16 Jul 2025

Wayang Terbaik di Kuala Lumpur Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Cover image

Menonton wayang merupakan salah satu aktiviti hujung minggu yang digemari oleh masyarakat umum. Malah ada yang pergi ke pawagam selepas waktu bekerja untuk merehatkan minda. Tetapi, adakah anda ingin merasai pengalaman menonton filem yang lain daripada yang lain? Kuala Lumpur menawarkan panggung wayang bertaraf antarabangsa untuk semua penggemar filem tempatan dan juga antarabangsa.

Walaupun masyarakat hari ini mempunyai pilihan untuk menonton filem melalui televisyen atau telefon di rumah sahaja, menonton di pawagam membolehkan kita menikmati pengalaman sinematik yang lebih memuaskan. Reaksi terhadap sesebuah babak juga boleh dinikmati bersama penonton yang lain memberikan satu pengalaman yang lebih bermakna.

Panggung Wayang Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Berbaloi Untuk Dikunjungi

Filem-filem tanah air seperti Polis Evo dan Sheriff telah menunjukkan bahawa tahap produksi tempatan berada pada tahap yang tinggi dan dihargai oleh penonton. Lebih-lebih lagi perkembangan filem animasi tempatan seperti Ejen Ali yang memecah panggung dengan penceritaan, kualiti serta mesej yang bermakna. Setiap lapisan masyarakat di Malaysia wajar menyokong dan menonton filem seperti ini di panggung wayang. Oleh itu, berikut adalah lima panggung wayang terbaik di Kuala Lumpur yang berbaloi untuk dikunjungi.

1. Aurum Theatre, TRX Exchange

Salah satu panggung wayang paling mewah di Malaysia, Aurum Theatre bukan sekadar tempat untuk menonton filem, tetapi satu pengalaman eksklusif yang wajib untuk dialami. Dengan 11 pilihan dewan termasuk IMAX dan ScreenX (paparan panorama 270 darjah), ia bakal memenuhi semua deria anda seperti:

  • Lihat: Teknologi skrin terkini
  • Sentuh: Suite Getha dengan bantal & selimut empuk
  • Dengar: Sistem bunyi 12 saluran IMAX
  • Rasa: Hidangan gabungan dari Jepun dan Itali serta pelbagai pilihan minuman disediakan.

Juga terdapat di: The Gardens Mall & The Mall, Southkey JB
Lokasi: TRX, Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10 pagi – 12 tengah malam

Cinema in kl-2.webp (Sumber: Aurum Theatre)

2. TGV Indulge, Suria KLCC

Terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur, TGV KLCC menawarkan pengalaman "Indulge" dengan lounge peribadi dan hidangan makanan mewah. Pawagam IMAX mereka adalah antara yang terbaik dari segi audio dan visual. Turut tersedia:

  • Beanieplex: Kerusi bean bag yang selesa
  • IMAX: Teknologi audio dan visual terbaik

Lokasi: Suria KLCC
Waktu Operasi: 10 pagi – 12 tengah malam

3. GSC LaLaport BBCC

GSC di LaLaport Buki Bintang City Centre menampilkan pengalaman 4DX – kerusi bergerak, kesan angin, air dan bau yang menjadikan setiap filem lebih mengasyikkan. Anda seperti berada dalam taman tema sepanjang filem dan merasai apa yang dirasai oleh watak di dlam filem tersebut.

Lokasi: Bukit Bintang City Centre (BBCC)
Waktu Operasi: 10 pagi – 12 tengah malam

Cinema in kl-4.webp (Sumber: GSC)

4. Dadi Cinema, Pavilion Bukit Bintang

Rangkaian pawagam dari Hong Kong ini menawarkan teknologi terkini melalui Star Max. Terletak di kawasan tumpuan pelancong, Pavilion KL, anda juga boleh membeli belah dan menikmati pelbagai jenis makanan di kawasan sekitar selepas selesai atau sebelum menonton filem pilihan anda.

Lokasi: Pavilion Bukit Bintang
Waktu Operasi: 10 pagi – 12 tengah malam

5. LFS Coliseum

Merupakan salah satu panggung wayang tertua di Kuala Lumpur yang masih beroperasi sehingga kini. Gabungan suasana klasik dan moden menjadikan pengalaman menonton filem lebih unik.

Lokasi: Jalan Tuanku Abdul Rahman
Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam

Pawagam Mesra Kanak-Kanak

Selain itu, rangkaian panggung wayang terkemuka di negara ini seperti TGV dan GSC telah menyediakan pawagam khusus untuk keluarga dan kanak-kanak. GSC menawarkan GSC Play dan GSC Sensory Friendly Screening, manakala TGV menawarkan TGV Junior. Keistimewaan panggung wayang mesra kanak-kanak ini adalah permainan seperti gelongsor dan aktiviti-aktiviti interaktif dibina di dalam panggung wayang tersebut. Sekiranya anda mencari aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak di hujung minggu, menonton wayang di salah satu panggung wayang mesra keluarga dan kanak-kanak ini wajib dikunjugi.

Cinema in kl-5.webp (Sumber: TGV)

Tips Sebelum Menonton Wayang

Bagi kaki filem atau mereka yang gemar menonton filem, salah satu tips menonton wayang dengan lebih privasi adalah memilih tayangan pada tengah malam. Selain itu, mereka yang ingin mendapatkan harga tiket yang lebih berpatutan boleh membeli tiket tayangan pada waktu pagi atau melalui mana-mana promosi di platform e-dagang seperti Shopee.

Perjalanan yang lancar sebelum dan selepas menonton menjadikan keseluruhan pengalaman lebih sempurna. Jangan biarkan bateri kenderaan anda yang lemah mengganggu rancangan anda. Tidak kira waktu siang atau malam, Bateriku sedia membantu anda dengan servis tepi jalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, sepanjang tahun.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read