Kalau banding dengan kereta petrol, EV memang menjimatkan. Tapi dalam kalangan kereta elektrik, tak semuanya sama. EV yang cekap guna tenaga boleh gerak lebih jauh berbanding yang lain dan ia diterjemah kepada kos tenaga yang lebih rendah.

Biasanya kecekapan tenaga EV disukat dalam unit kWh/100km yang menggambarkan amaun tenaga yang diperlukan untuk bawa EV tersebut sejauh 100km. Contoh mudah, EV yang ada kecekapan 12 kWh/100km perlukan kurang tenaga berbanding EV yang ada 18 kWh/100km.
Untuk itu, berikut adalah 20 EV paling cekap tenaga di Malaysia berdasarkan info rasmi pengeluar seperti kapasiti bateri dan jarak kembara.
20 EV paling jimat elektrik Malaysia
| No | Model | Jarak (km) | Bateri (kWh) | Kecekapan (kWh/100km) |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Wuling Bingo Max | 337 | 37.90 | 11.25 |
| 2 | Tesla Model 3 Premium Long Range RWD | 702 | 82.00 | 11.68 |
| 3 | Wuling Bingo Pro | 273 | 31.90 | 11.68 |
| 4 | Tesla Model 3 Standard RWD | 534 | 62.50 | 11.70 |
| 5 | Tesla Model Y Long Range RWD | 661 | 78.40 | 11.86 |
| 6 | Proton eMas 5 Premium | 325 | 40.16 | 12.36 |
| 7 | Toyota bZ4X FWD | 569 | 73.10 | 12.85 |
| 8 | BYD M6 Standard Range | 420 | 55.40 | 13.19 |
| 9 | MINI Aceman SE | 406 | 54.20 | 13.35 |
| 10 | BMW i5 eDrive40 M Sport Pro | 627 | 83.90 | 13.38 |
| 11 | Proton eMas 5 Prime | 225 | 30.12 | 13.39 |
| 12 | Tesla Model Y RWD | 466 | 62.50 | 13.41 |
| 13 | BMW iX3 50 xDrive | 805 | 108.70 | 13.50 |
| 14 | Tesla Model Y L Premium | 577 | 78.40 | 13.59 |
| 15 | Dongfeng Box Standard | 310 | 42.30 | 13.65 |
| 16 | Dongfeng Vigo FWD | 380 | 51.87 | 13.65 |
| 17 | BMW i4 eDrive35 M Sport LCI | 514 | 70.20 | 13.66 |
| 18 | Mercedes-Benz EQS 450+ AMG Line | 782 | 107.80 | 13.79 |
| 19 | BYD Sealion 7 Dynamic | 520 | 71.80 | 13.81 |
| 20 | BYD Seal 6 Dynamic | 410 | 56.64 | 13.81 |
Nota: Jarak gerak adalah info rasmi daripada pengeluar. Mereka mungkin gunakan piawaian sama ada NEDC, CLTC, dan WLTP. Kapasiti bateri juga mungkin menggunakan kapasiti kasar, nominal, ataupun kapasiti boleh guna. Dapatkan info terkini daripada pengeluar untuk maklumat lanjut.
EV mana paling jimat elektrik di Malaysia?
Berdasarkan carta, Wuling Bingo Max adalah EV paling jimat tenaga iaitu 11.25kWh untuk setiap 100km. Di belakangnya mengekuri rapat adalah Tesla Model 3 Premium Long Range RWD dan Wuling Bingo Pro, yang masing-masing catatkan 11.68 kWh/100km.

Proton eMas 5, EV popular dalam kalangan pengguna Malaysia juga ada dalam senarai. Kedua-dua varian Premium dan Prime masing-masing ada 12.36kWh/100km dan 13.39kWh/100km.

Walaupun ada 20 model dalam senarai ini, beza antara nombor satu dengan yang terakhir adalah sekitar 25% saja. Ia jauh lebih rapat berbanding carta 20 kereta paling jimat minyak Malaysia tempoh hari, jurangnya lebih 66%.
Betul ke lebih cekap EV, lebih besar penjimatan wang?
Ya, memang EV cekap tenaga jimatkan banyak wang. Ambil balik contoh di awal artikel tadi iaitu EV 12kWh/100km guna kurang tenaga berbanding EV 18kWh/100km. Jika harga elektrik adalah RM0.57/kWh, untuk kedua-dua kereta bergerak sejauh 20,000km, kos untuk merkea adalah:
- 12kWh/100km: RM1,368
- 18kWh/100km: RM2,052

Kalau 20,000km itu adalah jarak normal untuk setahun, beza kos antara EV itu adalah RM684/tahun. Tapi kecekapan tak sama dengan jarak gerak. Mungkin Wuling Bingo Max paling cekap, tapi jarak geraknya terhad kepada 337km berbanding Tesla Model 3 Premium Long Range RWD. Jadi, Bingo Max perlu berhenti lebih kerap untuk cas. Seperti kata pepatah, “masa itu emas”, Model 3 Premium Long Range mungkin lebih praktikal dalam situasi tertentu.
Perlukah anda beli EV berdasarkan kecekapan tenaga sahaja?
Kalau kos elektrik semata-mata adalah faktor, kecekapan elektrik adalah bacaan yang perlu dititikberatkan. Tapi, lain orang, lain keperluannya dan banyak lagi faktor yang beri kesan pada pemilihan EV seperti jarak gerak, kelajuan mengecas, kapasiti bateri, kapasiti penumpang, dan sebagainya.
Pengguna yang sering pandu jauh mungkin akan rasa yang perbezaan kecil pada kecekapan akan berikan penjimatan yan gbanyak. Tapi untuk pengguna yang jarak pemanduan pendek, mungkin faktor seperti harga dan kelajuan mengecas lebih penting.
EV yang terbaik untuk anda adalah yang memenuhi keperluan anda dan seimbang antara harga, jarak, kecekapan, dan kos penyelenggaraan.
Pilih betul, pilih ASTRA
Kereta EV atau petrol, semuanya masih perlukan bateri 12V untuk kuasakan segala kelengkapan elektronik di dalam kereta. Bateri ASTRA direka untuk kendalikan tugas itu dan beri banyak lagi nilai tambah. Ia dilindungi jaminan seluruh negara dan setiap pembelian terima perlindungan takaful bernilai sehingga RM7,000.

Cari bateri terbaik untuk EV? Periksa katalog bateri ASTRA untuk cari yang bersesuaian dengan EV anda.
