia. Dengan rebat, harga pelancarannya berjaya tembusi angka bawah RM100,000. Sebanyak dua varian dilancarkan iaitu Dynamic Standard Range (44.92kWh, 340km WLTP) dan juga Premium Extended Range (60.48 kWh, 427 km WLTP). Saiznya lebih kurang sebuah Honda City Hatchback tapi tiada sebarang asap dilepaskan daripadanya.

EV Saiz Sederhana

BYD Seal 6 (2025)

Bermula RM100,000

260421-bateriku-BYD Seal 6 (2025).webp

BYD Seal 6 bukan sahaja EV sederhana besar paling mampu milik, malahan paling mampu milik dalam kategori sedan elektrik segmen C juga. Ada dua varian dilancarkan dan mereka ada jarak gerak yang sama iaitu 485km (NEDC) berbekalkan bateri 56.64kWh. Varian lebih murah ada motor lebih rendah output sementara yang lebih premium ada output motor sehingga 218hp/330Nm. Saiznya lebih besar berbanding Honda Civic dan Toyota Corolla.

Proton e.MAS 7 Prime (2026)

Bermula RM103,800

260421-bateriku-Proton e.MAS 7 Prime (2026).webp

Ini adalah EV berjenama Malaysia paling laku keras selepas e.Mas 5. Walaupun dalam kategori kompak SUV elektrik, ruang dalamnya agak lapang kerana ia ada jarak gandar yang panjang dan sunroof untuk berikan kelegaan atas kepala yang baik. Harganya berbaloi dengan perkakasan yang ditawarkan. Varian paling mampu milik iaitu e.Mas 7 Prime ada jarak gerak 345km (WLTP) berbekalkan bateri 49.52kWh sementara varian paling premium ada jarak gerak 410km dengan bateri 60.22kWh.

MG S5 Com 49 EV Comfort (2025)

Bermula RM108,548

260421-bateriku-MG S5 Com 49 EV Comfort (2025).webp

MG 5S EV adalah pesaing rapat kepada Proton eMAS 7 dan juga BYD Atto 3. Ia ditawarkan dalam tiga varian dan yang paling premium berharga RM136,548. Varian berbeza pada segi kapasiti bateri yang bermakna jarak grak juga berbeza antara varian. Varian paling mampu milik ada bateri 49kWh untuk bawanya bergerak sejauh 340km (WLTP). Di bahagian kabin, ia ada skrin inforia 10.25” dan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles.

EV 7 Tempat Duduk

BYD M6 Standard Range (2024)

Bermula RM109,800

260421-bateriku-BYD M6 Standard Range (2024).webp

EV 7 tempat duduk paling mampu milik di Malaysia, itulah BYD M6 Standard Range. MPV elektrik ini sesuai untuk seisi keluarga dan datang dalam dua varian, berbeza pada segi kapasiti bateri dan output motor elektrik. Jarak geraknya adalah antara 420-530km (NEDC) mengikut varian. Di bahagian dalam, pengguna akan temui skrin inforia gergasi boleh berputar sebesar 12.8” dan sokongan Apple CarPlay/Android Auto. Saiz BYD M6 adalah sekitar Toyota Innova Zenix.

Denza D9 Advanced FWD (2025)

Bermula RM259,000

260421-bateriku-Denza D9 Advanced FWD (2025).webp

Alternatif kepada Toyota Alphard ini tidak lepaskan sebarang asap. Denza D9 adalah MPV elektrik mewah yang hadir dalam dua varian, sama ada Advanced FWS ataupun Premium AWD yang berbeza pada konfigurasi motor dan kapasiti bateri. Varian asas ada output motor 313PS/360Nm dan jarak gerak sehingga 520km. Dalam kategori MPV, ia bersaing dengan Zeekr 009, Xpeng X9, dan juga Maxis MIFA 9 di bawah ini.

Maxus MIFA 9 Luxury (2024)

Bermula RM269,800

260421-bateriku-Maxus MIFA 9 EV.webp

Sewaktu dilancarkan, Maxus MIFA 9 adalah MPV elektrik pertama di Malaysia. Varian asas ada bateri 90kWh dengan jarak gerak 435km dengan bantuan motor elektrik 245PS/350Nm. Ciri menarik MPV ini adalah kehadiran dua pintu gelongsor elektrik di bahagian sisi yang berakna penumpang boleh keluar daripada kedua-dua arah. Bahagian kabinya agak mewah dengan konfigurasi 2-2-3 dan kerusi barisan kedua adalah jenis kapten yang dilengkapi fungsi urut dan pengudaraan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya