Proton Persona merupakan sedan keluarga mampu milik yang diperkenalkan sejak tahun 2007 dan sehingga kini kekal sebagai antara pilihan utama rakyat Malaysia. Persona terkenal dengan reka bentuk praktikal, ruang dalaman luas, serta tahap keselamatan yang baik pada harga berpatutan. Ia sesuai digunakan sama ada untuk kegunaan harian di bandar mahupun perjalanan jarak jauh kerana menawarkan keselesaan dan penjimatan bahan api yang memuaskan.
Kini, Persona generasi baharu tampil dengan rekaan lebih moden, sistem infotainmen pintar, serta teknologi Eco Drive Assist untuk membantu pemandu menjimatkan penggunaan petrol. Dengan beberapa varian seperti Standard, Executive, dan Premium, pengguna boleh memilih mengikut bajet dan keperluan masing-masing. Persona menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mengutamakan keseimbangan antara harga, prestasi, dan keselesaan untuk kegunaan seharian bersama keluarga.
Panduan Pemilihan Bateri Proton Persona
Dalam panduan ini, anda akan dapat mengenal pasti varian Proton Persona anda dengan mudah, mengetahui jenis bateri kereta yang sesuai digunakan, serta memahami kod tersembunyi pada bateri kereta anda. Maklumat ini penting untuk memastikan prestasi kenderaan sentiasa berada pada tahap terbaik dan memudahkan anda membuat pilihan bateri yang tepat untuk Alza anda.
Persona Yang Mana Satu Anda Gunakan?
- Proton Persona 1st Gen : Proton persona yang dikeluarkan pada 2007 sehingga tahun 2015, menggunakan Engine jenis 1.6 Campro
- Proton Persona 2nd Gen : Proton Person yang dikeluarkan pada 2016 yang menggunakan enjin jenis 1.6 VVT (Variable Valve Timing)
Bagi kedua dua Generasi Proton persona tidak dilengkapi fungsi eco idle. Jadi ia menjadikan pemilihan bateri bagi setiap generasi dan varian lebih mudah.
Jenis Bateri Dan Kelebihan
Bateri boleh dibahagi kepada berberapa jenis. Bagi pengguna Proton Persona jenis bateri yang sesuai adalah dari jenis Wet Cell/MF (Standart). Bateri jenis ini jauh lebih murah berbanding bateri lain dipasaran dan jangka hayat bateri jenis ini adalah selama 18-24 Bulan mengikut cara penggunaan. Bateri Jenis sudah memadai bagi penggunaan harian.
Bateri jenis Enhanced Flooded Battery (EFB) pula lebih tahan lama dan cukup kuat untuk kegunaan kenderaan selama 24 hingga 36 bulan. Bateri jenis ini bukanlah satu keperluan, namun masih boleh digunakan jika perlu, terutamanya bagi pengguna yang sering menggunakan aksesori elektrik seperti radio kereta, dashcam, atau sistem lampu tambahan. Ia memberikan kestabilan prestasi yang lebih baik berbanding bateri standard, terutama dalam keadaan pemanduan bandar yang kerap berhenti dan hidup semula (stop-start).
Bateri jenis AGM (Absorbent Glass Mat) pula merupakan pilihan premium bagi pengguna Proton Persona. Bateri ini direka untuk menahan penggunaan elektrik yang lebih berat serta getaran atau keadaan ekstrem, menjadikannya lebih tahan lama dengan jangka hayat sehingga 3 hingga 5 tahun. Walaupun harganya lebih tinggi berbanding jenis Wet Cell/MF dan EFB, bateri AGM sesuai untuk pengguna yang memasang sistem audio besar, dashcam 24 jam, atau aksesori elektrik tambahan lain. Ia juga memberikan prestasi yang lebih stabil walaupun kereta jarang digunakan atau kerap berhenti-hidup dalam keadaan bandar.
Pemilihan Bateri Terbaik Untuk Proton Persona
Pemilihan bateri yang sesuai untuk Proton Persona bergantung kepada generasi dan jenis enjin kereta tersebut. Secara umum, Persona menggunakan enjin 1.6, sama ada versi CamPro atau VVT, dan saiz bateri yang biasa dipasang ialah DIN55R dan NS60RS.
Bagi Persona generasi pertama dengan enjin CamPro, bateri DIN55R paling banyak digunakan kerana terminal positif berada di sebelah kanan, dan kapasiti sekitar 45–60Ah sudah mencukupi untuk menyokong operasi enjin serta sistem elektrik asas.
Manakala bagi Persona generasi kedua dengan enjin VVT, bateri standard yang digunakan juga biasanya NS60RS, dengan pilihan NS60RS untuk memastikan prestasi elektrik yang stabil, walaupun kapasiti dan saiznya masih menepati keperluan sistem elektrik kereta.
Apa itu NS60R
- NS: Nippon Standart (Saiz mengikut Japanese Industrial Standart).
- 60: Kategori Kapasiti atau prestasi bateri.
- R(Right): kedudukan Terminal Positif yang berada di sebelah kanan.
Apa Itu DIN55R
- DIN: Piawai Jerman (Standart Eropah)
- 55: Indeks prestasi /Kapasiti bateri
- R(Right): kedudukan Terminal Positif yang berada di sebelah kanan.
Proton Persona 1st Gen (2007–2015)
Saiz / Kod Bateri: DIN55R Kapasiti: 45–60Ah Anggaran Harga: RM292 – RM400 Jenis Bateri: Lead Acid
Proton Persona 2nd Gen (2016–Sekarang)
Saiz / Kod Bateri: NS60R Kapasiti: 45–60Ah Anggaran Harga: RM250 – RM370 Jenis Bateri: Lead Acid
Cadangan Jenama Bateri
Proton Persona 1st Gen
- ASTRA
- Kod Model: DIN55R
- Kapasiti: 55AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM7,000, Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) sebanyak RM7,000, perbelanjaan pengebumian sebanyak RM2,000, serta yuran ambulans sebanyak RM500 dan mendapat kelulusan dari SIRIM
2.Varta Blue
- Kod Model: DIN55R
- Kapasiti: 55AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: memberikan prestasi start yang konsisten dan lebih tahan lama dalam penggunaan aksesori elektrik.
3.Amaron Go
- Kod Model: LN2-DIN55R
- Kapasiti: 55AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: teknologi anti-karat Amaron, memberikan jangka hayat lebih panjang berbanding bateri konvensional.
4.Amaron Hi-Life Pro
- Kod Model: DIN55R
- Kapasiti: 55AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: Sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi maksimum, perjalanan jauh, dan ketahanan terhadap cuaca panas Malaysia.
Proton Persona 2nd Gen
1.ASTRA
- Kod Model: NS60R
- Kapasiti: 45AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: Perlindungan Kematian Akibat Kemalangan sebanyak RM7,000, Hilang Upaya Kekal Menyeluruh (TPD) sebanyak RM7,000, perbelanjaan pengebumian sebanyak RM2,000, serta yuran ambulans sebanyak RM500 dan mendapat kelulusan dari SIRIM
2.Amaron Hi-Life
- Kod Model: 55B24RS / NS60S
- Kapasiti: 45AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: Prestasi lebih stabil berbanding bateri asas. Sesuai untuk pengguna yang ada aksesori tambahan sederhana seperti dashcam atau audio.
3.Yuasa
- Kod Model: 55B24R / NS60R
- Kapasiti: 45AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: harga berpatutan, sesuai untuk kegunaan harian biasa. Popular kerana kualiti Jepun + kos rendah
4.Century Marathoner
- Kod Model: 55B24R
- Kapasiti: 45AH
- Jenis: Maintenance Free (MF)
- Kelebihan: Sesuai untuk pengguna yang kerap memandu jauh atau ada banyak aksesori elektrik.
Kereta anda mengalami tanda tanda seperti lampu indikator menyala, enjin susah dihidupkan, lampu depan semakin malap, bunyi klik-klik ketika dihidupkan atau aksesori tidak berfungsi dengan baik? Itu petanda bateri kereta anda sudah lemah. Ganti segera dan hubungi Bateriku untuk perkhidmatan tukar bateri kereta yang pantas, berkualiti serta dijamin tahan lama.

