12 Jun 2026

Proton bangunkan SUV paling jimat minyak di dunia?

Cover image

Proton umumkan mereka sedang bangunkan sebuah model hibrid untuk pengguna Malaysia. Maknanya ada kemajuan dalam usaha “mengujakan” barisan kereta petrol Proton dengan elektrik selepas mild-hibrid Proton X90 dulu. Projek yang sedang Proton usahakan diberi nama Proton FutureMotion HEV.

Apa itu Proton FutureMotion HEV

Model yang akan temui pengguna diperkasa teknologi hibrid baharu dan akan ada tanda harga mampu milik.

Di bahagian tunjang kereta itu ada enjin petrol 1.5L dengan sebuah motor elektrik. Kedua-duanya penjana kuasa ini salurkan kuasa pada kekotak DHT dan selain salurkan kuasa pada DHT, motor elektrik itu juga akan cas semula pek bateri yang ada dalam kereta untuk diguna kemudian hari.

260612-bateirku-klims2026protonfuturemotionhev02.webp

Pendek kata, berbanding bergantung sepenuhnya pada engin petrol untuk gerak. Sistem ini secara pintar boleh tukar antara sumber kuasa petrol dan elektrik dalam keadaan tertentu. Objektif utama adalah untuk bantu pecutan serta tambah baik kecekapan bahan api.

Untuk perspektif, Proton X90 gunakan sistem hibrid ringan. Motor elektrik padanya hanya bantu enjin saja tanpa kemampuan jalan secara EV sepenuhnya. ia fokus pada pecutan yang lebih lancar dan tidaklah naikkan kecekapan bahan api secara signifikan.

260612-bateirku-klims2026protonfuturemotionhev03.webp

Geely i-HEV asas pada enjin hibrid proton

Sistem enjin hibrid Proton ini katanya ada kaitan dengan teknologi i-HEV Intelligent Hybird yang Geely perkenalkan dalam bulan April 2026 tempoh hari.

Info ini penting sebab Proton dan Geely berkongsi platform yang sama. disebabkan Geely rakan strategik proton yang besar, maka pengguna Malaysia boleh jangkakan ia ada seni bina hampir serupa.

Antara spesifikasi teknikal yang menarik tentang New FutureMotion HEV Proton adalah ia ada thermal efficiency lebih 48%, angka yang tinggi untuk sebuah enjin pembakaran dalaman. Geely sudahpun guna i-HEV pada model dalam pasaran China seperti Preface dan Emgrand. Dikatakan yang Geely Emgrand i-HEV ada catatkan thermal efficiency 48.41% dengan kecekapan petrol 26.11km/L.

260612-bateirku-klims2026protonfuturemotionhev04.webp

Sebagai perbantindan, sistem Nissan e-Power yang diumumkan Jun 2025 ada kecekapan setinggi 46% manakala Honda e:HEV pun catatkan lebih 40% tapi tak nyatakan secara terperinci.

Proton apa yang akan guna enjin hibrid?

Petunjuk paling kukuh tentang kereta Proton hibrid adalah sebuah SUV kompak seperti yang diteasekan dalam majlis Proton Tech Showcase Disember 2025 lalu. Selepas Proton Saga serba baharu, model seterusnya adala AMA02.

260612-bateriku-klims2026protonfuturemotionhev05.webp

Pemerhati pasaran lihatnya akan bersaing dalam SUV segmen A seperti Perodua Ative dan nama yang akan diguna pakai adalah Saga Cross. Namun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh pihak Proton.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Seterusnya