21 Apr 2026

Kad SD Terbaik untuk Dashcam Malaysia (2026)

Cover image

Dashcam aksesori wajib untuk kereta di Malaysia masa ini. Disebabkan ia aksesori elektronik, jadi ia juga akan berdepan masalah teknikal sama seperti alat-alat elektronik lain. Salah satunya adalah kamera dashcam tak merakam video, fail video yang rosak, ataupun ralat pada kad SD yang menyimpan video.

260420-bateriku-sd card dashcam 02.webp

Ada macam-macam faktor yang menyebabkan isu pada kad SD dashcam, daripada persekitaran cuaca Malaysia hinggalah kepada gegaran daripada jalan raya Malaysia. Baca panduan ini untuk kenal pasti ciri-ciri SD yang diperlukan untuk kamera papan pemuka kereta supaya anda tak hilang video kritikal sewaktu memandu.

Ciri Dashcam Terbaik untuk Jalan Raya Malaysia

Kenapa dashcam perlukan kad SD khas

Cara operasi dashcam tak sama dengan telefon dan kamera yang anda gunakan sehari-hari. Ia merakam video secara terus menerus sewaktu anda memandu. Video yang dirakam pula dalam bentuk loop iaitu rakaman baharu menggantikan yang lama yang menyebabkan kad sentiasa dibaca dan ditulis, secara masa nyata.

Perkara ini meletakkan kad SD di bawah tekanan tinggi, melebihi penggunaan biasa. Kad SD normal biasanya cepat rosak walaupun daripada jenama berkualiti. Oleh sebab itu, dashcam memerlukan kad SD berketahanan tinggi yang dihasilkan khas untuk kegunaan kamera keselamatan.

5 kad SD terbaik untuk dashcam

260420-bateriku-sd card dashcam kingston.webp

1. Kingston High Endurance

  • 20,000+ jam rakaman berterusan
  • Varian U1 dengan laju baca sehingga ~95MB/s
  • Tahan lasak dalam pemanduan harian

Mampu milik dan sesuai untuk dashcam biasa.

260420-bateriku-sd card dashcam lexar.webp

2. Lexar High-Endurance

  • 12,000+ jam rakaman berterusan
  • Ada dalam varian U1/U3
  • Tahan lasak untuk kegunaan ringan

Sesuai untuk dashcam kelas permulaan.

260420-bateriku-sd card dashcam samsung.webp

3. Samsung PRO Endurance

  • 43,800+ jam rakaman FHD berterusan
  • Varian U3 / V30 berkelajuan baca 100MB/s atau tulis 30MB/s
  • Ketahanan haba −25°C to 85°C
  • Fokus pada tahan lama

Sesuai untuk dashcam resolusi tinggi.

260420-bateriku-sd card dashcam sandisk.webp

4. SanDisk High Endurance

  • 40,000+ jam rakaman FHD berterusan
  • Varian U3 / V30 berkelajuan baca 100MB/s atau tulis 40MB/s
  • Tahan haba, air, gegaran, dan sinar-X

Prestasi seimbang pada harga patut.

260420-bateriku-sd card dashcam transcend.webp

5. Transcend High Endurance

  • 240,000+ jam rakaman berterusan
  • Varian U3 / V30 berkelajuan tinggi.
  • Sangat tahan lasak.

Terbaik untuk kegunaan jangka panjang.

Ciri kad SD dashcam perlu ada

Pengeluar produk storan seperti Samsung, SanDisk, Kingston, Lexar, dan Transcend ada produk kad SD berketahanan tinggi. Kalau anda tengok setiap penawaran mereka, kad-kad SD untuk kegunaan dashcam ada ciri sepunya. Paling penting, mereka mampu tampung operasi rakaman terus menerus dalam mode loop. Ada yang boleh merakam sehingga 240,000 jam video sebelum berisiko untuk rosak.

Selain mampu rakam dalam tempoh yang lama, ia juga perlu cukup pantas untuk simpan data daripada sensor kamera. Kelajuan membaca kad SD untuk dashcam biasanya boleh pergi sehingga 100MB/s dan kelajuan menulis sehingga 40MB/s. Dashcam yang mampu rekod 4K sangat perlukan ad SD yang pantas untuk tujuan itu.

260420-bateriku-sd card dashcam 01.webp

Kemudian, kad ini juga perlu tahan panas sehingga 70° C untuk selamat dalam keadaan cuaca panas Malaysia apatah lagi bila kenderaan diletakkan di kawasan terbuka Kuala Lumpur.

Selain tahan panas, ada juga kad diiklankan sebagai tahan hentakkan dan gegaran, sesuatu yang juga penting bila pengguna memandu di atas permukaan jalan tak raya dan akhir sekali ada yang lebih ekstrim hingga kalis air dan sinaran X-ray.

Akhir sekali, kad SD perlu ada ciri perlindungan kuasa supaya video rakaman tidak rosak atau hilang dalam situasi bila kenderaan mati tiba-tiba.

Keluasan storan dashcam yang sesuai

Seksyen sebelum ini ada menyentuh tentang kelajuan kad SD sesuai untuk SD. Sebagai panduan, kelajuan baca/tulis kad SD dilabelkan dalam beberapa jenis.

Dashcam yang merakam dalam resolusi FHD (1080p) perlu dapatkan kad SD kelas C10 / U1 yang boleh rakam pada kadar 10MB/s. Dashcam yang rakam dalam resolusi 2K keatas pula perlukan kad SD kelad U3 / V30 yang boleh pergi sehingga 30MB/s.

Bergantung kepada resolusi rakaman dashcam dan konfigurasi kamera, luas storan SD juga akan dipengaruhi. Contohnya, dashcam yang ada satu kamera depan 1080p gunakan kira-kira 8GB storan sejam ataupun 16GB kalau ada kamera kedua di bahagian belakang.

Untuk konfigurasi satu kamera, storan 64GB mencukupi tapi untuk konfigurasi multikamera, 128GB adalah sesuatu yang sangat disarankan. 256GB pula boleh dipertimbangkan jika dashcam ada mode sentry yang rakam video apabila kereta sedang parkir.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read