Ramai pemilik kereta Perodua mematikan ciri Eco Idle kerana percaya yang ia boleh pendekkan hayat bateri. Adakah dakwaan mereka berasas? Jawapan pendek adalah, ya. Walau bagaimanapun, jawapan yang lebih komprehensif boleh ceritakan perkara sebenar tentang ciri hidup-mati enjin automatik ini. Sistem start-stop modern direka untuk dipadankan dengan bateri yang dibangunkan khas untuk tujuan itu.
Eco Idle beri tekanan pada bateri
Setiap kali kereta berhenti di lampu isyarat, enjin akan mati dengan sendiri tapi dalam masa yang sama, bateri tetap bekalkan tenaga untuk sistem elektrik kereta seperti sistem inforia, lampu, dan pendinggin hawa. Bila anda lepaskan break, isyarat akan dihantar ke kereta intuk hidupkan enjin dan bateri perlu hantar arus yang tinggi untuk hidupkan semula enjin.

Penyelidik memanggil situasi hidup-mati enjin dalam tempoh singat ini adalah microcycle dan bateri pada sistem Eco Idle alaminya ribuat kali dalam hayatnya*.* Ia berbeza dengan situasi biasa iaitu enjin hidup dan kereta bergerak dalam satu tempoh panjang untuk beri masa bateri dicas semula menggunakan alternator dalam kereta.
Ujian makmal dapati kalau gunakan bateri yang tidak dibangunkan khas untuk Eco Idle, ketahanan bateri akan jadi pendek kepada hanya sekitar 7 bulan berbanding jangka haya biasa 3 tahun. Ia menunjukkan yang bateri automotif biasa tida sesuai untuk ciri Auto Start-Stop.
Kenapa trip pendek tak bagus untuk Eco Idle
Jika pemanduan harian anda adalah berjarak pendek ataupun banyak lampu isyarat, ia akan letakkan bateri dalam tekanan yang tinggi.
Setiap kali enjin dihidupkan, alternator perlukan masa untuk gantikan semula tenaga yang bateri guna. Kalau kereta dipandu dalam jarak pendek, “hutang” itu mungkin tak sempat digantikan dan bateri alami microcycle lagi. Dalam jangka masa panjang, bateri berada dalam keadaan tak dicas sehingga kristal sulfur terhasil dalam bateri.

Pembentukan kristal sulfur dalam bateri meningkatkan rintangan dalaman dan kurangkan kapasiti tenaga secara kekal. Itu belum diambil kira faktor cuaca panas di Malaysia yang boleh capai lebih 35°C yang juga menyumbang kepada pendeknya hayat bateri.
Bateri AGM & EFB untuk Eco Idle
Disebabkan Auto Start-Stop membebankan bateri, pengeluar bateri telah memasukkan sesetangah bateri ini dengan teknologi yang jadikannya lebih lasak.
Contohnya, bateri jenis Enhanced Flooded Bateri (EFB) tawarkan hayat bateri nyata lebih panjang berbanding bateri biasa sementara bateri jenis Absorbed Glass Mat (AGM) mampu untuk tampung ribuah kitaran cas-nyahcas.

Ada juga bateri yang lebih canggih, gunakan sistem hibrid iaitu satu kapasitor yang diguna untuk simpan cas khas untuk hidupakn enjin. Kapasitor ini kurangkan stress yang dikenakan ke atas bateri sewaktu nak hidupkan kereta.
Sebab itulah anda tak disarankan untuk guna bateri biasa dengan kereta yang ada Auto Start-Stop kerana nak jimat kos.
Patutkah anda matikan Eco Idle?
Eco Idle boleh dimatikan tapi anda dah tak lagi terima manfaat penjimatan petrol yang dibawakan ciri tersebut. Tambahan pula, awalaupun Eco Idle ditutup sekalipun, ia tidak menjamin hayat bateri jadi panjang. Semuanya masih sangat bergantung kepada gaya pemanduan. Pemanduan jarak pendek, parkir kereta terlalu lama, ataupun guna bateri tak ikut spesifikasi akan menjejaskan hayat bateri walaupun tanpa Eco Idle.
Tips paling baik untuk optimumkan hayat bateri kenderaan adalah untuk gunakan bateir yang sesuai mengikut saranan pengeluar kereta.
Rujukan
- Bishop, J., Nedungadi, A., Ostrowski, G., Surampudi, B., Armiroli, P., & Taspinar, E. (2007). An Engine Start/Stop System for Improved Fuel Economy (SAE Technical Paper No. 2007-01-1777). SAE International.
- Farrag, M. (2024). Development of Battery-Supercapacitor Management Systems for Electric Vehicles Doctoral dissertation, Brunel University London.
- Horie, S., Shimoda, K., Sugie, K., & Jimbo, H. (2007). Lead acid battery for idling stop system. In 2007 Power Conversion Conference - Nagoya (pp. 1352–1356). IEEE.
- Kollmeyer, P. J., & Jahns, T. M. (2019). Aging and performance comparison of absorbed glass matte, enhanced flooded, PbC, NiZn, and LiFePO4 12V start stop vehicle batteries. Journal of Power Sources, 441, 227139. https://doi.org/10.1016/j.jpowsour.2019.227139.
- Lee, S., Cherry, J., Safoutin, M., & McDonald, J. (2017). Modeling and Validation of 12V Lead-Acid Battery for Stop-Start Technology (SAE Technical Paper No. 2017-01-1211). SAE International. https://doi.org/10.4271/2017-01-1211.

