19 Feb 2026

Melawat Sabah? Penampang Tawar Pengalaman Berbeza

Cover image

Penampang adalah salah satu daerah dalam wilayah barat negeri Sabah. Penduduk utamanya adalah orang Kadazan. Dulunya pekan Penampang agak terpencil namun kemajuan Bandaraya Kota Kinabalu menjadikan Penampang berevolusi menjadi bandar satelit kepada KK apabila pusat beli belah besar mula tumbuh seperti Mega Long mall dan ITCC.

Walau bagaimanapun, daerah Penampang yang besar bermakna masih ada bahagian yang mengekalkan identiti trandisionalnya terutamanya yang menjauhi persisiran laut. Biasanya, pelancong yang mari ke Sabah akan terus melancar ke Ranau untuk lihat Gunung Kinabalu. Kali ini apa kata anda masukkan Penampang ke dalam senarai kerana ia tidak kurang menariknya.

5 lokasi wajib singgah di Penampang

Ini 5 destinasi menarik yang boleh anda lawat sekiranya berpeluang melawat Penampang.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael & Gereja St. Michael

Gereja dan sekolah St. Michael di Penampang Sabah adalah antara banguna institusi tertua di negeri Sabah dengan rekod seawal hujung 1800-an. Bangunan itu diberi nama bersempena paderi Archangle Miachel yang datang ke Penampang untuk menyebarkan ajaran kristian.

260211-bateriku penampang tempat menarik smk st michael gereja.webp

Sekolah berhampiran gereja adalah sekolah katolik kedua tertua, didaftarkan dalam tahun 1888. Sejak itu, ia sedikit demi sedikit ditambah baik daripada lantai buluh hingga ke bangunan simen seperti yang boleh dlihat sekarang.

260211-bateriku penampang tempat menarik smk st michael penampang.webp

Antara individu terkenal yang pernah bersekolah di sana adalah seperti Tan Sri Bernard Dompok, Stacy Angie Anam, Velvet Lawrence Aduk, Datuk Corneliu Piong, Datuk Peter Mojuntin, dan Datuk Ewon Benedick.

Laman rasmi Gereja St. Michael Facebook SMK St. Michael

2. Monsopiad Heritage Village

Monsopiad adalah pahlawan legenda Kadazan-Dusun dari Kuai Kandazon, Penampang. Dia dibesarkan dalam keluarga petani dan belajar seni bela diri untuk pertahankan kampungnya daripada penyamun. Kehebatannya semakin digeruni bila setiap kali dia tewaskan penyamun, kepala mereka akan dipenggal dan digantung di beranda rumah sebagai trofi.

260211-bateriku penampang tempat menarik monsopiad heritage village entrance.webp

Namun, hari demi hari Monsopiad kian bongkak dan gemar mencari gaduh, hanya untuk tunjuk kegagahan. Akhirnya, dia dibunuh oleh penduduk kampung yang khuatirkan keselamatan orang lain. Hari ini, legenda itu boleh diikuti rapat di Kampung Budaya Monsopiad sebagai secebis sejarah Penampang.

260211-bateriku penampang tempat menarik monsopiad heritage village.webp

Laman rasmi Monsopiad Heritage Village

3. Pasar Tamu Donggongon

Kalau nak sertai aktiviti harian orang Sabah, Tamu adalah tempat untuk dilawati. Tak jauh daripada Kota Kinabalu, Tamu Donggongon adalah pasar pagi yang sibuk di Penampang. Di Tamu, anda boleh dapat barangan tempatan seperti sayur segar, buah-buahan tempatan, dan barangan kraf.

260211-bateriku penampang tempat menarik pasar tamu donggongon.webp

Atmosfera di sana memang hidup dengan adanya hiburan dan jualan makanan tradisional. Asalnya jadi tempat untuk orang tempatan bertukar-tukar hasil tapi kini jadi seperti pasar orang-orang tempatan dapatkan bekalan harian. Tapi jangan lupa, Tamu Donggongon hanya dibuka setiap Rabu dan Khamis.

260211-bateriku penampang tempat menarik pasar tamu donggongon 02.webp

Lokasi Tamu Donggongon

4. Tagal Tinopikon Park

Tagal Tinopikon Park letaknya di Kg. Notorus, Penampang, kira-kira 23 km daripada Kota Kinabalu. Ia adalah salah satu daripada 500 lokasi Tagal di seluruh Sabah. Kawasan larangan menangkap ikan ini penuh dengan ikan, antara yang popular adalah seperti pelian. Banyak ikan-ikan ini jinak dan berenang-berenang dalam kalangan pengunjung yang ingin rasa kaki diurut-urut ikan.

260211-bateriku penampang tempat menarik tagal tinopikon park.webp

Pengendali taman juga sediakan aktiviti tambahan seperti melawat dusun buah-buhan, jungle trekking, dan demonstrasi budaya. Lokasi ini sesuai untuk pencinta alam yang ingin beristirahat.

260211-bateriku penampang tempat menarik tagal tinopikon park 02.webp

Lokasi Tagal Tinopikon Park.

5. Lok Kawi Wildlife Park

Lok Kawi Wildlife Park (Taman Hidupan Liar Lok Kawi) terletak kira-kira 25 km ke barat daya Kota Kinabalu. Peminat hidupan liar pastinya akan nikmati aktivit-aktiviti yang disediakan di ini. Taman hidupan liar ini berkeluasan 280 ekar dan menempatkan hidupan seperti orang hutan, beruang matahari, gajah pigmi Borneo, dan harimau dahan.

260211-bateriku penampang tempat menarik lok kawi wildlife park.webp

Pengunjung boleh menonton pertunjukkan haiwan, sesi beri makan, dan lain-lain aktiviti ilmiah berkaitan pemuliharaan spesis terancam yang sedang dijalankan pihak pengendali taman. Pihak taman juga menerima permohonan sukarelawan kepada pengunjung yang ingin menyumbang tenaga.

260211-bateriku penampang tempat menarik lok kawi wildlife park 02.webp

Lokasi Lok Kawi Wildlife Park.

Bateriku in Penampang

Bateriku mempunyai operasi di sekitar Penampang, Sabah. Outlet kami adalah di bangunan Padimas Point yang letaknya di Jalan Pintas Penampang. Outlet Bateriku penampang beroperasi seawal 7 pagi hingga 12 malam. Anda boleh hubungi +60193001408 ataupun +601116006008 sekiranya perlukan bantuan tepi jalan.

260211-bateriku penampang waktu operasi.webp

Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

260209-bateriku-masjid biru behrang 2020 madani 11.webp

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Lihat senarai lengkap perkhidmatan di Bateriku.com

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read