Honda telah lama menjadi salah satu jenama automotif kegemaran rakyat Malaysia. Dari model yang sangat praktikal dan popular seperti Honda City hinggalah ke model ikonik seperti Honda Civic, memiliki sebuah kereta Honda adalah lebih daripada sekadar mempunyai kenderaan; ia melambangkan kebolehpercayaan, citarasa yang baik, serta pengalaman pemilikan yang tahan lasak dan memuaskan selama bertahun-tahun.
Dalam kalangan peminat kereta, model seperti Honda Civic FK telah menjadi lambang gaya sporty yang mampu dimiliki kebanyakan rakyat Malaysia. Populariti jenama ini terbukti dengan wujudnya pelbagai kelab pemilik kereta Honda di seluruh negara, di mana mereka sering berkumpul dan berkonvoi ke satu-satu destinasi.
Panduan Bateri Kereta Honda Malaysia: Cari Saiz Bateri Yang Tepat Untuk Setiap Model Honda
Terdapat juga gurauan nakal di kalangan rakyat Malaysia bahawa memandu kereta Honda mampu memberikan tanggapan pertama yang baik kepada bakal mentua! Walaupun ia sekadar stereotaip sosial, perkara ini mencerminkan reputasi kukuh Honda sebagai jenama yang dikaitkan dengan pemilikan yang bertanggungjawab, kestabilan kewangan, dan keputusan yang praktikal.
Namun, tidak kira sama ada anda memandu Honda untuk imejnya, keselesaan, penjimatan minyak, atau kejuruteraan Jepun yang terkenal, satu komponen kekal penting iaitu bateri kereta Honda anda. Tanpa bateri yang sihat, kereta Honda yang paling tahan lasak sekalipun tidak akan dapat dihidupkan.
Panduan Saiz Bateri Sedan Honda
Panduan ini disediakan khusus untuk membantu pemilik Honda di Malaysia mengenal pasti spesifikasi dan saiz bateri kereta yang betul mengikut model kenderaan anda.
Bateri Honda Accord
- Accord CV1 1.5L (2018 – Kini) - LN3 EFB
- Accord CR1 / CR2 (2013 – 2019) - 55B24L / NX100L
- Accord (2012 – 2019) - 55B24L / NX100L
- Accord CP3 (2007 – 2012) - NS70 / 75D23L
- Accord SV4 / CF0 / UC1 (1993 – 2007) - NS60L
- Accord SM4 (1989 – 1994) - NS70R
Bateri Honda City
Pencarian untuk bateri Honda City adalah antara yang paling tinggi di Malaysia kerana model ini dimiliki ramai:
- City (1996 – 2003) - NS60L
- City (2004 – 2019) - NS40ZL

Bateri Honda Civic
- Civic (2016 – Kini) - 55B24L
- Civic FB / FC / FD / ES (2011 – 2015) - 55B24L
- Civic FB / FC / FD / ES (2006 – 2010) - 55B24L
- Civic EU / ES / EP / EM / EV (2001 – 2005) - NS60R
- Civic EK / EJ / EM / MB / MC (1996 – 2001) - NS60R
- Civic EG / EH / ED / EA / MB (1991 – 1997) - NS60R
- Civic EC / ED / EE / EA / MF (1987 – 1995) - NS60R
- Civic FK8 Type R (2017 – 2019) - DIN60 AGM / EFB
- Civic Hybrid (2012 – 2015) - NS40ZL / M42L
Bateri Honda CR-Z
- CR-Z Hybrid (2010 – 2014) - M42L
Panduan Saiz Bateri SUV & MPV Honda
Honda BR-V
- BR-V (2016 – Kini) - NS40ZL
Honda Crossroad
- Crossroad (2007 – 2010) - 55B24L
Bateri Honda CR-V
- CR-V (1995 – 2001) - NS60R
- CR-V (2002 – 2006) - NS60L
- CR-V (2007 – 2011) - NS60L
- CR-V (2012 – 2014) - NS60
- CR-V (2017 – Kini) - 55B24L
- CR-V Hybrid (2023 – Kini) - NS60R / N55L / NX100

Honda CR-X Del Sol
- CR-X Del Sol (1992 – 1998) - 55B24L
Honda Edix
- Edix (2004 – 2008) - 55B24L
Honda Elysion
- Elysion (2004 – 2013) - 55B24L
Honda Freed
- Freed (2016 – Kini) - NS40ZL
Bateri Honda HR-V / Vezel
- HR-V / Vezel (2015 – 2021) - 55B24L / NX100L

Bila Anda Perlu Tukar Bateri Kereta Honda Anda?
Salah satu kelebihan utama memiliki kenderaan Honda adalah kebolehpercayaannya. Secara ironi, hal ini kadang-kala membuatkan pemilik terlepas pandang soal penyelenggaraan berkala, terutamanya penjagaan bateri kereta.
Di dalam iklim cuaca panas dan tropika Malaysia, jangka hayat kebanyakan bateri kereta biasanya bertahan antara 18 hingga 24 bulan, sangat bergantung kepada tabiat pemanduan, keadaan cuaca, dan penggunaan komponen elektrikal kereta.
Tanda-tanda biasa bateri kereta anda semakin lemah dan perlu ditukar termasuklah:
- Enjin lambat dihidupkan (slow engine cranking)
- Kenderaan sukar untuk dihidupkan pada waktu pagi
- Lampu amaran bateri menyala di papan pemuka
- Lampu utama (headlights) kelihatan malap
- Aksesori elektrikal seperti tingkap berkuasa atau radio berfungsi dengan lemah
- Selongsong (casing) bateri kembung
Mengambil langkah awal menukar bateri kereta anda sebelum ia rosak sepenuhnya boleh menyelamatkan anda daripada masalah kereta tersadai secara tiba-tiba atau kos tunda yang tidak dijangka.

Kenapa Pilih Bateri Astra Untuk Honda Anda?
Memilih saiz bateri yang betul hanyalah separuh daripada jalan penyelesaian. Memilih bateri kereta yang dibina dengan standard kualiti yang tinggi memastikan anda mendapat prestasi yang boleh diharap sepanjang masa penggunaannya.
Menggunakan Bateri Astra memberikan kelebihan maksimum kerana ia direka khas untuk memenuhi keperluan jalan raya dan pemandu di Malaysia dengan kelebihan seperti:
- Waranti sehingga 18 bulan.
- Model bateri yang diperakui oleh SIRIM untuk setiap produk.
- Bantuan Waranti Seluruh Negara (Nationwide Warranty Assist) – perlindungan walau di mana jua anda memandu.
- Perlindungan Kemalangan Peribadi (GPA Takaful) sehingga RM7,000 (tertakluk kepada terma dan syarat).
Sama ada anda memandu sebuah Honda City untuk berulang-alik setiap hari ke tempat kerja, Honda Civic untuk pemanduan bergaya di hujung minggu, atau Honda CR-V untuk percutian keluarga yang jauh, Bateri Astra memberikan kualiti unggul yang diharapkan oleh setiap pemilik kereta Honda.
Reputasi Honda terbina hasil daripada kecemerlangan kejuruteraan dekad demi dekad, keselesaan memandu yang tiada tandingan, serta nilai resale yang sentiasa tinggi. Memadankan kereta anda dengan bateri yang spesifik akan mengekalkan prestasi optimum untuk jangka masa panjang. Sebelum mencari harga bateri kereta baharu, sentiasa semak spesifikasi bateri sedia ada atau rujuk buku manual pemilik anda.
Tukar Bateri Kereta Honda Anda Dengan Bateriku
Kereta Honda kesayangan anda tak boleh start? Perlukan servis tukar bateri kereta yang pantas dan boleh dipercayai?
Bateriku sedia membantu! Kami menawarkan khidmat penghantaran, pemeriksaan, dan pemasangan bateri kereta secara terus ke lokasi anda sama ada di rumah, di pejabat, atau di tepi jalan. Dapatkan saiz dan harga bateri kereta yang berpatutan termasuk Bateri Astra, Amaron, Century dan lain-lain tertakluk kepada stok.

