20 Feb 2026

Tawau bukan sekadar bandar minyak dan gas

Cover image

Bandar Tawau letaknya hampir 300km ke tenggara Kota Kinabalu. Ramai yang mengenalnya sebagai bandar minyak dan gas kerana sebahagian besar populasinya terlibat dengan industri itu. Manusia mula menggali minyak di sekitar perairan Tawau seawal 1912 oleh Petroleum Maatschappij. Tawau turut mengharungi Perang Dunia 1 dan Perang Dunia 2 dengan menyaksikan Belanda, British, dan Japan datang bersilih ganti.

5 Lokasi Menarik Di Tawau

Kalau anda berpeluang untuk melawat Tawau, ini beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan di sana.

1. Menara Loceng Tawau

Mulakan pengembaraan Tawau anda dengan melawat satu-satunya peninggalan Perang Dunia di Tawau. Anda boleh temuinya di Padang Bandar Tawau. Struktur ini didirikan dalam tahun 1921 menggunakan buruh paksa dan didanai ahli perniagaan Jepun selepeas tamatnya Perang Dunia 1.

260213-bateriku-bateriku tawau menara loceng.webp

Menara Loceng Tawau berbentuk heksagon dengan bumbung berbentuk kon di atasnya sekilas pandang anda akan nampak rekaan oriental ala Jepun. Ia bukanlah binaan asal sepenuhnya kerana telah dipulihara oleh Kelab Rotari Tawau dalam tahun 2006. Walau bagaimanapun, loceng asal menara itu masih lagi hilang dikatankan telah disembunyikan sewaktu Perang Dunia 2

2. Pasar Tanjung Tawau

Tak jauh daripada Menara Loceng Tawau, jalan kaki beberapa ketika anda akan temui salah satu pasar indoor terbesar di Malaysia yang mengandungi lebih 6,000 kedai merentasi beberapa tingkat. Pasar ini cocok untuk yang ingin rasai pengalaman beli belah ala orang tempatan sambil-sambil dapatkan barangan kraf.

260213-bateriku-bateriku pasar tanjung tawau.webp

Di bahagian tingkat lantau, anda akan nampak kedai-kedai yang tawarkan barangan segar, buah-buahan, dan snek keropok seperti amplang. Naik ke tingkat satu, ia lokasi untuk anda dapatkan hasil laut kering seperti ikan bilis, udang kering, dan ikan masin. Pekedai di sana boleh bungkuskan untuk bawa pulang dengan pesawat. Naik ke tingkat paling atas, anda masuki pasar gantung, tempat untuk dapatkan kraf tangan, cendera hati, dan berangan keperluan rumah. Jangan lupa untuk tawar menawar untuk beroleh harga yang terbaik.

3. Pasar Malam Jalan Chester Tawau

Bila malam kunjung tiba, anda boleh menapak ke Pasar Malam Jalan Chester. Pasar malam ini akan beroperasi pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Datang selepas jam 06:30 petang apabila kedai-kedai semua dah dibuka sepenuhnya untuk rasai vibe maksimum.

260213-bateriku-baterikupasar malam jalan chester.webp

Di Pasar Malam Jalan Cester, anda boleh dapatkan macam-macam juadah tempatan. Antara makanan wajib cuba adalah seperti putu ikan bakar, latok segar, burasak, gogos, dan pentolan (bebola daging Sabah). Snek-snek yang boleh dibawa pulang adalah seperti keropok amplang, tart keju, pastil (karipap bihun), dan aneka donut. Ramai suka dapatkan makanan di sini kerana harganya yang murah.

4. Hutan Simpan Bukit Gemok Tawau

Keesokan harinya, anda boleh hala ke Bukit Gemok untuk rasai udara pagi yang segar sedikit jauh daripada bandar Tawau. Tak disarankan berjalan kerana ia kira-kira 10km dan letaknya di Jalan Merotai, hutan simpan ini meliputi 445 keluasan tanah dan berada 428 meter daripada aras laut. Ini adalah lokasi popular untuk orang tempatan bersenam.

260213-bateriku-bateriku hutan simpan bukit gemok.webp

Aktiviti joging dan jalan pagi di sini boleh dilakukan melalui laluan 1km yang bermula dairpada pintu masuk taman masuk ke hutan belantara. Sewaktu berjalan, sebanyak 7 pondok rehat disediakan untuk jana semula stamina sebelum teruskan perjalanan ke puncak bukit. Sebelum sampai ke puncak, anda akan lalui Titian Selara iaitu laluan kanopi sepanjang 231 meter dan sesudah melepasinya anda akan dihidangkan dengan pemandangan bandar Tawau.

5. Batu Bersusun Kampung Balung Cocos

Untuk yang sanggup untuk keluar lebih jauh daripada Bandar, wajiblah anda lawat Batu Bersusun Kampung Balung Cocos. Dilaporkan ini satu-sautnya kejadian turus batu basalt di Malaysia. Turus batu basalt adalah kesan peninggalan letusan gunung berapi apabila lava menyejuk dan merekah dalam bentuk heksagon dan berikan pemandangan seperti buatan manusia. Dianggarkan turus batu ini terjadi sekitar 27,000 tahun yang lalu.

260213-bateriku-bateriku batu bersusun.webp

Orang tempatan menggelarnya sebagai Giram Nak Legek dan berada di tepi sungai. Berhampiran lokasi itu ada juga air terjun dan kolam mandi sesuai untuk pengunjung basahkan badan. Walaupun jauh lebih ekcil daripada yang dijumpai di Giant Causeway Ireland, sekurang-kurangnya anda tak perlu berbelanja besar untuk lihat kejadian semula jadi ini di depan mata. Jangan lupa untuk bawa kudap-kudapan kerana tiada sbearang kedai menjual makanan dibuka disekitarknya.

Tawau Bukan Sekadar Bandar Minyak & Gas

Tawau mungkin bukannya berada dalam senarai atas lokasi melancong tapi itulah yang buatkannya istimewa. Ia ada cebisan sejarah Perang Dunia, sejarah penerokaan petroleum, dan ada juga lokasi untuk peminat alam semula jadi. Apa kata lari daripada norma dan pergi ke tempat-tempat yang tak ramai orang sampai seperti Tawau.

Bateriku Di Tawau

Bateriku Tawau beroperasi di Tb 4007, Ground Floor, Taman Berkeley, Jalan Apas. Mereka menerima menerima pelanggan walk-in seawal 7 pagi dan tutup pada tengah malam. Sekiranya anda perlukan bantuan tepi jalan atau kecemasan, anda boleh hubungi +60193001792 ataupun +601116006008

260213-bateriku-bateriku tawau opening hour.webp

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 11.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read