2 Dec 2025

Kafe Yong Peng: Tempat Sarapan Yang Wajib Singgah

Cover image

Yong Peng ialah sebuah bandar kecil yang terletak di utara negeri Johor. Bandar ini memiliki banyak keunikan yang tidak dapat ditemui di tempat lain. Nama Yong Peng berasal daripada perkataan dalam bahasa Cina yang bermaksud “keamanan yang kekal”. Seiring dengan makna tersebut. Kini, Yong Peng berkembang sebagai destinasi pilihan bagi mereka yang gemar memburu makanan dan aktiviti menarik.

Dengan gabungan budaya, sejarah serta kepelbagaian tarikan tempatan, Yong Peng terus menjadi salah satu permata unik di Johor yang wajar diterokai.

Yong Peng: Sekadar Persinggahan atau Lokasi Pilihan?

Sekiranya anda pengguna Lebuh Raya PLUS menuju ke arah Johor, pasti sekali anda akan terlihat atau terbaca papan tanda yang menunjukkan kewujudan sebuah daerah bernama Yong Peng. Persoalannya, adakah Yong Peng sekadar tempat persinggahan, atau ia sebenarnya boleh menjadi destinasi pilihan untuk berhenti, menikmati hidangan tempatan, serta meneroka pelbagai tarikan dengan lebih mendalam?

Mengapa Yong Peng?

Kerana Yong Peng merupakan sebuah bandar kecil, ia boleh diteroka dalam masa yang singkat. Tidak memerlukan cuti panjang; cukup sekadar singgah untuk melakukan beberapa aktiviti menarik sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.

Sekiranya anda berada di Yong Peng atau kawasan berdekatan, artikel ini akan menyenaraikan berberapa kedai kopi yang menjadi kebanggaan penduduk setempat yang wajib anda cuba.

Jejak Kopi di Yong Peng: Kafe Wajib Singgah

Di dalam artikel ini adalah senarai kedai kopi yang menarik anda boleh cuba sekiranya anda lalu atau anda berada di kawasan yong peng jadi sekiranya anda berdekatan jangan lepaskan peluang yang ada.

1. 3000 Coffee House

Kita mulakan perjalanan pemburuan kopi kita dengan 3000 Coffee House yang terletak di No. 97, Jalan Cahaya Baru 1, Taman Bandar Cahaya Baru, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim. Di 3000 Coffee House, antara makanan yang menjadi pilihan utama para pengunjung ialah 3000 Signature Nasi Lemak, Fish and Chips, 3000 Fried Rice with Chicken Cutlet, dan pelbagai lagi hidangan menarik yang ditawarkan.

Sudah dinamakan sebagai sebuah kafe, sudah tentu tarikan utamanya adalah kopi. Antara minuman yang patut anda cuba di sini ialah kopi ais dengan cincau gabungan unik yang jarang ditemui di kafe-kafe lain dan menjadi keistimewaan tersendiri bagi 3000 Coffee House.

3000 Signature Nasi lemak.webp

Lokasi : 97, Jalan Cahaya Baru 1, Taman Bandar Cahaya Baru, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi : 9:00AM – 8:00PM

2. Cahaya Cafe

Sudah puas berpusing di seluruh Yong Peng dan kini ingin menikmati udara segar dengan suasana kampung? Jika anda ingin berehat sambil menikmati manisan seperti cendol atau ais batu campur pada harga yang murah dan sangat berpatutan, Cahaya Cafe ialah tempat yang perlu anda singgah. Suasananya yang hening dan tenang menjadikan lokasi ini sesuai untuk melepaskan lelah selepas seharian berjalan.

Di sini, anda boleh merasai kombinasi rasa pedas daripada oden serta kemanisan berlemak cendol santan sawit satu pengalaman yang menjadikan kunjungan anda ke Yong Peng lebih berbeza dan penuh kenangan.

Cahaya Cafe 2.webp

Lokasi : No 3, Gerai majlis, Jalan Limau Nipis, Taman Sembrong, 83700 Yong Peng, Johor

Waktu Operasi : 2:00PM - 10:00PM

3. Monbléu Cafe

Perjalanan kopi kita di Yong Peng masih belum terhenti. Seterusnya, kita singgah pula di Monblue Cafe. Monblue Cafe menyediakan pelbagai pilihan menu berasaskan roti yang enak dan sesuai dinikmati pada waktu minum petang atau sebagai hidangan ringan.

Antara menu yang wajib anda cuba ialah burnt cheesecake, canelé dan dacquoise. Gabungan rasa manis, lembut dan bertekstur halus membuatkan hidangan di sini seakan membawa anda ke suasana kafe di Perancis bezanya, kini semuanya boleh dinikmati di Yong Peng.

monbleu cafe.webp

Lokasi : 100, Jln Besar, Taman Selatan, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi : 2:00PM – 10:00PM

4. Farmer's Son Cafe

Yong Peng juga terkenal sebagai sebuah bandar yang berasaskan pertanian seperti durian, nangka, pisang, getah dan kelapa sawit. Maka tidak hairanlah jika terdapat sebuah kafe yang selari dengan identiti ekonomi setempat iaitu Farmer’s Son Cafe.

Farmer’s Son Cafe yang terletak di No. 8, Jalan Tropika Utama 3, Taman Sri Rahmat, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim menawarkan pelbagai menu menarik yang wajar anda cuba. Antara hidangan yang menjadi pilihan ramai ialah Grilled Chicken Chop, Pesto, serta rangkaian Line Up Burger mereka yang cukup memikat selera.

Farmers Son.webp

Lokasi : 8, Jalan Tropika Utama 3, Taman Sri Rahmat, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi : 12:00PM – 9:00PM

5. KOPI IKAT TEPI

Mahal dibeli, sukar dicari , itulah peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kafe pilihan kita kali ini. Di tengah pekan yang majoriti penduduknya berbangsa Cina, sudah tentu agak sukar untuk menemui sebuah kafe bertemakan suasana kampung Melayu. Namun di Yong Peng, wujud sebuah kafe menarik yang wajib anda cuba, iaitu Kopi Ikat Tepi.

Seperti namanya, menu yang mesti dicuba ialah Kopi Ais Ikat Tepi dan Kopi Dangdut. Selain itu, terdapat juga pelbagai pilihan makanan yang mampu membawa anda kembali mengimbau suasana kampung halaman seperti mee kari, nasi uduk ayam atau kambing, serta asam pedas ikan jenahak.

Kopi Ikat Tepi.webp

Lokasi : Parit Awang Darat, Kampung Parit Awang, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim

Waktu Operasi : 4:00PM – 11:00PM

6. My Hometown Cafe

Seterusnya, kita menuju ke MyHometown Cafe. Kafe ini bertemakan old school dari luar sudah kelihatan cool, dan dalaman masih mengekalkan suasana lama. Rasanya seolah-olah sedang lepak di kafe masa kini, namun dengan sentuhan nostalgia masa lalu.

Perhiasan seperti botol lama, lukisan tangan, perabot kayu dan barangan antik menjadikan suasana di sini seakan membawa anda kembali ke zaman dahulu. Antara menu yang wajib dicuba ialah Homemade Panda Kaya dan Handmade White Coffee, kedua-duanya menjadi tarikan utama pengunjung yang ingin menikmati cita rasa klasik bersama suasana retro.

My Hometown Cafe.webp

Lokasi : 11, Jalan Markisah, Taman Sembrong Baru, 83700 Yong Peng, Johor Darul Ta'zim

7. Kopi Horsebox

Keunikan Kopi Horsebox terletak pada konsepnya kedai kopi ini sebenarnya sebuah treler pengangkut kuda yang telah diubah suai menjadi kedai kopi. Penampilannya yang unik sudah cukup menarik perhatian, manakala rasa kopi yang ditawarkan pula tidak mengecewakan.

Antara menu yang wajib dicuba ialah Gula Melaka Latte, yang ditawarkan pada harga serendah RM6 sahaja. Kombinasi konsep kreatif dan rasa kopi yang enak menjadikan Kopi Horsebox satu lagi destinasi menarik di Yong Peng.

Horsebox.webp

Lokasi : Jalan Rasid, 1, Jalan Lama, Taman Sembrong, 83700 Yong Peng, Johor

Waktu Operasi : 5:30PM – 12:30AM

Pengembaraan Penuh Makna

Pengembaraan kopi di Yong Peng mungkin kelihatan singkat, tetapi pengalaman yang ditawarkan cukup bermakna. Dari kafe bertemakan retro hingga konsep kreatif seperti treler pengangkut kuda, setiap lokasi memberikan rasa dan suasana yang unik, seolah membawa anda mengembara melalui pelbagai cerita dalam bandar kecil ini.

Walaupun Yong Peng sebuah bandar yang kecil, ia penuh dengan kejutan dari kopi ais ikat tepi yang klasik, manisan ala Perancis, hingga hidangan kampung Melayu yang autentik. Setiap teguk kopi dan setiap suapan hidangan menghidupkan pengalaman yang tidak mudah dilupakan.

Jadi, jangan pandang rendah kepada bandar kecil ini; walaupun saiznya kecil, makna dan kenangan yang boleh dikumpul di Yong Peng sangat besar. Pengembaraan kopi di sini bukan sekadar mencari minuman, tetapi juga merasai budaya, kreativiti, dan kehangatan komuniti setempat.

Bateriku Juga Disini

Di Yong Peng, terdapat sebuah warehouse Bateriku (Southern Paddock). Jika anda berada berdekatan atau menetap di Yong Peng, anda cukup bertuah kerana Bateriku kini boleh diakses dengan mudah di kawasan ini.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk:

  • Penghantaran dan pemasangan bateri
  • Bantuan kecemasan di jalan raya
  • Penghantaran minyak (fuel delivery)
  • Pemeriksaan bateri dan sistem elektrik
  • Trade-in bateri lama

Coverage Bateriku tidak terhad kepada Yong Peng sahaja kami beroperasi di seluruh Malaysia. Jika menghadapi sebarang masalah, anda boleh terus menghubungi Bateriku untuk mendapatkan bantuan segera.

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Next Read