25 Mar 2026

Teroka Kelantan: Tempat Rare Tapi Wajib Singgah

Cover image

Kelantan salah satu destinasi dalam Malaysia menarik untuk dilawati. Tapi acap kali lokasi yang disarankan sama sahaja kalau anda rujuk pada blog-blog tersohor. Lokasi yang sesak dan viiral. Kalau anda cari sesuatu yang baharu dan segar, sebenarnya ada banyak lagi lokasi yang menanti untuk dicungkil.

Ini adalah beberapa lokasi yang perlu anda usyar di Kelantan.

Mulakan dengan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa

Orang daripada Lembah Klang tentu malas nak memandu. Mereka boleh ambil penerbangan terus ke Lapangan Terbang Sulta Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk masuki negeri Kelantan.

260224-bateriku-baterikue kelantan lapangan terbang pengkalan chepa.webp

Sumber: Free Malaysia Today

Walaupun tiada Aerotren untuk ke pusat bandar Kota Bharu seperti KLIA, mereka ada bas awam. Anda boleh ambil bas laluan D12 yang bawa anda terus ke stesen bas Bandar Kota Bharu ataupun guna perkhidmatan seru pandu.

260224-bateriku-baterikue kelantan laluan d12.webp

Sumber: Bas.my

Nak lagi mudah, boleh sewa kereta di lapangan terbang. Sekiranya anda hadapi masalah berkaitan kereta, outlet terdekat dengan anda adalah Bateriku Pengkalan Chepa. Boleh periksa kenderaan anda sebelum perjalanan jauh yang mendatang.

Elak Beratur Panjang, Cuba Kedai Pati Wahid Dusun Muda

Untuk sarapan, majoriti akan sarankan Warung Kita. Tapi ia terlalu sesak dengan pengunjung untuk jadikan pengalaman sarapan anda tak berbaloi walaupun makanannya sedap. Apa kata anda cuba sesuatu yang asli dan kurang komersial, contohnya Kedai Pati Wahid di Dusun Muda.

260224-bateriku-baterikue kelantan kedai wahid.webp

Sumber: Google Maps

“Kedai pati” ada sejarah yang mendalam di Kota Bharu. Konsepnya seperti kopitiam tapi ada twist-nya yang tersendiri. Pengunjung duduk mengelilingi pekedai ala kedai makan di Jepun. Pengkaji sejarah percaya yang instilah kedai pati merujuk kepada merpati iaitu suasana orang berhimpun mengelilingi kedai untuk makan.

260224-bateriku-baterikue kelantan kedai wahid 02.webp

Sumber: Google Maps

Ada lebih 20 kedai pati di seluruh Kota Bharu dengan makanan popular adalah seperti telur setengah masak dan nasi berlauk.

Teroka Kesan Hubungan Kelantan-Siam di Wat Uttamaram

Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah. Tapi, sebelum kedatangan Islam, Kelantan ada hubungan rapat dengan Siam dan agama Buddha bertapak terlebih dahulu. Anda boleh temui banyak kuil bertebaran terutamanya yang berhampiran dengan sempadan. Salah satunya adalah Wat Uttamaram di Pasir Mas.

260224-bateriku-bateriku kelantan wat uttamaram 01.webp

Sumber: Watt Uttamaram Official

Pengasas kuil ini, Tok Raja, pernah menjadi keuda sami Buddha untuk Thailand, Malaysia, dan Singapura sebelum meninggal dunia dalam tahun 1962. Disebabkan legsi ini, jangan terkejut kalau anda lihat ramai daripada luar negara datang melawat walaupun lokasinya yang terceruk.

Ambil kesempatan untuk melihat seni bina kuil dan persekitaran yang tenteram. Andainya berdepan dengan masalah teknikal dengan kenderaan, outlet Bateriku Pasir Mas sedia membantu.

Rendam Kaki di Kolam Air Panas Tok Bok

Anda inginkan persekitaran yang lebih semula jadi, anda boleh bergerak ke selatan. ANara Pulau Chondong dan Machang, anda akan jumpa dengan Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok. Lokasi santai kegemaran penduduk setempat.

260224-bateriku-bateriku kelantan wat uttamaram 02.webp

Sumber: Google Maps

Bayaran masuk cuma RM5 untuk seorang tapi anda boleh layan kolam air panas sepuas hati, siap dengan gelongsor air macam taman tema. Taman rekreasi ini juga menawarkan kemudahan untuk adakan acara dan juga resort untuk bermalam.

260224-bateriku-kolam air panas tok bok 01.webp

Sumber: Google Maps

Sebarang masalah teknikal kenderaan yang anda hadapi boleh dibereskan Bateriku Ketereh yang tak jauh daripada taman rekreasi itu.

Lata Papan: Permata Tersembungi Kuala Krai

Daripada kolam air panas, anda boleh turun 20km ke selatan untuk tiba di bandar Kuala Krai. Ia terkenal sebagai bandar transit terutamanya sewaktu hari raya. Perantau daripada Lembah Klang pastinya akan lalui Kuala Krai dalam perjalanan mereka ke Kota Bharu. Tapi ia tak bermakna Kuala Kira tiada lokasi menarik untuk dilawati.

260224-bateriku-bateriku kelantan lata papan kuala krai.webp

Sumber: Google Maps

Salah satunya adalah Lata Papan, lokasi berkelah terkenal dalam kalangan orang tempatan. Kemudaha yang disediakan mencukupi sesuai untuk anda berehat untuk beberapa ketika. Caj parkir adalah RM1 dan masuk RM2 untuk seorang. Sebarang masalah teknikal dengan kereta anda, Bateriku Kuala Krai ada berhampiran.

Teroka Kelantan Dari Sisi Baharu Dengan Bateriku

Kelantan bukan sekadar lokasi makanan viral dan lokasi pelancongan sesak. Ia juga ada tawarkan budaya, sejarah, dan alam semula jadi. Anda cuma perlu tahu di mana untuk cari. Pengkalan Chepa, Kota haru, Pasir Mas, Ketereh, dan Kuala Krai adalah sebahagian kecil sahaja potensi yang anda terokai.

260224-bateriku-bateriku kelantan astraman.webp

Tapi ingat, tak kiralah bahagian Kelantan mana anda pergi sekalipun, akan ada Bateriku berhampiran anda untuk selesaikan sebarang masalah teknikal kereta anda.

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read