26 May 2025

Retro Havoc 2025: Motor Maniac Media Rasmi

Cover image

Sekiranya anda peminat kereta modifikasi, nama Retro Havoc pasti tidak asing lagi di telinga anda. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 acara automotif paling epik di Malaysia. Deruman enjin memenuhi ruangan parking di bawah The Curve, Mutiara Damansara akan kembali pada 31 Mei 2025.

950 buah kereta dari Malaysia, Thailand dan Singapura dijangka menyertai acara ini yang menyatukan penggemar, pembina, jurugambar, dan jenama-jenama ikonik automotif di seluruh rantau Asia dan Antarabangsa.

Apa Yang Menarik di Retro Havoc 2025?

Acara tahun ini menampilkan senarai tetamu istimewa yang sangat dinantikan peminat dunia modifikasi:

  • Wataru Kato (Liberty Walk)
  • Larry Chen (Larry Chen Photo)
  • Ichiraku Toshiya (1048Style Japan)
  • Sammit (YouTuber)
  • Beer Baiyoke (Thailand)
  • Watanabe San (Watanabe Wheels)
  • Sudo San (Number 7)
  • Hiroaki Oda (CBY)

Tidak ketinggalan, liputan oleh media antarabangsa:

  • Rick Muda (Speedhunters)
  • CarCult (Thailand)
  • Lucio (Italian in Japan)
  • Clay Wong

Seperti anjuran pada tahun-tahun sebelum ini, antara acara yang dinantikan adalah 'Roll Our Party' dimana setiap kereta yang dipamerkan akan keluar daripada kawasan letak kereta dengan deruman enjin mod yang berbeza-beza. Tentatif acara adalah seperti berikut:

  • 9:00 pagi – 9:30 malam: Pameran kereta modifikasi pelbagai gaya, daripada JDM klasik ke gaya bosozoku Jepun, stance, VIP, dan banyak lagi.
  • 9:30 malam – 12:00 tengah malam: Roll-Out Party – pengalaman yang meriah dengan bunyi enjin, lampu neon dan semangat komuniti!

Tiket hanya RM20 untuk seharian penuh adrenalin dan inspirasi. Boleh dapatkan tiket di: https://rakanbateriku.com

Hadiah Cabutan Bertuah Gempak!

Jangan lupa sertai cabutan bertuah dengan dua hadiah utama yang membuatkan peminat kereta tak senang duduk:

  • Toyota Celica ZZT231 TRD Bodykit
  • Mercedes 190E dengan EVO2 Bodykit (SONAX Edition)

Bateriku.com & MotorManiac: Rakan Rasmi Retro Havoc 2025

Sebagai sebahagian daripada komuniti automotif tempatan, Bateriku.com dan MotorManiac berbangga untuk menjadi rakan rasmi kepada Retro Havoc 2025. Kami memahami semangat pemilik kereta modifikasi, semangat DIY, ketelitian dalam penjagaan kenderaan, dan keperluan untuk bantuan jalanraya yang pantas dan boleh dipercayai.

Dengan lebih 2,000 Gig Technician di seluruh negara, Bateriku.com bukan sahaja menawarkan servis bateri ke lokasi, tetapi juga bantuan tepi jalan 24/7, servis tukar tayar, jump-start dan pemeriksaan kenderaan.

Untuk pemilik kereta retro, klasik dan modifikasi, anda tahu betapa pentingnya sistem bantuan yang efisien apabila kereta kegemaran anda mengalami masalah. Dan di sinilah Bateriku.com menjadi penyelamat anda.

Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Retro Havoc Auto Show?

  • Lihat sendiri kereta yang tidak dapat anda jumpa di jalanan
  • Jumpa ikon modifikasi kereta dari Jepun dan antarabangsa
  • Peluang untuk memenangi kereta dalam cabutan bertuah
  • Rasai sendiri komuniti automotif paling aktif di Asia Tenggara
  • Sertai pelbagai aktiviti menarik dan pertunjukan sepanjang hari

Retro Havoc 2025 bukan sekadar acara, ia adalah simbol penyatuan minat dan budaya. Bateriku.com bersama MotorManiac berdiri teguh menyokong komuniti ini, bukan hanya pada acara tetapi setiap hari di jalan raya.

Jom ke Retro Havoc 2025 dan alami sendiri denyut nadi dunia kereta mod Asia Tenggara! Untuk tiket dan info lanjut : https://rakanbateriku.com

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read