26 Aug 2026

Enjin Hibrid Proton Mampu Lawan Toyota & Honda

Cover image

Proton telah kongsikan lebih banyak maklumat tentang enjin hibrid FutureMotion HEV mereka di Global Automotive and Technology Expo 2026. Untuk rujukan, enjin ini kali pertama dipertontonkan kepada awam sewaktu KLIMS 2026 dalam bulan Jun 2026 tempoh hari.

Spesifikasi enjin hibrid Proton FutureMotion HEV

Awalnya kita tahu yang enjin hibrid yang Proton sedang bangunkan adalah bersesaran 1.5L. Info baharu yang kita ada sekarang adalah komponen petrol enjin itu mengeluarkan output kuasa setinggi kira-kira 110hp dengan tork setinggi 136Nm. Bahagian motor elektrik pula mempunyai angka output 151hp dan tork setinggi 220Nm. Untuk rujukan, enjin hibrid yang diguna pakai pada Honda City mempunyai output 107hp/253Nm (motor elektrik) dan 96hp/136Nm (enjin petrol).

260826-bateriku-proton hybrid engine futuremotion saga cross 04.webp260826-bateriku-proton hybrid engine futuremotion saga cross 05.webp

4 mode pemanduan enjin hibrid Proton

Enjin hibrid proton mengguna pakai seni bina dwimotor elektrik yang menjadi sebahagian daripada Dedicated Hybrid Transmission (DHT). Motor P3 memberikan kuasa tujahan tinggi untuk diterima kereta lantas jadi pelengkap kepada enjin petrol. Motor yang kedua, P1 bertugas sebagai starter untuk enjin dan membantu gerakkan kenderaan apabila berada dalam mode all-wheel-drive.

260826-bateriku-proton hybrid engine futuremotion saga cross 06.webp

Bercakap tentang mode pemanduan, Enjin FutureMotion HEV Proton sebanyak 4 mode pemanduan disediakan bergantung kepada kelajuan dan keperluan tenaga.

  • EV: Kereta digerakkan motor P3 sepenuhnya untuk disuaikan dengan pemanduan perlahan seperti di bandar.
  • Bersiri: Enjin petrol bergerak untuk jana elektrik guna motor P1 dan bukannya untuk gerakkan kereta. Konsep sama seperti Nissan Kicks e-Power.
  • Selari: Enjin petrol dan motor elektrik aktif untuk gerakkan kereta untuk situasi seperti memotong kenderaan lain.
  • ICE: Enjin petrol aktif untuk gerakkan kereta, sesuai untuk cruising atas lebuh raya.

Proton AMA02 dapat enjin hibrid?

Setakat artikel ini ditulis, Proton masih belum berikan gambaran jelas tentang model manakah yang terima enjin baharu ini. Spekulasi menyatakan yang model dengan kod nama AMA02, sebuah SUV kompak pesaing kepada Ativa akan terima enjin ini. Nama Proton Saga Cross juga sedang hangat diperkatakan walaupun tiada sebarang maklumat rasmi ada.

260826-bateriku-proton hybrid engine futuremotion saga cross 02.webp

Sekurang-kurangnya kita dah ada spesifikasi teknikal enjin terbaharu itu dan ia lebih berkuasa daripada enjin Honda City e:HEV dan Toyota Yaris Cross HEV, sekurang-kurangnya di atas kertas.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya