Perlis mungkin negeri paling kecil di Malaysia, tetapi keistimewaannya jauh lebih besar daripada yang ramai sangkakan. Terletak di utara Semenanjung dan bersempadan dengan Thailand, Perlis sering digelar 'Indera Kayangan' kerana keindahan alamnya yang menenangkan. Kecantikkan hutan yang menghijau, bukit batu kapur yang unik, serta suasana kampung yang damai menjadikan negeri ini destinasi sempurna.
Biarpun kecil, Perlis mempunyai pelbagai tarikan yang mampu memberi pengalaman percutian lengkap daripada gua bersejarah, pantai indah, hingga ke syurga membeli-belah di sempadan seperti Padang Besar dan Wang Kelian. Tidak dilupakan, hasil pertanian seperti mempelam harum manis juga menjadi identiti negeri ini. Singkat kata, Perlis adalah negeri kecil dengan pesona besar yang menanti untuk diterokai.
Senarai Tempat Menarik Di Perlis
Pastikan anda melawat ke mercu tanda negeri Perlis untuk mendapatkan pengalaman unik dengan gabungan sejarah dan alam semula jadi. Dari Istana Arau hingga Gua Kelam, setiap lokasi mempunyai pesona tersendiri yang melambangkan keindahan Indera Kayangan.
Perlis: Negeri dengan Seribu Satu Sebab untuk Anda Lawat
Perlis terdapat banyak sebab untuk anda berjalan jalan dan makan angin di negeri Perlis antaranya adalah
- Keindahan alam semula jadi
- Mercu tanda bersejarah
- Port makanan sedap
- Syurga membeli-belah sempadan
Cadangan Tempat Tempat Menarik di Perlis
Rancang Perjalanan Anda untuk bersiar siar di sekitar Negeri Perlis, Kami hanya memberikan cadangan tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Pastikan Kamera dan kelengkapan lain sedia untuk dibawa ketika bersiar siar di Negeri Perlis.
Aktiviti Menarik di Negeri Perlis
- Wang Kelian Viewpoint Panorama indah dari puncak, di mana pengunjung boleh melihat pemandangan hijau perbukitan dan sempadan Malaysia–Thailand. Ia merupakan lokasi popular untuk bergambar terutama pada waktu pagi ketika kabus masih menyelimuti kawasan bukit.
Lokasi: Wang Kelian, Perlis Waktu Operasi: 7.00 pagi – 7.00 malam Tips: Datang awal pagi untuk nikmati suasana berkabus, jangan lupa kamera kerana pemandangan sangat fotogenik
(Sumber: Geopark Perlis)
- Gunung Chabang Memulakan pagi dengan mendaki Gunung Chabang adalah pengalaman yang cukup mengujakan di Perlis. Gunung setinggi 390 meter ini mengambil masa sekitar 30 minit hingga 1 jam untuk didaki, bergantung pada rentak kelajuan. Suasana pagi yang sejuk dan segar menjadikan aktiviti ini lebih selesa sambil ditemani pemandangan hijau yang terbentang luas di kaki gunung.
Lokasi: Kampung Gial, Arau, Perlis Waktu Operasi: 6:30 pagi – 6:00 petang (disarankan datang awal pagi) Tips: Pakai kasut sesuai untuk hiking, bawa air minuman, dan datang awal pagi untuk menikmati matahari terbit yang indah.
(Sumber: MaiSinggah)
- Pasar Malam Bintong Bagi pencinta suasana malam, Pasar Malam Bintong merupakan destinasi yang tidak boleh dilepaskan. Ia merupakan pasar malam terbesar di Perlis, terkenal dengan aneka makanan jalanan utara seperti laksa, satay dan keropok lekor. Selain itu, suasana riuh dan mesra masyarakat tempatan menjadikan lawatan ke pasar malam ini satu kenangan yang menarik.
Lokasi: Bintong, Kangar, Perlis Waktu Operasi: Setiap Rabu&Ahad, 5.00 petang – 11.00 malam Tips: Datang awal untuk elak kesesakan & bawa wang yang mencukupi
- Gua Kelam merupakan gua batu kapur ikonik di Perlis yang terkenal dengan terowong sepanjang 370 meter. Pengunjung dapat menikmati pengalaman berjalan kaki di dalam gua yang diterangi cahaya samar, sambil melihat formasi batu kapur yang dahulunya merupakan tempat aktiviti melombong bijih timah dan suasana sejuk semula jadi.
Lokasi: Kaki Bukit, Perlis Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Tutup pada hari Selasa) Tips: Pakai kasut sesuai kerana laluan boleh licin; waktu pagi lebih tenang kerana kurang pelawat.
(Sumber: MyHalalxplorer)
- Taman Ular dan Reptilia Menempatkan pelbagai spesies ular dan reptilia dari dalam dan luar negara. Ia menjadi tarikan yang sesuai untuk pencinta haiwan eksotik serta pengunjung yang ingin menimba pengetahuan tentang dunia reptilia.
Lokasi: Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang Tips: Aktiviti bergambar dengan ular jinak antara tarikan utama, sesuai untuk lawatan keluarga.
- Tasik Timah Tasoh Keindahan alam semula jadi serta suasana tenang di tepi tasik. Tasik ini juga menjadi habitat burung migrasi, menjadikannya lokasi sesuai untuk pencinta fotografi dan penggemar aktiviti santai.
Lokasi: Tasoh, Perlis (17 km dari Kangar) Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam Tips: Waktu terbaik datang ialah ketika matahari terbenam, sesuai untuk berkelah atau sesi fotografi
(Sumber: Timah Tasoh)
- Padang Besar Destinasi membeli-belah popular di sempadan Malaysia–Thailand. Pelbagai barangan seperti pakaian, makanan, dan kraftangan boleh didapati dengan harga berpatutan, menjadikannya syurga beli-belah bagi pelancong.
Lokasi: Padang Besar, Perlis Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (lebih meriah hujung minggu) Tips: Bawa wang tunai; jangan lepaskan peluang cuba pulut ayam & teh ais Thai.
- Kampung Seberang Ramai Daya tarikan baharu dengan suasana kampung yang dihias kreatif dan penuh warna-warni. Ia sesuai untuk bergambar dan merasai kehidupan masyarakat desa Perlis yang unik.
Lokasi: Kuala Perlis, Perlis Waktu Operasi: Dibuka setiap hari Tips: Waktu petang lebih meriah dan sesuai untuk bergambar.
- Taman Buah-Buahan Eksotik Memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri hasil pertanian segar dari ladang. Buah-buahan tropika seperti mangga harum manis, rambutan dan buah naga boleh dinikmati mengikut musim.
Lokasi: Batu Pahat, Perlis Waktu Operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang Tips: Datang musim buah (April–Jun) untuk rasa Harum Manis asli,sesuai untuk kunjungan keluarga
Makanan Sedap Perlis: Warung, Tradisi & Identiti
- Warung Tepi Sawah Nikmati hidangan tengah hari di warung tepi sawah adalah satu pengalaman yang wajib dicuba ketika berada di Perlis. Suasana desa yang tenang dengan deretan sawah padi menghijau menjadikan waktu makan lebih istimewa, ditambah pula dengan pilihan lauk kampung yang ringkas tetapi penuh rasa.
Lokasi: Kangar, Perlis Waktu Operasi: 10.00 pagi – 4.00 petang Tips: Datang waktu tengah hari untuk pilihan lauk kampung terbaik.
(Sumber: X)
- Warung Teratak Bonda Terkenal sebagai port makan kampung yang menyajikan pelbagai menu tradisional utara. Hidangan seperti ikan bakar, ulam-ulaman segar, sambal yang pedas membuka selera, serta lauk pauk kampung menjadikan pengalaman makan di sini penuh citarasa asli. Suasananya yang santai dan berhadapan dengan pemandangan desa turut menambah daya tarikannya.
Lokasi: Pauh, Arau, Perlis Waktu Operasi: 11.00 pagi – 4.00 petang Tips: Menu ikan bakar paling laris, datang awal supaya tak kehabisan.
- Warung Harum Manis Sinonim dengan buah ikonik Perlis iaitu mangga harum manis. Di sini pengunjung boleh menikmati pelbagai menu berasaskan buah harum manis seperti jus, pencuci mulut, dan hidangan gabungan yang unik. Warung ini sesuai untuk mereka yang ingin merasai sendiri kelazatan buah bermusim yang menjadi kebanggaan negeri Perlis.
Lokasi: Kangar, Perlis Waktu Operasi: Musim Harum Manis (April–Jun), 11.00 pagi – 6.00 petang Tips: Datang pada musim buah untuk nikmati rasa paling asli.
(Sumber: Harakah)
Tempat Menginap: Suasana Kampung + Selesa
- Wood Valley Lodge Terletak di Arau, Perlis sering menjadi pilihan kerana suasananya yang tenang dan damai. Ramai pengunjung menyukai lokasinya yang mudah diakses serta persekitaran yang nyaman untuk berehat. Dengan kemudahan asas seperti Wi-Fi percuma dan tempat letak kereta, ia sesuai untuk mereka yang mencari penginapan sederhana tetapi selesa. Berdasarkan ulasan, lodge ini menerima maklum balas positif dengan ramai tetamu menyatakan pengalaman menginap di sini sangat berbaloi.
Lokasi: Arau, Perlis Waktu Operasi: Daftar masuk 2.00 petang, daftar keluar 12.00 tengah hari Tips: Lokasi strategik berhampiran bandar Arau, sesuai untuk percutian bajet.
(Sumber: Agoda)
- Country Road Homestay Menawarkan pengalaman menginap yang lebih unik dengan konsep ala kabin di tengah suasana desa. Homestay ini dikelilingi sawah padi dan mempunyai kemudahan menarik seperti kolam renang luar, taman, serta Wi-Fi percuma. Ulasan tetamu sering memuji ketenangan dan pemandangan indah yang menjadikan ia lokasi sesuai untuk percutian keluarga atau mereka yang mahu lari seketika dari hiruk-pikuk bandar.
Lokasi: Pauh, Perlis Waktu Operasi: Daftar masuk 3.00 petang, daftar keluar 12.00 tengah hari Tips: Sangat sesuai untuk keluarga besar & suasana kampung moden
(Sumber: Jom Melancong)
Adakah anda sudah bersedia untuk bercuti di Perlis? Negeri kecil ini menyimpan pelbagai keindahan alam, budaya dan makanan yang memikat. Dari Gunung Chabang hingga Padang Besar, setiap sudut menawarkan pengalaman unik. Sederhana tetapi penuh pesona, Perlis pasti meninggalkan kenangan indah dalam percutian anda
Bayangkan anda sedang menikmati pemandangan sawah padi di Perlis atau sibuk membeli-belah di Padang Besar, tiba-tiba kereta enggan hidup. Jangan risau percutian anda tak perlu terbantut. Bateriku sentiasa bersedia menghantar bantuan terus ke lokasi anda, supaya anda boleh terus menikmati cuti tanpa gangguan.
Kenapa pilih Bateriku semasa bercuti?
- Bantuan segera di mana sahaja anda berada di Perlis.
- Tukar bateri dengan mudah, siap pemasangan.
- Servis tunda tersedia bila kereta langsung tak boleh bergerak.
- Hanya perlu satu klik di aplikasi atau laman web, masalah selesai.
Dengan Bateriku, anda bebas berjalan-jalan, makan angin dan meneroka keindahan Perlis tanpa risau kereta tersadai.

