1 Dec 2025

Bermaz Auto henti edar Kia di Malaysia

Cover image

Bermaz Auto umumkan mereka berhenti mengedarkan kenderaan berjenama Kia di Malaysia. Untuk pengguna, tempahan yang dilakukan sebelum 30 November 2025 akan dipenuhi seperti biasa. Selepas tarikh tersebut, sebarang tempahan akan dihentikan buat seketika sementara proses pengambilalihan hak pengedaran selesai. Apabila selesai, Kia sendiri akan menjadi prinsipal yang akan mengedarkan kenderaan mereka bermula 1 Januari 2026.

Sepanjang tempoh peralihan, hal-hal seperti tuntutan jaminan ataupun penyelenggaraan kenderaan sedia ada masih ditanggung oleh subsidiari Bermaz iaitu Dinamikjaya.

Kerjasama Bermaz-Kia bermula April 2021

Kerjasama Bermaz-Kia bermula dalam bulan April 2021. Syarikat Korea itu melantik Bermaz menjadi pengedar tunggal kereta berjenama itu di Malaysia selepas Naza melepaskan hak pengedaran. Daripada situlah beberapa subsidiari wujud bagi mendukung aspirasi Kia. Dinamikjaya Motors memegang hak ekslusif pengedaran semua model CKD dan CBU Kia di Malaysia sementara Kia Malaysia (KMSB) menguruskan hal pengeluaran model CKD menerusi kemudahan Inokom di Kulim.

Antara model Kia yang dilancar oleh Bermaz di Malaysia

Model CKD: Carnival, Niro, Sorento, dan Sportage

Sebanyak 3 model CKD turut diumumkan sewaktu kerjasama dimeterai tapi ditambah kepada 4 model dalam satu sidang media dalam bulan Disember 2021. Walau bagaimanapun, hanya 3 model berjaya direalisasikan iaitu Kia Carnival, Sorento, dan Sportage.

Kia Carnival CKD

Kia Carnival CKD adalah antara model paling berjaya Kia di Malaysia. Pemasangan tempatan MPV praktikal ini bermula dalam tahun 2022 dengan dua kofigurasi disediakan iaitu 7 ataupun 8 tempat duduk. Harga jualannya di Malaysia adalah antara RM231,228 hingga RM261,228. Menariknya dengan Kia Carnival buatan Malaysia ini adalah ia turut dieksport ke negara-negara ASEAN lain.

251129-bateriku-kia malaysia led-principle 03.webp

Kia Sorento CKD

Kia Sorento adaalah SUV 7 tempat duduk. Ia bersaing dengan model jenama lain edaran Bermaz sendiri seperti Mazda CX-8, Hyundai Santa Fe, dan Volkswagen Tiguan Allspace. Hadir dalam konfigurasi enjin petrol dan diesel, tanda harga Kia Sorento di Malaysia adalah antara RM211,498 hingga RM255,228.

Kia Sportage CKD

SUV Segmen C ini lebih kecil berbanding Sorento dan dilancarkan dalam tahun 2024. Ia bersaing dengan model seperti Honda CR-V, Mazda CX-5, Hyundai Tucson, Proton X70, dan Cherry Tiggo 7 Pro. Sportage ditawarkan di Malaysia dalam julat harga RM147,218 untuk varian 1.6L turbo ataupun RM186,999 untuk varian 2.0L.

Model elektrik KIA: EV6, Niro EV, EV9

Kia EV6 GT-Line

Kia EV6 adalah EV Kia pertama di Malaysia. Harga pelancarannya sekitar RM300,000 dengan jarak gerak lebih 500km (WLTP). EV6 adalah sedan elektrik antara paling berkuasa ketika itu sehinggakan permintaan melebihi penawaran menyebabkan senarai menunggu yang panjang untuk milikinya.

251129-bateriku-kia malaysia led-principle 04.webp

Kia Niro EV

Perubahan arah tujuk buatkan Niro yang asalnya dirancang untuk versi CKD ditukar kepada model EV CBU sepenuhnya. Dilancarkan dalam tahun 2023, harga jualannya adalah RM256,668. Pada harga sebegitu, sukar untuknya bersainz dengan model seperti Tesla Model Y yang lebih murah. Jadi, sambutannya kurang memberangsangkan.

Kia EV9

Ini adalah Kia model elektrik terakhir dilancarkan Bermaz. EV9 adalah SUV elektrik 6/7 tempat duduk yang ada motor mampu bawanya ke 100km/j daripada pegun dalam masa 5.3 saat. Jarak geraknya juga jauh iaitu 505km dan masa isi bateri daripada 10-80% cuma 24 minit sahaja.

Pencapaian menarik daripada kerjasama Bermaz-Kia

Sepanjang 4 tahun Bermaz mengendalikan jenama Kia, ada beberapa pencapaian menarik yang boleh dibanggakan. Contohnya, Dinamikjaya membuka pusat 3S pertama Kia di Glenmarie. Kemudahan itu mengandungi 20 petak selenggara, peralatan diagnostik canggih, dan bilik pameran beridentitikan Kia.

251129-bateriku-kia malaysia led-principle 01.webp

Tak dilupa usaha KMSB menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluaran model Kia untuk penuhi pasaran eksport. Ini adalah langkah yang jarang-jarang, contoh jenama luar yang jadikan negara kita sebagai hub pengeluaran serantau adalah Volvo.

Entiti yang akan ambil alih tugas edar Kia Malaysia

Bermula Januari 2026, kenderaan Kia di Malaysia akan diedarkan oleh Kia Sales Malaysia Sdn. Bhd. yang diterajui oleh Hyung Ho Kim selaku Presiden dan CEO. Orang nombor dua Kia Malaysia ialah Emily Lek yang akan menduduki kerusi pengurus besar. Emily memiliki pengalaman hampir 20 tahun dalam industri automotif dengan 17 tahun di Mercedes-Benz, diikuti dengan Jaecoo. Dia jugalah yang bertanggungjawab membawa masuk iCaur ke dalam Malaysia.

251129-bateriku-kia malaysia led-principle 02.webp

Bateriku ada bateri untuk semua model Kia

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta KIA di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, model KIA anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read