28 Nov 2025

Proton Saga Baru MC3 (2025): Harga & Spesifikasi

Cover image

Proton sekali lagi menghidupkan segmen sedan kompak dengan pelancaran Proton Saga MC3, yang dijadualkan diperkenalkan pada 27 November. Model ini membawa tagline baharu, “Intelligence That Thrills”, menandakan lonjakan besar dari segi reka bentuk, teknologi dan keselamatan berbanding generasi sebelumnya.

Proton turut memperkenalkan model ini sebagai satu ikon baharu dan sambutannya sangat menggalakkan apabila ia mencatat 10,000 tempahan, bersamaan 1 tempahan setiap 43 saat sejak dibuka.

Saga: Lambang Sebuah Kebangaan

Saga merupakan model paling lama dalam portfolio Proton, berkhidmat sejak 1985. Selepas beberapa generasi dan naik taraf, kini hadir Saga MC3, versi “minor change” yang sebenarnya membawa perubahan sangat besar, terutama kerana ia kini menggunakan platform AMA (Advanced Modular Architecture) yang lebih moden, diperkukuh dengan reinforced B-pillar, struktur badan lebih kukuh dan sistem keselamatan lebih lengkap. Ia juga menerima enjin generasi baharu sepenuhnya.

Harga & Varian Proton Saga MC3

Kalau bercerita tentang Proton Saga, memang tak boleh lari daripada strategi harga mampu miliknya. Kalau kita lihat pada model-model sebelum ini, harganya yang tidak terlalu mahal, tetapi tidak juga terlalu murah.

Apa yang menarik, dengan harga yang ditawarkan tu, kita masih boleh dapat teknologi dan ciri-ciri moden yang cukup lengkap. Pendek kata, Proton Saga memang pilihan bijak kalau nak kereta yang berbaloi dari segi kualiti dan harga.

Harga bagi tiga varian utama adalah:

  • Standard: RM 38,990
  • Executive: RM 44.990
  • Premium: RM 49,990

Saga MC3 (6).webp (Sumber: Proton Malaysia)

Harga rasminya juga telah pun diumumkan, kedudukan harga Saga MC3 masih kekal dalam kategori mampu milik walaupun berada sedikit lebih tinggi berbanding pesaing lain. Jurang harga antara varian Standard ke varian Premium dianggarkan sekitar RM6000, selaras dengan peningkatan enjin serba baharu, platform yang diperkukuh serta teknologi moden yang diperkenalkan pada model ini.

Pilihan Warna

Adakah pemilihan warna itu penting? Jawapannya adalah ya, kerana warna memainkan peranan yang signifikan dalam mencerminkan gaya dan personaliti pemilik. Proton Saga kali ini hadir dengan pilihan warna yang lebih menarik dan menyerlah. Rekaan warna baharu ini mampu menarik perhatian serta memikat hati pelbagai golongan pembeli, sama ada pengguna baru mahupun pelanggan setia, sekaligus menambahkan daya tarikan model ini di pasaran.

Saga MC3 hadir dengan enam warna:

Snow White, Armour Silver, Space Grey, Ruby Red, Deep Black dan Marine Blue menjadikannya gaya kereta yang lebih moden dan sesuai dengan konsep sedan urban.

warna proton saga MC3.webp (Sumber: paultan.org)

Promo & Rebat

Untuk 20,000 pembeli terawal yang membuat tempahan sebelum hari pelancaran dan mendaftar sebelum 31 Disember, mereka menerima:

  • Rebat sebnayak RM 1000
  • Servis selepas jualan percuma setahun (upah kerja + alat ganti)
  • Kad Touch n Go edisi khas Proton Saga MC3

Spesifikasi Proton Saga MC3

Enjin & Transmisi

Saga MC3 kini bernadikan enjin 1.5L I-GT serba baharu yang menawarkan kuasa 118Hp dan 150Nm tork menjadikan model saga kali ini lebih responsif berbanding model terdahulu. Binaan blok aluminium menjadikannya lebih ringan, sekaligus meningkatkan kecekapan penggunaan petrol.

Dipadankan dengan transmisi CVT bagi varian Premium, manakala varian Executive dan Standard menggunakan kotak gear automatik 4-kelajuan. Saga MC3 memberikan pemanduan yang lebih lancar, senyap dan efisien dalam pelbagai keadaan jalan.

Penjimatan Petrol

Dengan kuasa maksimum 118Hp dan tork 150Nm, enjin baharu ini dipadankan dengan transmisi CVT bagi varian Premium, manakala varian Executive dan Standard menggunakan kotak gear automatik 4-kelajuan. Proton turut menyatakan bahawa enjin 1.5L i-GT ini mampu mencatat penggunaan bahan api serendah 4.9L/100km apabila digandingkan dengan transmisi CVT dan 5.1L/100km bagi transmisi automatik 4-kelajuan .

Reka Bentuk Luaran (Exterior)

Kalau kita dilihat dari luar, Proton Saga MC3 memang nampak lebih moden dan bergaya berbanding generasi sebelum ini. Lampu projektor LED di bahagian hadapan bukan sahaja cantik, malah memberikan pencahayaan yang lebih baik. Lampu belakang full-width LED pula menambah sentuhan premium yang cukup menyerlah. Cermin sisi dengan lampu signal dan antena jenis sirip ikan yu menaikkan lagi nilai estetika.

manakala rim aloi dari 14 inci hingga 15 inci dua tona menjadikan keseluruhan kereta nampak lebih agresif dan menarik. Memang jelas, Saga MC3 bukan sekadar kereta praktikal ia juga kereta yang cukup bergaya di jalan raya.

Rim mengikut varian:

  • Standard: Rim 14” Single tone
  • Executive: Rim aloi 15” Single tone (rekaan baharu)
  • Premium: Rim aloi 15” 2 tone (rekaan baharu)

Saga MC3 (2).webp (Sumber: Proton Malaysia)

Reka Bentuk Dalaman (Interior)

Jika reka bentuk luaran menambah nilai esteika. Reka bentuk dalaman juag memainkan peranan penting bagi memastikan pengalaman pemanduan menjadi lancar dan baik. antara ciri yang biasanya sering menjadi perhatian para pengulas automotif adalah dari segi pemilihan fabrik fada tempat duduk, jenis platik dashbord, _ambiend ligjt, fungsi eletronik seperti usb dan tempat pengecasan. jadi apakah tawaran kemasan dalaman yang proton berikan.

Kabinnya kini memberi rasa premium walaupun dalam varian Standard, dengan paparan meter dan skrin infotainmen yang disambungkan secara bersepadu ala kereta mewah.

Dashboard Saga MC3 .webp (Sumber: Proton Malaysia)

Kalau reka bentuk luaran Proton Saga MC3 menambah nilai estetika, bahagian dalaman pula memainkan peranan sama penting untuk memastikan pengalaman pemanduan selesa dan menyenangkan. Antara perkara yang biasanya menjadi tumpuan para pengulas automotif termasuk pemilihan fabrik pada tempat duduk, jenis plastik papan pemuka, pencahayaan ambien, serta fungsi elektronik seperti port USB dan tempat pengecasan. Jadi, apa yang ditawarkan oleh Proton untuk kemasan dalaman Saga MC3?

Untuk varian Standard, ia hadir dengan tempat duduk fabrik yang selesa dan skrin infotainmen 7 inci. Varian Executive pula mendapat skrin lebih besar 9 inci yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, manakala varian Premium menampilkan upholsteri leatherette pada tempat duduk dan stereng, lengkap dengan ciri tambahan seperti sensor parkir dan kamera undur. Kesemua elemen ini memastikan pemanduan bukan sahaja praktikal, tetapi juga memberi pengalaman yang lebih mewah dan moden.

Standard

  • Skrin infotainmen 7 inci
  • Reka bentuk papan pemuka kemas & moden

Executive

  • Skrin infotainmen 9 inci
  • Menyokong Android Auto & Apple CarPlay
  • Sistem audio ditambah baik

Premium

  • Skrin infotainmen 9 inci
  • Menyokong Android Auto & Apple CarPlay
  • Upholsteri leatherette
  • Roda stereng balutan kulit

Ciri Keselamtan

Kalau kita bercakap tentang kereta, satu perkara yang tak boleh dipandang remeh ialah ciri keselamatan. Bayangkan kalau sesuatu berlaku di jalan raya ciri keselamatan itulah yang boleh lindungi pemandu dan penumpang. Bagi segmen Proton Saga, walaupun ia tergolong dalam kelas mampu milik, ciri keselamatan yang disediakan ternyata sangat baik jika dibandingkan dengan pesaing lain.

Terima kasih kepada B-pillars dan floor cross member yang diperbuat daripada keluli Hot-Press-Formed (HPF), ia membantu meningkatkan kekukuhan struktur dan keselamatan kenderaan.

Malah, beberapa fungsi canggih yang biasanya ditemui pada model lebih mahal turut disertakan, menjadikannya pilihan yang bijak bagi mereka yang mengutamakan perlindungan di jalan raya.

Standard & Executive

  • 2 beg udara.
  • Sistem brek ABS dengan EBD dan bantuan brek
  • Kawalan cengkaman (traction control) dan kawalan kestabilan (stability control)
  • Bantuan mula mendaki (hill start assist)
  • Peringatan penumpang belakang (rear seat reminder)
  • Kamera undur
  • Sensor parkir hadapan dan belakang

Premium

  • 6 Airbag
  • ADAS (Advanced Driver Assistance Systems) hanya tersedia di varian Premium:
  • Brek kecemasan autonomi dengan pengesanan motosikal
  • Amaran keluar lorong (lane departure warning)
  • Pemantauan titik buta (blind spot monitoring)
  • Amaran trafik lintasan belakang (rear cross traffic alert)
  • Amaran perlanggaran belakang (rear collision warning)
  • Amaran pembukaan pintu (door opening warning)
  • Lampu tinggi automatik (automatic high beam)

Safety Saga MC3 .webp (Sumber: paultan.org)

Perbezaan Saga Baru (MC3) Dengan Saga Lama (2016)

Sekarang, mari kita masuk ke bahagian yang paling ditunggu apa sebenarnya perbezaan ketara antara Proton Saga sebelum ini dengan model baharu, dan adakah berbaloi untuk anda upgrade?

Dengan penggunaan rekaan chasis baharu, Proton berjaya memuatkan lebih banyak fungsi moden berbanding model-model terdahulu. Anda akan perasan beberapa perubahan yang cukup ketara, antaranya:

Harga

  • Jika dibandingkan dari segi harga, sudah tentu Proton Saga MC3 (baharu) lebih mahal berbanding Saga Generasi Ketiga sebelum ini, iaitu RM 49,990 untuk Saga MC3 berbanding RM45,800 bagi Generasi Ketiga.

Enjin

  • Dari segi enjin dan transmisi pula, perbandingan jelas menunjukkan bahawa Saga MC3 menggunakan enjin 1.5L i-GT, manakala Saga Generasi Ketiga menggunakan enjin 1.3L. Dengan ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Saga MC3 memberikan kuasa yang lebih berbanding model sebelumnya.

Transmisi

  • Bagi transmisi pula, Saga MC3 menggunakan CVT bagi varian Premium, manakala varian Executive dan Standard masih menggunakan kotak gear automatik 4-kelajuan. Perbezaannya hanya pada varian Premium yang menggunakan CVT, manakala transmisi bagi varian Standard dan Executive kekal sama seperti Generasi Ketiga.

Interior

  • Saga MC3 kini dilengkapi dengan skrin infotainmen 7–9 inci yang mempunyai fungsi sentuhan dan turut menyokong Apple CarPlay serta Android Auto—ciri yang tidak terdapat pada Proton Saga 2016.

Exterior -Jika bahagian dalam kereta sudah diperbaharui, rupa luaran Saga MC3 kali ini juga menampilkan wajah baharu. Terdapat enam pilihan warna, lampu Full LED, dan yang paling menarik ialah rim baharu yang dihasilkan kilang, dengan warna mengikut varian yang dipilih.

Ciri Keselamtan

  • Ciri keselamtan adalah point yang amat penting bagi pemilihan kereta. Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya sudah jelas saga MC3 menawarkan keselamatan yang lebih baik. dengan 2/6 Beg angin mengikut spesifikasi dan B-pillars dan floor cross member yang diperbuat daripada keluli Hot-Press-Formed, (HPF), bagi meningkatkan kekukuhan struktur dan keselamatan kenderaan.

Ringkasan:

  • Harga: Saga MC3 RM 49,990 lebil manakala harga Saga Generasi Ketiga adalah RM45,800
  • Enjin: 1.5L I-GT vs enjin 1.3L
  • Transmisi: CVT untuk Premium, automatik 4-kelajuan untuk Standard & Executive
  • Dalaman: Skrin infotainmen 7–9 inci, menyokong Apple CarPlay & Android Auto
  • Luaran: Lampu LED penuh, enam pilihan warna, rim kilang baharu
  • Keselamatan: Lebih lengkap dengan 2–6 beg udara dan B-pillar serta floor cross member diperkuat HPF steel

Panduan Bateri Proton Saga MC3

Model ini dijangka menggunakan bateri kategori dinamik efisiensi tinggi, sekitar NS60 atau 55D23L, tetapi maklumat rasmi akan diumumkan semasa pelancaran.

Untuk maklumat lebih lengkap mengenai jenis bateri yang sesuai untuk Saga, anda boleh rujuk artikel Panduan Bateri Kereta Proton saga kami dalam siri panduan bateri.

Saga MC3 .webp (Sumber: Proton Malaysia)

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Next Read