Sebelum memandu, tidak kira sejauh mana destinasi anda, amat penting untuk anda sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jumlah kenderaan dan pengguna jalan raya yang meningkat saban hari menjadikan risiko keselamatan juga semakin tinggi.
Jika setiap pemandu memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pasti banyak kemalangan dan situasi tidak diingini dapat dielakkan. Namun begitu, keselamatan bukan hanya bergantung kepada pemanduan berhemah, tetapi juga kepada persediaan awal sebelum memulakan perjalanan.
10 Barang Wajib Ada Dalam Kereta Anda
Berikut adalah senarai barang-barang penting yang sepatutnya anda simpan dalam kenderaan anda. Bukan sahaja untuk kemudahan diri, tetapi juga demi keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.
1. Kabel Jumper atau Power Bank Booster
Masalah bateri mati adalah antara punca kerosakan kereta yang paling biasa berlaku. Kabel jumper atau booster bateri mudah alih membolehkan anda menghidupkan semula kereta tanpa perlu bergantung kepada bantuan luar, terutamanya jika anda memandu pada waktu malam atau di kawasan terpencil. Atau hubungi Bateriku jika barangan ini tiada dalam kereta anda.
2. Kit Pertolongan Cemas
Kecederaan kecil seperti luka, calar, atau sakit kepala boleh berlaku tanpa dijangka. Pastikan anda mempunyai kit yang mengandungi plaster, ubat antiseptik, ubat tahan sakit dan bahan asas lain untuk rawatan segera jika berlaku kemalangan.
3. Lampu Suluh
Sekiranya kereta anda rosak pada waktu malam atau anda perlu periksa bahagian bawah kenderaan, lampu suluh sangat membantu. Pilih lampu suluh LED yang tahan lasak dan boleh dicas semula untuk jangka masa panjang.
4. Segitiga Amaran Reflektif
Ini adalah satu barangan wajib menurut undang-undang jalan raya. Sekiranya berlaku kerosakan, letakkan segitiga ini pada jarak selamat di belakang kereta anda bagi memberi amaran kepada pemandu lain, mengelakkan risiko pelanggaran dari belakang.
5. Pemadam Api Mini
Walaupun jarang digunakan, pemadam api boleh menyelamatkan nyawa sekiranya berlaku kebakaran kecil pada enjin atau sistem elektrik kereta. Pilih pemadam bersaiz kompak yang sesuai untuk disimpan di bawah tempat duduk.
6. Tayar Ganti
Ramai yang mempunyai tayar ganti tetapi tidak tahu cara menukarnya atau tidak menyimpan peralatan dengan betul. Pastikan semua komponen lengkap dan anda tahu cara menggunakannya dengan selamat.
7. Tisu Basah & Pembersih Tangan
Kebersihan sangat penting, terutama jika anda sering makan dalam kereta atau membawa anak kecil. Tisu basah dan sanitiser tangan membantu memastikan permukaan dalam kereta bersih sepanjang masa.
8. Pengecas Telefon & Power Bank
Telefon pintar bukan sahaja untuk komunikasi, tetapi juga digunakan untuk navigasi, panggilan kecemasan dan aplikasi penting. Simpan pengecas USB atau power bank dalam kereta anda sekiranya berlaku kecemasan.
9. Makanan Ringan & Air Minuman
Perjalanan jauh atau kesesakan lalu lintas boleh menyebabkan kelaparan dan dehidrasi. Simpan biskut, gula-gula, dan botol air mineral di dalam kereta sebagai bekalan kecemasan.
10. Nombor Hotline Bateriku
Jangan lupa untuk menyimpan nombor hotline Bateriku (+6011 1600 6008) dalam telefon atau dalam sistem maklumat hibur kenderaan anda. Dengan kerjasama bersama Proton, Bateriku kini tersedia dalam sistem ATLAS untuk model seperti Proton X50, X70, X90 dan S70. Memudahkan anda mendapatkan Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) dengan langkah yang mudah.
Perjalanan yang selamat bermula dengan persediaan yang teliti. Barang-barang ini mungkin kelihatan remeh, tetapi dalam keadaan tertentu, ia boleh menjadi penyelamat. Jadikan amalan menyemak kelengkapan ini sebagai rutin bulanan anda agar kereta anda sentiasa bersedia. Ingat, tukar sebelum kong di Bateriku.com