29 Dec 2025

Motor Maniac Drift Meet VOL. 2: 1 Scene, 1 Jiwa

Cover image

Motor Maniac merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia permotoran di Malaysia. Sejak 2019. Jenama ini telah berkembang menjadi salah satu nama besar dan pesaing hebat bagi jenama lain seperti Choii Motorsport, National Drift Series, dan Apex Drift. Kehadiran Motor Maniac dalam setiap siri pertandingan drift dan acara permotoran tempatan telah mencipta impak yang cukup besar, terutamanya dalam kalangan peminat drift dan motorsport ekstrem.

Motor Maniac tidak pernah berhenti, sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti havoc seperti drift showcase, dan meet-up komuniti yang menaikkan semangat mereka yang berjiwa besar dalam dunia permotoran.

Drift vol 2 Motor Maniac.webp

Setiap aktiviti tidak pernah “kosong” pasti ada objektif yang perlu dicapai. Begitu juga dengan Motor Maniac, setiap acara yang dianjurkan bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi menjadi platform untuk menyatukan komuniti automotif, mencungkil bakat baharu, serta memberi pendedahan kepada budaya permotoran tempatan.

Pendek kata, Motor Maniac menjadi simbol keberanian, adrenalin, dan kecemerlangan dalam setiap aspek dunia permotoran di Malaysia, menjadikan setiap aktiviti mereka dinantikan ramai peminat dan pengikut setia.

DRIFT MEET VOL. 2: Pentas Bakat Drift Hujung Minggu

Pada 6 Disember 2025, Motor Maniac sekali lagi menggegarkan dunia permotoran dengan acara MOTORMANIAC x KLUTCH KICKED DRIFT MEET VOL. 2, sebuah acara drift terbuka yang benar-benar membawa kelainan berbanding mana-mana event lain di Malaysia.

Kali ini, suasananya jauh lebih gempak, lebih panas, dan jauh lebih mencabar apabila seramai 22 pelumba drift mempamerkan aksi mereka di sebuah litar sementara. Jika sebelum ini orang awam hanya mampu menyaksikan aksi drift dari luar litar, kini Motor Maniac tampil dengan pendekatan yang lebih berani made by enthusiasts, for enthusiasts dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman duduk di kerusi penumpang kereta drift dan merasai secara langsung adrenalin serta kehebatan aksi tersebut.

Sebagai kemuncak, Motor Maniac membawakan sebuah kejutan besar kemunculan Nissan Silvia S15, kereta misteri yang sebelum ini sering menjadi tanda tanya dalam kalangan pengikut setia.

Kehadiran S15 ini bukan sahaja menghidupkan vibes acara, malah mengesahkan bahawa Motor Maniac sentiasa bersedia mengejutkan peminat dengan sesuatu yang ikonik dan luar jangka.

Mike Motor Maniac.webp

Motor Maniac: Lebih Dari Sekadar Drift

Motor Maniac sentiasa berusaha memberikan sesuatu yang segar dan unik untuk para pengikutnya. Bermula dengan idea seperti Limbo Competition, diikuti 2-Step Competition, dan tahun lalu pula Motor Maniac memperkenalkan Car Parade pada Motor Maniac 2025, satu lagi aktiviti baharu yang menjadi tarikan utama dalam acara tahunan mereka. Setiap tahun, pasti ada kejutan dan pembaharuan yang mengekalkan identiti Motor Maniac sebagai penganjur acara permotoran paling kreatif dalam negara.

Selain dunia drift, Motor Maniac juga aktif dalam pelbagai cabang permotoran lain, termasuk penganjuran dan penyertaan dalam event autoshow di seluruh Malaysia. Di utara, Motor Maniac pernah terlibat bersama Northern Festival of Speed, manakala di Terengganu mereka hadir dengan membawa Wira Projek Kansai. Motor Maniac turut menganjurkan acara tersendiri iaitu Malaysia Domestic Market (MDM) Royal Meet yang berlangsung di HQ mereka satu perhimpunan besar peminat kereta tempatan.

Tidak terhenti di dunia automotif, Motor Maniac turut melebarkan pengaruh ke dunia fesyen dengan mengeluarkan pelbagai koleksi pakaian bertemakan permotoran. Setiap event utama hadir bersama sekurang-kurangnya satu koleksi eksklusif, menjadikan jenama Motor Maniac bukan sahaja kuat di litar, tetapi juga diterima sebagai identiti gaya hidup dalam komuniti peminat kereta.

Sambil menyelam minum air melalui event seperti ini Motor Maniac mampu melebarkan sayap ke seluruh negara dan mungkin akan ke pentas dunia pada masa akan datang. Bermula dengan langkah kecil, Motor Maniac perlahan-lahan membina nama. Semua ini sudah pasti dengan sokongan daripada Bateriku dan Astra.

Silvia S15 Motor Maniac 2 .webp

Bateri Astra, Prestasi Ultra

Dalam setiap acara drift, Mike Motor Maniac yang juga merupakan seorang pelumba drift sudah pasti akan menggunakan jentera drift miliknya, iaitu Nissan R32, Nissan Silvia S14 dan Nissan Silvia S15. Ketiga-tiga jentera lumba ini mempunyai satu persamaan, iaitu menggunakan Bateri Astra, Bateri Pilihan Mekanik.

Bukan sahaja menjadi pilihan mekanik, Bateri Astra juga menjadi bateri pilihan bagi kebanyakan drifter, terutamanya mereka yang kerap menyertai event seperti ini.

Bateri Astra kini didatangkan bersama perlindungan Takaful Kemalangan Diri PERCUMA bernilai sehingga RM7,000. Ini merupakan penawaran pertama seumpamanya dalam pasaran bateri, direka untuk memberikan lebih daripada sekadar kuasa kepada kenderaan anda.

Kandungan Perlindungan Group Personal Accident (GPA):

  • Kematian akibat Kemalangan: RM7,000
  • Kecacatan Kekal Total (TPD): RM7,000
  • Perbelanjaan Pengkebumian: RM2,000
  • Yuran Ambulans: RM500

Sebagai nilai tambah yang turut penting, semua siri Bateri Astra telah diiktiraf oleh SIRIM. Bateri Astra merupakan satu-satunya bateri jenama tempatan yang menerima pensijilan daripada SIRIM.

s15 Astra 2.webp

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Seterusnya