Toyota Malaysia telah mengemas laman web mereka dengan memasukkan sebuah model hibrid baharu. Walaupun masih boleh didapatkan secara rasmi, Toyota Vios Hibrid sudahpun ada harga anggaran dan pengguna di Malaysia boleh jangkakan pelancaran rasminya sedikit masa lagi. Pasaran jiran Thailand sudahpun menawarkan model ini dan kita boleh rujuk pada spesifikasi mereka untuk dapatkan gambaran apakah yang bakal diterima kita nanti.
Harga Toyota Vios Hibrid di Malaysia
Sebanyak dua model hibrid untuk Vios bakal masuki Malaysia iaitu Toyota Vios Hybrid Electric dan satu lagi adalah versi yang lebih premium iaitu Toyota Vios HEV GR Sport.

Berdasarkan halaman rasmi, harga muktamad masih belum ada sebaliknya anggaran harga untuk dua model baharu ini masing-masing bermula RM103,900 dan RM109,900.
Toyota Vios Hibrid Lebih Murah Berbanding Honda City Hibrid
Pada harga tersebut, ia jelas menunjukkan Toyota Malaysia ingin berikan tentangan hebat kepada pesaingnya dalam sedan segmen B iaitu Honda City Hibrid. City e:HEV yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang versi facelift yang dilancarkan dalam bulan Ogos 2023 tempoh hari. Sebelum 2025 tamat, Honda Malaysia lakukan sedikit naik taraf pada model itu apabila menyertakan kamera keliling 360 darjah tanpa ada sebarang kenaikan harga.

Untuk makluman, Honda City RS e:HEV ada tanda harga semasa RM111,900 dan satu-satunya sedan hibrid segmen C yang boleh didapatkan dalam pasaran buat masa ini. Selain itu, model hibrid Honda kini unggul sebagai kereta paling jimat minyak di Malaysia.
Spesifikasi Toyota Vios Hibrid Malaysia
Sementara menunggu spesifikasi rasmi Toyota Vios hibrid di Malaysia, mari rujuk pada model sedia ada dalam pasaran Thailand. Di sana, Vios Hibrid dikenali sebagai Yaris Ativ HEV. Pengenalan sistem hibrid menandakan perubahan terbesar dalam generasi Vios setakat ini dalam usaha Toyota untuk kekal bersaing pada segi kecekapan bahan api sedan segmen C mereka itu.

Toyota mendakwa Yaris Ativ HEV mempunyai penjimatan minyak pada kadar 29.4 km/L. Sekiranya benar, ia mampu untuk kalahkan Honda City e:HEV yang diiklankan pada 27.8 km/L. Sungguhpun begitu, ia sangat bergantung kepada gaya pemanduan dan keadaan persekitaran apabila berada dalam dunia sebenar.

Beza Vios Hibrid vs. Vios Hibrid GR Sport
Vios HEV dan HEV GR Sport berkongsi powertrain. Gabungan enjin petrol 1.5L dengan motor elektrik menghasilkan sejumlah 111 PS kuasa dengan tork maksimum 141Nm. Kedua-dua model mengerakkan motor elektrik berbekalkan bateri Li-ion 0.76kW dan kuasa disalur kepada transmissi e-CVT.
Ciri keselamatan pasif dan aktif adalah sama sahaja antara kedua-dua varian. Pengguna akan temui ciri seperti adaptive cruise control, lande departure alert dengan auto-return, ABS/EBD/VSC/TRC, ISOFIX, pengecasan wayarles untuk telefon, skrin sesentuh 10.1” dan beberapa komponen sepunya lain.

Bahagian yang varian GR Sport berbeza berbanding biasa sistem suspensi yang ditala khas untuk pemanduan lebih agresif. Pada segi estetik pula, model yang lebih premium itu dapat rim aloi 17” (vs. 16”). Kemasan GR Sport lebih garang seperti jeriji depan berkilat, skirting tambahan di sekeliling kereta, dan spoiler di bahagian belakang.
Beza Vios Hibrid vs. Vios Petrol
Perbezaan paling ketara Vios Hibrid berbanding Vios Petrol adalah powertrain. Ketiadaan motor elektrik pada varian petrol jadikan kuasa outputnya lebih rendah berbanding hibrid. Vios 1.5G AT ada output kuasa 94PS (vs. 111PS pada hibrid). Tangki bahan api versi petrol lebih besar (40L vs. 36L) namun, jarak gerak untuk satu tangki penuh tidak setanding saudara hibrid. Daripada segi ukuran, kedua-dua model berkongsi ukuran hampir serupa. Sistem supensi juga sama menggunakan kombinasi MacPherson/Torsion.

Namun, versi hibrid yang lebih baharu ada kelebihan di bahagian kabin. Ia terima sistem inforia dengan skrin lebih besar (10.1” vs. 9”). Versi petrol, selain skrin inforia lebih kecil, ia juga tiada kemudahan pengecasan telefon wayarles dan ciri pencahayaan dalam kabin.
Pada segi ciri bantu pandu aktif dan pasif, kedua-dua mereka berkongsi ciri yang sama.
Bateri Astra untuk Toyota Vios Hibrid
Toyota Vios Hibrid mempunyai dua jenis sistem bateri. Sistem yang pertama adalah bateri bervoltan tinggi 0.7kWh yang digunakan khas untuk gerakkan motor elektrik lantas jadikannya berada dalam keluarga kenderaan hibrid. Bateri ini tak boleh diakses oleh pengguna dan perlukan kepakaran pihak Toyota sendiri untuk lakukan penyelenggaraan.


Sistem bateri kedua adalah bateri 12V yang menguasakan peralatan-peralatan elektornik kereta seperti skrin, pendingin hawa, lampu, radio, dan lain-lain. Bateri ini ada hayat yang lebih pendek berbanding bateri dalam sistem pertama tadi dan perlu digantikan daripada masa ke masa.
Bateri Astra yang sepadan dengan Toyota Vios hibrid, termasuklah model-model sedia ada, adalah jenis:
- ASTRA N55L/R (80B24L) EFB - RM418
- ASTRA NX100-6L/R (65B24L/R) - RM268
Dapatkan bateri untuk semua jenis kenderaan di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Lihat senarai lengkap perkhidmatan Bateriku.

