13 Jun 2025

Senarai Taman Tema Di Malaysia

Cover image

Antara musim yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia secara amnya adalah musim durian. tetapi terdapat juga musim yang dinanti-nantikan oleh setiap murid dan para pelajar iaitu musim cuti sekolah.

Lazimnya, musim cuti sekolah adalah musim di mana jalan raya menjadi sesak dan pusat-pusat pelancongan penuh dengan pengunjung. Salah satu pusat pelancongan yang menjadi tumpuan adalah taman-taman tema.

Senarai Taman Tema di Malaysia

Kenapa taman tema menjadi pilihan popular? Berikut adalah faktor-faktor mengapa taman tema dipilih menjadi salah satu pusat pelancongan utama khususnya pada musim cuti sekolah.

  • Menyediakan penginapan yang selesa.
  • Menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
  • menyediakan pakej percutian yang lengkap.

1. Sunway Lagoon, Selangor

Taman tema yang paling popular di Lembah Klang. Lebih 90 tarikan utama termasuk taman tema air, rumah hantu, taman haiwan dan taman ekstrem. Antara tarikan utama:

  • Water slides gergasi dan pantai buatan.
  • Vuvuzela - gelongsor air terbesar.
  • Nickelodeon Lost Lagoon - menarik untuk kanak-kanak.

2. Genting Skyworlds Theme Park, Genting Highlands

Taman tema yang terletak seperti di awangan. Pelbagai tarikan yang mengikut zon bertemakan filem-filem antarabangsa seperti Ice Age, Rio dan Epic. Antara tarikan utama adalah:

  • Roller coaster
  • Cuaca yang sejuk
  • Lengkap dengan pusat beli belah serta hotel-hotel yang berdekatan

3. ESCAPE Penang

Taman tema untuk peminat aktiviti ekstrem dan 'outdoor'. Pengunjung akan meluangkan masa seharian untuk melengkapkan aktiviti-aktiviti yang bukan shaj mencabar fizikal tetapi kekuatan dan kebijaksanaan mental masing-masing. Antara tarikan utama adalah:

  • Gelongsor air sepanjang 1.1km yang diiktiraf Guinness World Record
  • Dua dalam satu, adventure park dan waterpark
  • Boleh melawati pusat pelancongan lain yang menarik di Pulau Pinang

escape penang.webp

4. Legoland Malaysia Resort, Johor

Taman Tema Lego pertama di Asia yang merangkumi tiga jenis tarikan utama iaitu Taman Tema Legoland, Legoland Waterpark dan Aquarium SEA LIFE. Selain itu:

  • Bangunan Lego gergasi
  • Hotel dengan bilik-bilik bertemakan Lego
  • Taman Mini Buatan Lego yang bertemakan kawasan-kawasan di Malaysia

5. SplashMania, Gamuda Cove, Selangor

Taman tema air yang terbaru dan mudah untuk diakses. Menawarkan lebih 39 jenis gelongsor dan permainan air untuk pengunjung.

6. Lost World of Tambun, Perak

Taman tema yang terletak di Ipoh, Perak ini menawarkan percutian yang lengkap untuk seisi keluarga. Selain penginapan yang selesa, terdapat taman tema air dan kolam air panas atau 'Hot Springs'. Pengungjung juga boleh melihat haiwan-haiwan di dalam habitat mereka pada waktu malam di 'Night Safari'

Lost World Of Tambun Perak.webp

7. Kidzania, Selangor

Sebuah taman tema yang dibina khas untuk kanak-kanak melalui pengalaman menjadi seorang dewasa. Lebih 60 aktiviti berkaitan kerjaya yang disediakan untuk disertai oleh pengunjung. Antaranya simulator untuk menjadi seorang pemandu kapal terbang, menjadi seorang ahli bomba atau seorang tukang masak.

8. Desaru Coast Adventure Waterpark, Johor

Taman tema air yang dibina ditepi pantai Desaru menghadap Laut China Selatan. Dengan suasana pantai tropikal yang indah, pengunjung dapat menikmati:

  • Ombak buatan terbesar di dunia
  • Roller coaster air
  • Hotel dan resort bertaraf antarabangsa seperti Hard Rock Hotel, The Westin dan Anantara Resort.

9. A Famosa Resort Theme Park, Melaka

Antara taman tema air yang lama di Malaysia dan menjadi core memory dalam nostalgia masyarakat di Malaysia. Kedudukan yang berdekatan dengan lebuhraya serta berada diantara negeri Johor dan Kuala Lumpur menjadikan ia satu kunjungan yang mudah untuk dilawati. Tarikan utama di taman tema ini adalah:

  • Safari Wonderland - tengok harimau, gajah, zirafah
  • Old West Show - persembahan ala koboi

10. Berjaya Times Square Theme Park, Kuala Lumpur

Salah satu taman tema indoor yang terbesar di Malaysia. Terletak di dalam sebuah pusat membeli belah, di tengah-tengah Kuala Lumpur wajib dikunjungi oleh setiap warga kota. Rasai adrenalin yang memuncak apabila menaiki roller coaster yang dibina di dalam bangunan dan menguji tahap keberanian setiap pengunjung.

Berjaya Times Square.webp

Check kenderaan anda sebelum keluar bercuti!

Tanpa mengira ke taman tema atau pulang ke kampung, keselamatan dan keadaan kereta perlu disemak sebelum menempuh perjalanan yang jauh.

Jika berlaku sebarang kecemasan di jalan raya, layari Bateriku untuk:

  • tukar bateri kereta
  • Jump start bateri
  • Bantuan tayar pancit
  • Minyak habis
  • Towing

Cuti sekolah adalah masa terbaik untuk cipta memori indah bersama anak-anak. Taman tema adalah tempat yang bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga mempererat hubungan keluarga. Plan awal, pilih lokasi yang sesuai dan pastikan semua aspek perjalanan termasuk kereta disediakan dengan baik.

Melalui rangkaian BHero di seluruh Malaysia, anda boleh bawa keluarga bercuti tanpa risau. Barulah percutian selamat dan sempurna!

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read