10 Jul 2026

Panduan Bateri Perodua: Jadual Lengkap untuk Semua Model

Cover image

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah jadi jenama paling laris untuk puluhan tahun di Malaysia. Dalam 2025 sahaja, syarikat itu telah mencatatkan hampir 360 ribu pendaftaran untuk memegang hampir 44% pasaran kenderaan tempatan. Bermula dengan Kancil yang ikonik hinggalah ke Ativa, Bezza, Myvi, jutaan kereta Perodua kini menelusuri jalan raya Malaysia.

Perkara paling penting, walau apa pun model yang anda pandu, bila tiba masanya, bateri kereta pasti sampai hujung hayatnya. Bila perlu diganti, anda perlu pastikan yang jenis bateri yang diganti adalah sesuai dengan kenderaan supaya ia boleh berfungsi dengan baik.

Panduan bateri ini akan bantu anda cari jenis bateri yang betul untuk apa saja model Perodua anda.

Jadual Bateri Perodua Setiap Model

Rujuk jadual di bawah untuk kenal pasti model bateri apa yang sesuai untuk model Perodua yang ada dalam pasaran.

260709-astraman-bateriku perodua 03 bm.webp

Perodua Guna Bateri Jenis Apa?

Perodua ada lebih daripada 10 model kenderaan sejak pengenalan Kancil dalam tahun 1994. Majoriti kereta Perodua menggunakan salah satu daripada tiga bateri di bawah:

  • NS40ZL
  • M42L
  • M42R

Jenis bateri yang sesuai dengan kenderaan adalah bergantung kepada model, tahun pengeluaran, dan ada dala kes-kes tertentu, adakah ia dilengkapi dengan teknologi Eco Idle iaitu ciri auto start-stop. Misalnya, model seperti Myvi menggunakan sehingga 3 jenis bateri sam ada NS40ZL, M42L, ataupun M42R.

Perbezaan Bateri Perodua NS40ZL, M42L, dan M42R

Sekilas pandang, semua bateri nampak sama, ada terminal positif dan negatif. Tapi ia sebenarnya berbeza spesifikasi daripada segi paras CCA, kapasiti (AH), dan dimensinya.

NS40ZL

NS40ZL adalah bateri paling banyak digunakan pada kenderaan Perodua. Kebanyakan model awal Perodua gunakan bateri jenis ini. Ia ada kapasiti 38Ah dengan paras CCA 330. Berikut adalah model Perodua yang gunakan NS40ZL:

  • Kancil
  • Kelisa
  • Kenari
  • Kembara
  • Rusa
  • Viva
  • Nautica
  • Early Myvi
  • Early Alza
  • Axia
  • Bezza

M42L

Tiga model yang gunakan bater M42L adalah seperti Ativa, Myvi Eco Idle, dan Bezza. Bateri ini mempunyai kapasiti 40Ah dan CCA 400. Perbezaan M42L dengan NS40ZL adalah M42 berada dalam kategori Enhanced Flooded Battery (EFB). Bateri EFB memang dibangunkan khas untuk fungsi Eco Idle. Kalau anda nak tahu kenapa perlu pilih bateri EFB untuk model yang ada Eco Idle, baca artikel kami yang terdahulu.

Kalau anda perasan, abjad L pada nama model ini merujuk pada terminal negatif yang terletak di bahagian kiri untuk disuaikan dengan pepasangan kabel tiga model Perodua ini.

M42R

Bateri automotif jenis M42R adalah variasi kepada M42L. Spesifikasi mereka hampir sama iaitu CCA 400 dengan kapasiti 40Ah. Variasi yang dimaksudkan adalah kedudukan terminal negatif berada di bahagian kanan. Model Perodua yang gunakan M42R adalah seperti Alza (model 2022 ke atas), Aruz Eco Idle, dan Myvi (2022 ke atas).

Cara untuk Sahkan Model Bateri Perodua

Selain daripada rujuk jadual di atas, terdapat beberapa lagi cara yan gboleh anda guna untuk pastikan bateri kereta Perodua yang nak diganti itu sesuai dengan model. Paling mudah adalah periksa model bateri sedia ada. Kalau masih belum pernah tukar bateri sejak daripada keluar showroom, itulah dia bateri sarana pengeluar. Cara kedua adalah dengan merujuk kepada pandual pemilik yang didatangkan dengan setiap kenderaan.

Selain daripada kapasiti (Ah) dan CCA, perlu diperiksa juga kedudukan terminal dan sama ada Perodua anda ada ciri Eco Idle ataupun tidak.

Guna Bateri ASTRA dengan Yakin

Bateri kereta bukan saja komponen untuk hidupkan enjin kereta, ia juga bekalkan tenaga kepada komponen elektronik kenderaan anda. Pilih bateri yang betul pastikan kereta berfungsi dengan optimum, apatah lagi dengan segalal teknologi moden masa ini.

260401-bateriku-tayar murah malaysia bateri astra.webp

Bateri ASTRA menerima pensijilan SIRIM untuk semua 28 SKU yang ditawarkan. Jutaan bateri ASTRA telah memperkasa kereta di Malaysia bermakna ia dihasilkan untuk berikan prestasi yang mantap kepada pemandu.

Sama ada anda pandu Perodua, Proton, Toyota, Honda atau apa saja model kereta yang popular, akan ada Bateri ASTRA yang sepadan dengan kereta anda. Nak mudah, rujuk katalog Bateri ASTRA yang disediakan.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya