Tengah fikir nak sewa kereta? Mungkin kereta sendiri tengah masuk bengkel, atau anda merancang percutian hujung minggu, ataupun sekadar nak rasa bebas memandu tanpa perlu komitmen jangka panjang memiliki sebuah kereta. Apa pun sebabnya, sekarang ni sewa kereta di Malaysia memang senang dan dengan promosi eksklusif Bateriku bersama Trevo, harganya pun makin berbaloi.
Sebelum anda tekan butang “Book Now”, jom baca panduan ringkas ni supaya anda boleh sewa kereta dengan yakin dan tak terlepas tawaran hebat ni.
Sewa Kereta di Malaysia: Mudah, Murah & Bebas
Sejujurnya, bergerak di Malaysia kadang-kadang tidak mudah. Pengangkutan awam memang boleh digunakan di kawasan bandar besar, tapi kalau nak ke Genting Highlands, Penang atau Cameron Highlands, memang lagi senang kalau ada kereta sendiri.
Tetapi bila anda mengambil keputusan untuk menyewa kereta, anda boleh kawal semuanya. Jadual sendiri, laluan sendiri, lagu pun ikut cita rasa sendiri. Tak perlu tunggu bas, tak perlu risau harga naik masa peak hour. Hanya anda, jalan raya, dan kebebasan untuk pergi ke mana saja.
Sekarang, dengan aplikasi perkongsian kereta seperti Trevo, semua urusan boleh dibuat terus dari telefon. Tempah, buka kunci, dan pulangkan kereta, semuanya tanpa perlu jumpa sesiapa pun.
Cara Sewa Kereta di Malaysia
Bunyi macam leceh kan? Tapi sebenarnya mudah je bila tahu apa yang perlu disediakan.
1. Semak Keperluan Asas
Untuk sewa kereta di Malaysia, anda perlu:
- Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
- Lesen memandu yang sah dan telah dimiliki sekurang-kurangnya setahun.
- Kad kredit/debit atas nama sendiri untuk tempahan dan deposit.
- Kalau anda merupakan pelancong asing dan lesen bukan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu, pastikan anda mempunyai International Driving Permit (IDP).
Senang je kan?
2. Sediakan Dokumen Penting
Bila dah nak tempah, pastikan ada:
- MyKad (untuk warganegara) atau pasport (untuk pelancong).
- Lesen memandu asal.
- Kad kredit untuk bayaran dan deposit.
Itu je, tak perlu borang panjang atau beratur lama.
3. Pilih Kereta yang Sesuai
Inilah bahagian paling best. Nak kereta kecil untuk urusan harian? Atau SUV selesa untuk road trip ke utara? Dengan aplikasi seperti Trevo dan Socar, anda boleh tapis ikut jenis, harga, atau model. Jadi memang senang nak cari yang sesuai dengan bajet dan keperluan.
Sewa Dengan Trevo: Mudah, Fleksibel & Berpatutan
Sekiranya anda sukakan banyak pilihan dan fleksibiliti, Trevo adalah pilihan tepat. Platform ni membolehkan anda menyewa kereta daripada pemilik tempatan di seluruh Malaysia, dari kereta kompak sampai MPV dan model premium.
Langkahnya mudah je melalui aplikasi Trevo:
- Muat turun dan daftar akaun.
- Pilih kereta dan lokasi.
- Tempah dan masukkan kod promo.
- Ambil atau minta kereta dihantar.
Tak perlu borang rumit atau caj tersembunyi, dengan beberapa klik je, terus boleh jalan.
Promosi Trevo x Bateriku: Jimat Hingga 52%!
Sekarang Bateriku bagi potongan harga besar untuk pengguna Trevo:
Pengguna baru: Diskaun 52% untuk tempahan pertama!
- Guna kod: BATERIKU52OFF
Pengguna sedia ada: Nikmati 25% diskaun setiap kali sewa.
- Guna kod: BATERIKU25OFF

Separuh harga weh! Sesuai sangat untuk trip hujung minggu atau bila kereta sendiri tengah diservis.
Tip: Tempah awal terutamanya bila musim cuti sebab kereta dan promo cepat habis!
Pelanggan Trevo Pun Dapat Lebih! RM40 Diskaun Bateri Kereta Baharu
Kalau kereta sendiri perlukan bateri baharu, pelanggan Trevo boleh nikmati diskaun RM40 untuk pembelian bateri melalui aplikasi Bateriku!
Butiran Promosi:
- Diskaun: RM40 OFF
- Kod Promo: BXTS40

- Tiada perbelanjaan minimum
- Sah sehingga 15 Februari 2026
- Untuk pembelian bateri sahaja
Beberapa Perkara Sebelum Memandu Kereta Sewa
Insurans & Deposit
Trevo dah siap termasuk insurans asas dalam pakej sewa. Tapi kalau nak tenang kepala, boleh tambah perlindungan tambahan. Biasanya akan ada deposit boleh pulang semula (sekitar RM200–RM500) selepas kereta dipulangkan dalam keadaan baik.
Polisi Minyak
Kebanyakan platform kereta sewa menggunakan sistem isi penuh-pulang penuh. Maksudnya, anda kena pulangkan kereta dengan tangki penuh. Kalau lupa, caj tambahan mungkin dikenakan. Oleh itu, isi minyak siap-siap sebelum pulangkan kereta sewa anda.
Jalan & Tol
Kalau memandu sekitar Kuala Lumpur atau Penang, bersedia untuk sedikit kesesakan waktu puncak. Pastikan kad Touch ‘n Go cukup baki, atau semak kalau kereta ada pelekat RFID
Tempah, Pandu, Nikmati Kereta Sewa Yang Dipercayai
Kalau anda pernah tersadai tepi jalan sebab kereta rosak, mesti pernah dengar pasal Bateriku. Jenama yang terkenal dengan servis penggantian bateri pantas dan bantuan kecemasan 24/7 di seluruh negara kini, turut memudahkan urusan sewa anda.
Dengan kerjasama bersama Trevo, Bateriku bukan je bagi diskaun, tapi juga ketenangan minda. Sebab kalau jadi apa-apa, sama ada kereta sendiri atau kereta sewa, Bateriku sentiasa sedia membantu.
Anda bukan sekadar sewa kereta, anda sewa dengan jaminan keselamatan dan sokongan sepanjang masa.
Sekarang, sewa kereta di Malaysia tak pernah semudah, semurah, dan sepraktikal ini. Dengan Trevo, dan Bateriku, anda boleh dapatkan kereta yang sesuai dengan gaya hidup dan bajet sambil menikmati diskaun hingga 55%!
Sama ada untuk trip spontan, percutian keluarga, atau urusan harian, platform dipercayai ini pastikan perjalanan anda lancar dari mula sampai akhir.
Muat turun aplikasi Trevo hari ini, guna kod promo Bateriku, dan mulakan perjalanan dengan yakin.
Dan kalau apa-apa berlaku di jalan raya, ingat bahawa Bateriku 24/7 sentiasa ada untuk bantu anda.

