Kia Sales Malaysia secara rasmi perkenalkan Kia Carnival facelift untuk tahun 2026. Ini adalah model pertama mereka selepas mengambi alih tugas pengedaran jenama itu daripada Bermaz Auto akhir tahun 2025 yang lalu.
Walau bagaimanapun, spekulasi yang kuat berkumandang tentang varian hibrid van urban seperti yang boleh didapati dalam pasaran Thailand, hancur berkecai. Hal ini kerana Kia memperkenalkan varian diesel sahaja. Kalau anda tak ambil kira powertrain, asasnya memang banyak naik taraf yang dibawakan kali ini khususnya pada segi rekaan.

Harga Kia Carnival 2026 di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, sebanyak 2 varian Kia Carnival 2026 diperkenalkan dan harganya adalah seperti berikut:
- Kia Carnival 2.2D 11-seater - RM188,888
- Kia Carnival 2.2D 7-seater - RM248,888


Setiap unit Kia Carnival ini dilindungi jaminan selama 5 tahun ataupun 150,000km.
Spesifikasi Kia Carnival 2026 di Malaysia
Kia Carnival 2026 ini adalah produk CKD yang dipasang di kemudahan pengeluaran Inokom di Kulim, Kedah. Untuk info anda, model yang sama juga dieksport ke Thailand sejak Oktober 2025 yang lalu.
Enjin diesel turbo 2.2D tunjang Kia Carnival Malaysia
Menggerakkan van gergasi ini adalah enjin 2.2L 4 silinder Smartstream turbo yang hasilkan 199 hp dan tork pada paras 440Nm. Enjin tersebut kemudiannya menyalurkan kuasa yang dijana menerusi kekotak transmissi 8 kelajuan terus ke gandar hadapan.

Kecekapan penggunaan bahan api kenderaan ini diiklankan sebagai 15.5km/L. Dengan tangki bahan api 71 liter, anda boleh bersiap sedia untuk bayar lebih RM220 untuk satu isian penuh.
Rekaan luar lebih segar guna Opposites United
Rekaan Kia Carnival kali ini bawakan perubahan segar berbanding beberapa iterasi sebelum ini. Rekaannya lebih selari dengna saudara-saudara EV Kia yang lain kerana dah guna pakai konsep Opposites United yang pertama kali diguna pakai Kia EV6 dan terus digunakan pada model seperti EV9.

Untuk Kia Carnival, anda boleh nampak rekaan lampu depan baharu. Ia disusun secara menegak dan terapkan rekaan ikonik Star Map untuk komponen DRL. Lampu belakang juga terima rekaan hampir serupa dengan lampu brek juga disusun menegak di sisi kemudian menjadi datar untuk bersambung daripada hujung ke hujung.

Sistem inforia ccNC 12.3” dengan Android Auto dan Apple CarPlay
Di bahagian kabin, Kia Carnival terima beberapa naik taraf khususnya pada komponen elektronik. Paparan kluster meter digital untuk pemandu dan inforia diadun dalam perumah yang kemas tanpa lekuk. Pengguna berinteraksi menggunakan sesentuh untuk berikan input menerusi skrin 12.3” yang sokong Android Auto dan Apple CarPlay secara wayarles.

Untuk konsol tengah, tak banyak perubahan boleh diperhatikan. Tombol untuk pilih mode memandu daripada verian sebelum ini dikekalkan, sistem yang sama boleh ditemukan pada EV6. Sebagai pengangkut penumpang, Kia menyediakan banyak port USB-C di seluruh kenderaan untuk kekalkan gajet mereka sentiasa terisi.
Konfigurasi 11 tempat duduk ataupun kerusi kapten
Lagi tentang ciri mengangkut Kia Carinval. Model ini hadir dengan konfigurasi 11 ataupun 7 tempat duduk. Pengguna boleh pilih konfigursi sama ada:
- susunan 2-2-3 untuk 7 penumpang
- susunan 2-3-3 untuk 11 penumpang.

Versi 7 tempat duduk menampilkan kerusi Premium Relaxion untuk penumpang barisan kedua sementara kerusi barisan ketiga boleh dilipat rata untuk tambah lagi ruang kargo. Buat yang perlukan ruang penumpang maksimum, versi 11 tempat duduk ada empat baris kerusi dengan kerusi barisan kedua dan ketiga jenis jump seat untuk mudahkan akses kepada barisan paling belakang.
Kelengkapan standard untuk kedua-dua varian adalah seperti pintu gelongsor elektrik, kawalan iklil tiga zon, pengecas telefon wayarles, sistem kamera 360 darjah, dan pintu but elektrik.
Bateri Astra untuk Kia Carnival 2026
Kia Carnival 2026 gunakan bateri DIN80L. Berikut adalah bateri Astra yang sesuai untuk model tersebut.

Dapatkan bateri Astra untuk semua jenis kenderaan
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Lihat senarai lengkap perkhidmatan Bateriku.

