Ramai ibu dan bapa mula mencari idea ke mana nak bawa anak-anak sempena cuti sekolah. Anak-anak yang sebelum ini meluangkan masa di sekolah kini hanya duduk dirumah meluangkan masa bersama keluarga.
Tetapi ada satu destinasi yang paling popular untuk membawa anak-anak keluar dari rumah iaitu, 'Shopping Mall' atau pusat membeli belah. Dengan keselesaan penyaman udara, ramai di antara kita yang memilih shopping mall sebagai salah satu destinasi popular sepanjang cuti sekolah berlangsung.
Senarai Pusat Membeli Belah Mesra Keluarga
Bagi mereka yang tertanya-tanya, kenapa ramai yang memilih untuk berkunjung ke kompleks membeli-belah. Antara sebabnya adalah:
- Penyaman udara yang selesa
- Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan
- Selamat untuk anak-anak
- Terdapat banyak pilihan untuk makan dan berhibur
Selain itu, terdapat beberapa lagi ciri-ciri penting yang menjadikan kompleks beli belah tersebut mesra keluarga atau "Family-Friendly".
- Tempat letak kereta yang luas dan selesa untuk setiap peringat umur pengunjung
- Kemudahan tandas untuk kanak-kanak dan bilik menyusu khas untuk ibu dan bayi
- Lif dan eskalator yang cukup
- Menawarkan aktiviti-aktiviti yang menarik
- Pilihan restoran dan kafe yang banyak
Senarai Mall Mesra Keluarga
Berikut adalah senarai pusat membeli belah yang sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama khususnya ketika cuti sekolah.
The Exchange TRX, Kuala Lumpur
- Taman interaktif terbuka TRX City Park, sesuai untuk berkelah!
- Rangkaian jenama antarabangsa & kafe hipster
- Laluan mudah dari MRT & parkir bawah tanah
- Ada bilik menyusu dan kemudahan untuk ibu bapa
Pavilion KL
- Lokasi tengah bandar, mempunyai akses mudah
- Panggung wayang GSC & pelbagai restoran family-friendly
- Dekorasi bermusim yang sesuai untuk bergambar bersama anak-anak
Suria KLCC
- Taman KLCC & air pancut interaktif yang percuma dan selamat
- Aquaria KLCC – tempat pembelajaran tentang hidupan laut
- Petrosains – eksplorasi STEM untuk anak-anak
- Banyak lif & kemudahan keluarga
One Utama, Petaling Jaya
- Ada taman dalam bangunan & skybridge
- AEON & Parkson lengkap dengan keperluan keluarga
- Escape Room, Kids Zone, dan panggung wayang
- Tempat makan dari makanan ringan hingga fine dining
Sunway Pyramid, Subang
- Ice skating rink & taman permainan dalaman
- Berdekatan dengan Sunway Lagoon
- Tempat makan halal yang pelbagai
- Parkir besar & berteknologi tinggi
IOI City Mall, Putrajaya
- Ruang Parkir yang banyak disamping antara kompleks membeli belah yang terbesar
- District 21 (Taman permainan ekstrem indoor)
- Skating, bowling, dan panggung wayang
- Kemudahan stroller & parenting room disediakan
The Starling Mall, Petaling Jaya
- Mall berkonsep hijau & mesra alam
- Kerap anjurkan aktiviti komuniti & pameran seni
- Ruang legar besar untuk stroller & anak-anak kecil bermain
Genting Highlands Premium Outlets
- Udara sejuk dan nyaman, sesuai untuk keluarga
- Banyak kawasan rehat dan bergambar
- Aktiviti membeli belah sambil anak-anak bermain di kawasan terbuka
Mid Valley Megamall & The Gardens
- Gabungan dua mall, pelbagai jenama & restoran
- GSC Signature & bilik permainan kanak-kanak
- Mudah diakses dengan pengangkutan awam
MyTOWN Cheras
- Bersebelahan dengan ikea. boleh makan, bermain, dan shopping dalam satu masa
- Taman permainan indoor & pelbagai aktiviti interaktif untuk anak-anak
Pilihan Mall Terbaik Di Luar Lembah Klang
Bagi mereka yang menetap di luar kawasan Lembah Klang, berikut adalah antara kompleks membeli belah atau mall yang sering mendapat kunjungan orang ramai:
Queensbay Mall, Pulau Pinang
- Terletak di tepi laut, view yang cantik
- Aktiviti indoor seperti Kids Club dan play area
- Banyak tempat makan keluarga termasuk makanan tempatan
The Mall, Southkey Megamall, Johor Bahru
- Mall baharu dengan kemudahan terkini
- Panggung wayang & pusat permainan kanak-kanak
- Sesuai untuk ibu, hiburan untuk anak-anak
Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu
- Mall terbesar di Sabah
- Dekat dengan pantai dan hotel
- Ada persembahan muzik, taman dalaman, dan kawasan santai keluarga
Jangan Biarkan Masalah Kenderaan Ganggu Perjalanan Anda
Tak kira sejauh mana anda nak bawa keluarga berjalan, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan tip-top. Jika berlaku kecemasan di mana-mana lokasi, Bateriku sentiasa bersedia!
Perkhidmatan pantas dan mudah terus ke lokasi:
- Jump-start bateri
- Tukar bateri baru
- Tayar pancit
- Minyak habis
- Towing ke bengkel terdekat
Muat turun aplikasi Bateriku atau hubungi hotline untuk bantuan di mana sahaja, bila-bila masa. Cuti sekolah lebih tenang bila tahu ada bantuan tepi jalan yang anda boleh harapkan.
Pusat membeli belah bukan sekadar tempat shopping, tapi juga lokasi terbaik untuk habiskan masa berkualiti bersama keluarga. Dengan perancangan awal dan lokasi yang sesuai, cuti sekolah boleh jadi lebih seronok dan bermakna!