23 Apr 2026

9 EV Paling Mampu Milik di Malaysia (2026)

Cover image

Dengan harga petrol dan diesel yang naik masa ini, kos untuk pandu kenderaan kian meningkat. Walaupun EV masih belum mendominasi jalan raya Malaysia, perlu diketahui yang jalan kehadapan adalah kenderaan elektrik. Di Malaysia, ada tiga kategori kenderaan elektrik yang boleh didapatkan dalam pasaran iaitu Hibrid, Plug-in Hibrid (PHEV), dan elektrik sepenuhnya (EV).

Buat pengguna Malaysia yang berkira-kira untuk mencuba mana-mana kenderaan ini, senarai dibawah mengandungi pilihan kenderaan pada harga paling mampu milik mengikut kategori. Artikel ini mengandungi senarai EV paling mampu milik di Malaysia yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kompak, bersaiz sederhana, dan juga yang ada 7 tempat duduk.

Apakah itu Kereta Elektrik (EV)

Kenderaan elektrik menggunakan sepenuhnya tenaga elektrik untuk menggerakkan roda. Buat masa ini, kos operasi EV adalah yang paling murah antara petrol, hibrid, dan PHEV. Hal ini kerana, jika mengecasnya di rumah, kadar elektrik yang dikenakan adalah sama seperti anda mengecas telefon. Sekiranya perlu, pengecas berkelajuan tinggi DC ada di lokasi tertentu pada kadar lebih tinggi.

Pengecas AC vs DC: Panduan Ringkas Untuk Pemilik EV

EV Saiz Kompak

Proton e.Mas 5 Prime (2025)

Bermula RM59,800

Proton e.Mas 5 adalah EV di Malaysia pertama dijual pada harga bawah RM100,000 tanpa sebarang rebat. Pada harga serendah RM59,800, EV kompak ini terus masuki carta 10 kereta paling popular setakat Mac 2026. Varian Prime ada moto elektrik 79PS/130NM yang ambil tenaga dariapda bateri 30.12kWh dan ada jarak gerak 225km (WLTP). Varian Premium ada bateri lebih besar (40.16kWh) yang diterjemah kepada jarak gerak 325km.

260421-bateriku-Proton e.Mas 5 Prime (2025).webp

BYD Atto 2 Premium (2025)

Bermula RM100,000

260421-bateriku-BYD Atto 2 Premium (2025).webp

BYD Atto 2 dilancarkan di Malaysia dalam satu varian. Berharga RM100,000, SUV kompak ini menggunakan teknologi bateri Blade BYD dan ada kapasiti tenaga 51.13kWh yang berikan jarak gerak 350km (WLTP). Ia diposisikan antara BYD Atto 3 dan BYD Dolphine dan ada motor elektrik di gandar depan dengan kuasa 177PS/290Nm. Di bahagian dalam, ia ada skrin ikonik BYD boleh kilas sebesar 12.8” dan sokong kedua-dua Android Auto dan Apple Carplay secara wayarles.

BYD Dolphin Dynamic Standard (2023)

Bermula RM100,530

260421-bateriku-BYD Dolphin Dynamic Standard (2023).webp

Ini adalah antara EV mampu milik pertama yang dilancarkan di Malaysia. Dengan rebat, harga pelancarannya berjaya tembusi angka bawah RM100,000. Sebanyak dua varian dilancarkan iaitu Dynamic Standard Range (44.92kWh, 340km WLTP) dan juga Premium Extended Range (60.48 kWh, 427 km WLTP). Saiznya lebih kurang sebuah Honda City Hatchback tapi tiada sebarang asap dilepaskan daripadanya.

EV Saiz Sederhana

BYD Seal 6 (2025)

Bermula RM100,000

260421-bateriku-BYD Seal 6 (2025).webp

BYD Seal 6 bukan sahaja EV sederhana besar paling mampu milik, malahan paling mampu milik dalam kategori sedan elektrik segmen C juga. Ada dua varian dilancarkan dan mereka ada jarak gerak yang sama iaitu 485km (NEDC) berbekalkan bateri 56.64kWh. Varian lebih murah ada motor lebih rendah output sementara yang lebih premium ada output motor sehingga 218hp/330Nm. Saiznya lebih besar berbanding Honda Civic dan Toyota Corolla.

Proton e.MAS 7 Prime (2026)

Bermula RM103,800

260421-bateriku-Proton e.MAS 7 Prime (2026).webp

Ini adalah EV berjenama Malaysia paling laku keras selepas e.Mas 5. Walaupun dalam kategori kompak SUV elektrik, ruang dalamnya agak lapang kerana ia ada jarak gandar yang panjang dan sunroof untuk berikan kelegaan atas kepala yang baik. Harganya berbaloi dengan perkakasan yang ditawarkan. Varian paling mampu milik iaitu e.Mas 7 Prime ada jarak gerak 345km (WLTP) berbekalkan bateri 49.52kWh sementara varian paling premium ada jarak gerak 410km dengan bateri 60.22kWh.

MG S5 Com 49 EV Comfort (2025)

Bermula RM108,548

260421-bateriku-MG S5 Com 49 EV Comfort (2025).webp

MG 5S EV adalah pesaing rapat kepada Proton eMAS 7 dan juga BYD Atto 3. Ia ditawarkan dalam tiga varian dan yang paling premium berharga RM136,548. Varian berbeza pada segi kapasiti bateri yang bermakna jarak grak juga berbeza antara varian. Varian paling mampu milik ada bateri 49kWh untuk bawanya bergerak sejauh 340km (WLTP). Di bahagian kabin, ia ada skrin inforia 10.25” dan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles.

EV 7 Tempat Duduk

BYD M6 Standard Range (2024)

Bermula RM109,800

260421-bateriku-BYD M6 Standard Range (2024).webp

EV 7 tempat duduk paling mampu milik di Malaysia, itulah BYD M6 Standard Range. MPV elektrik ini sesuai untuk seisi keluarga dan datang dalam dua varian, berbeza pada segi kapasiti bateri dan output motor elektrik. Jarak geraknya adalah antara 420-530km (NEDC) mengikut varian. Di bahagian dalam, pengguna akan temui skrin inforia gergasi boleh berputar sebesar 12.8” dan sokongan Apple CarPlay/Android Auto. Saiz BYD M6 adalah sekitar Toyota Innova Zenix.

Denza D9 Advanced FWD (2025)

Bermula RM259,000

260421-bateriku-Denza D9 Advanced FWD (2025).webp

Alternatif kepada Toyota Alphard ini tidak lepaskan sebarang asap. Denza D9 adalah MPV elektrik mewah yang hadir dalam dua varian, sama ada Advanced FWS ataupun Premium AWD yang berbeza pada konfigurasi motor dan kapasiti bateri. Varian asas ada output motor 313PS/360Nm dan jarak gerak sehingga 520km. Dalam kategori MPV, ia bersaing dengan Zeekr 009, Xpeng X9, dan juga Maxis MIFA 9 di bawah ini.

Maxus MIFA 9 Luxury (2024)

Bermula RM269,800

260421-bateriku-Maxus MIFA 9 EV.webp

Sewaktu dilancarkan, Maxus MIFA 9 adalah MPV elektrik pertama di Malaysia. Varian asas ada bateri 90kWh dengan jarak gerak 435km dengan bantuan motor elektrik 245PS/350Nm. Ciri menarik MPV ini adalah kehadiran dua pintu gelongsor elektrik di bahagian sisi yang berakna penumpang boleh keluar daripada kedua-dua arah. Bahagian kabinya agak mewah dengan konfigurasi 2-2-3 dan kerusi barisan kedua adalah jenis kapten yang dilengkapi fungsi urut dan pengudaraan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya