14 Apr 2026

Ciri Dashcam Terbaik untuk Jalan Raya Malaysia

Cover image

Kamera papan pemuka (dashcam) untuk kereta boleh dikatakan wajib dimiliki setiap kenderaan di atas jalan raya Malaysia. Ia bantu kita ataupun pengguna jalan raya lain melihat secara terperinci sesuatu insiden yang berlaku untuk dijadikan bahan bukti sama ada kepada penguatkuasa ataupun sewaktu proses tuntutan insurans. Harga dashcam di Malaysia sekarang sudah semakin murah dan ia adalah sesuatu yang bagus dan tidak bagus dalam masa yang sama.

Bagus disebabkan semakin ramai mempunyai akses terhadap peralatan untuk merekod sewaktu memandu dan tak bagus keranan akan ada produk yang mengejar gimik contohnya resolusi rakaman yang mengelirukan, tak padan dengan spesifikasi sebenar, tak tahan dalam cuaca Malaysia kerana bahan binaan kualiti rendah dan lain-lain.

Di akhir artikel ini, pengguna jalan raya Malaysia akan beroleh maklumat tentang cara memilih dashcam yang bersesuaian.

260413-bateriku-dashcam 06.webp

Spesifikasi dashcam yang perlu diperhatikan

Memilih dashcam kadang kala memeningkan kerana terlalu banyak ciri dan paras harga. Sudahnya anda cuma beli daripada kebanjiran iklan yang anda nampak tanpa ketahui apakah pilhan yang ada. Berikut adalah beberapa perkara asas yang perlu dipertimbangkan sewaktu memilih dashcam:

  • Resolusi kamera
  • Kualiti video siang & malam
  • Sensor-G untuk rakaman kecemasan
  • GPS untuk rakaman telemetri
  • Tahan panas
  • Sambungan 4G

Resolusi kamera

Video yang terang dan jelas menentukan sama ada dakwaan anda boleh digunakan ataupun tidak terhadap sesuatu insiden. Dalam tahun 2026, resolusi 1080p (FHD) sudah tak lagi releven kerana ia berisiko gagal merakam butiran penting seperti nombor plat kenderaan. Untuk pengguna Malaysia, disarankan untuk mencari kamera sekurang-kurangnya 2K (1440p) ataupun yang terbaik adalah 4K kerana sensor pengimejan masa ini seperti Sony IMX335 sangat berkaliber untuk rekod pada resolusi itu tanpa risiko kepanasan melampau (overheat).

260413-bateriku-dashcam 07.webp

Sumber: BenQ

Kualiti video waktu malam

Dashcam perlu berupaya merakam dengan jelas pada waktu malam. Lampu jalan raya Malaysia yang malap ataupun kadang-kadang tiada langsung pastinya berikan cabaran kepada kamera. Kamera yang tidak berkualiti sering hasilkan video kabur disebabkan pergerakkan kerana perlu guna kelajuan pengatup (shutter speed) yang perlahan. Rekaan lensa yang tak cermat pula akan berikan kesan bintang ke atas lampu kereta yang dirakam. Teknologi seperti Sony STARVIS/STARVIS 2 ada mendepani isu ini.

260413-bateriku-dashcam 05.webp

Sumber: Sony

G-Sensor untuk simpan klip video kecemasan

Disebabkan dashcam akan merekod sepanjang masa dalam kitaran bertindan, iaitu ia akan menggantikan video lama dengan yang baharu, kamera biasanya akan ada satu sensor yang boleh cetuskan proses penyimpanan klip sewaktu kecemasan. Akselerometer (G-sensor) adalah komponen yang mengesan perubahan mendadak graviti (brek mengejut ataupun hentakkan) dan arahkan kamera untuk simpan klip tersebut untuk kegunaan masa hadapan.

260413-bateriku-dashcam 04.webp

Sumber: TimetofixThis!

GPS dan rakaman telemetri

Dashcam yang lebih premium juga dilengkapi sensor GPS yang boleh terima isyarat satelit geolokasi. Ia boleh merekodkan maklumat seperti masa, halaju, dan koordinat. Data-data teknikal ini mampu perkuatkan bukti sama ada anda memandu dalam had yang dibenarkan, berapa pantas pecutan, ataupun berapa kuat anda brek.

Tahan cuaca Malaysia

Suhu kabin kereta bila diparkir di bawah matahari Malaysia boleh mencecah 60°C. Komponen elektronik tak berkualiti pastinya tak mampu tampung kepanasan ini apatah lagi badan plastik dashcam sekiranya gunakan materi berkualiti rendah. Selain itu, banyak dashcam masa ini dilengkapi bateri untuk merakam walaupun kereta dimatikan. Namun, jenis bateri yang tertentu berbahaya jika didedahkan dalam kepanasan melampau sehinggakan boleh meletup.

260413-bateriku-dashcam 03.webp

Sumber: MGTC

Dashcam dengan bateri lithium vs. superkapasitor

Dashcam lebih sesuai menggunakan superkapasitor untuk simpan tenaga. Super kapasitor tahan dalam suhu panas kerana tiada elektrolit cecair bertekanan tinggi dalam badannya seperti bateri lithium. Risiko meletup superkapasitor adalah tiada. Satu lagi kelebihan superkapasitor adalah kitaran cas dan nyahcasnya jauh lebih banyak daripada lithium. Ia menyebabkan risiko bateri mengembang adalah tiada.

260413-bateriku-dashcam 02.webp

Kekurangan superkapasitor adalah kos penghasilannya mahal dan kapasiti penyimpanan tenaganya adalah rendah. Dashcam dengan superkapasitor biasanya lebih mahal dan ciri merakam selepas enjin dimatikan adalah singkat tempohnya berbanding dashcam lithium.

Sambungan 4G

Dashcam yang ada sambungan 4G boleh memuat naik video ke awan tanpa sambungan Wi-Fi untuk anda aksesnya daripada jauh. Ia juga boleh maklumkan pemilik sekiranya ada insiden berlaku sama ada dicetuskan oleh G-Sensor kerana dilanggar sewaktu parkir. Ciri ini berguna bila dashcam disambung langsung kepada bateri kereta kerana ia ada kuasa tanpa had untuk diletakkan dalam mode “sentry”.

Perlu diingatkan yang sambungan 4G tidak disediakan oleh pengeluar tapi ia adalah kos bulanan iaitu pelan Internet yang perlu anda tanggung.

Satu kamera vs. multikamera

Majoriti dashcam dalam pasaran ditawarkan dalam satu kamera dan ia memang cukup untuk kegunaan asas. Seiring dengan perkembangan teknologi, dashcam multikamera kian popular. Kelebihannya adalah ia mampu rakam lebih banyak video daripada pelbagai arah untuk lebih banyak sudut pandang.

260413-bateriku-dashcam 09.webp

Sumber: Momentocam

Dashcam depan + belakang

Konfigurasi dashcam multikamera paling popular adalah kamera depan yang dipadankan dengan kamera belakang. Mempunyai rakaman sudut pandang belakang sangat berguna untuk insiden pelanggaran daripada belakang. Kekurangannya adalah kamera belakang biasanya disambungkan ke kamera utama dengan kabel yang panjang dan proses memasangnya agak renyah.

Dashcam depan + belakang + kabin

Konfigurasi tiga kamera juga ada dalam pasaran dengan kamera ketiga adalah yang menghadap ke dalam kabin. Biasanya ia digunakan oleh pemandu perkhidmatan seru pandu ataupun pemandu lori komersial yang membawa barang sensitif. Gandingan tiga sudut pandang berikan gambaran lebih jelas bagaimana pemandu bergerak balas terhadap insiden serta memudahkan majikan ataupun penguatkuasa jalankan siasatan.

Gimik iklan dashcam yang harus anda waspada

Dashcam harga murah luar biasa yang diiklankan mampu rekod dalam resolusi 4K mungkin tak jujur dalam dakwaannya. Cara licik yang digunakan pengeluar adalah memperbesar video sumber 1080p daripada sensor menjadi 4K secara digital. Cuba bayangkan teh tarik yang ditambah air untuk nampak banyak, sudah tentu rasanya tak sedap.

Satu lagi gimik pemasaran adalah sudut pandang (FOV) yang luas. Ia mungkin gunakan lensa kamera yang tidak direka dengan betul yang menyebabkan fenomena barrel distortion iaitu video di bahagian pinggir bingkai jadi melonjong sehinggakan maklumat penting gagal dirakam.

Dashcam kereta hanya sebaik bateri kereta yang terpasang

Sebaik mana dashcam yang terpasang pada kereta anda, ia tetap tak berguna kalau tiada tenaga. Bateri kereta yang berkualiti penting untuk pastikan dashcam berfungsi dengan baik khusunya dalam mode sentry kerana apabila enjin tak hidup, tenaga elektrik ditarik daripada bateri automotif.

Dapatkan Bateri Astra Untuk Semua Jenis Kenderaan

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta Astra di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Bateri Astra dilindungi jaminan seluruh Malaysia yang bermakna tuntutan jaminan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bateriku berhampiran anda. Selain itu, setiap pembelian Bateri Astra turut didatangkan dengan perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi PERCUMA sehingga RM7,000. Ini adalah antara yang pertama dalam industri. Jadi, produk ini berikan lebih daripada sekadar menguasakan kenderaan. Berikut adalah perlindungan yang dinikmati pembeli Bateri Astra:

  • Kematian: RM7,000
  • Kecacatan Kekal (TPD): RM7,000
  • Kos pengkebumian: RM2,000
  • Kos Ambulans: RM500

Perlindungan yang dinikmati pembeli adalah selama 12 bulan.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya