Kia Sales Malaysia telah menamakan Cycle & Carriage Malaysia (C&C) sebagai pengedar rasmi kenderaan berjenama Kia di Malaysia. CEO Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim dan CEO Cycle Carriage Malaysia, Adrian Short bersama-sama menjayakan majlis pemeteraian tersebut.
Langkah Kia Malaysia melantik Cycle & Carriage adalah sesuatu yang bertepatan. Sebagai syarikat yang baharu, Kia Malaysia tidak memiliki rangkaian penjualan dan servis selepas pembelian yang meluas selepas Bermaz Auto menghentikan pengedaran kenderaan Kia dalam November 2025.
Untuk maklumat anda, Cycle & Carriage adalah entiti terkenal dalam industri automotif yang memiliki pengalaman lebih 125 tahun di Asia Tenggara. Mereka telah mengendalikan banyak jenama kenderaan dan dengan pertambahan Kia ke dalam portfolio pastinya akan perkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran automotif negara. Sebagai tambahan, Cycle & Carriage turut mengedarkan Kia dalam Singapura.
Dalam bulan November 2025 lalu, Bermaz Auto mengesahkan yang mereka menghentikan pengedaran Kia di Malaysia apabila Kia umumkan masuki Malaysia sebagai pengedar prinsipal. Kia Sales Malaysia diterajui oleh Hyung Ho Kim sebagai CEO dan dibantu Emily Lek sebagai pengurus besar.

