27 Nov 2025

Panduan Bateri Icaur V23: Jenis, Saiz & Harga

Cover image

Sebelum tamat 2025, iCaur Malaysia mengumumkan EV mereka yang kedua untuk pasaran kita. Masih lagi dalam kategori SUV elektrik, kali ini mereka lancarkan iCaur V23 yang saiznya lebih besar berbanding V03 tempoh hari.

Harga iCaur V23 di Malaysia

iCaur V23 ditawarkan di Malaysia dalam dua versi iaitu AWD dan 2WD. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • iCaur V23 AWD - RM132,800
  • iCaur V23 RWD - RM119,800

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 03.webp

Buat yang berminat untuk dapatkannya, ada promo pembelian awal sedang berjalan. 1,000 pendaftaran pertama dalam tahun 2025 akan terima barangan seperti berikut:

  • pengecas rumah 7kW bernilai RM3,400
  • naik taraf kluster instrumen 6.86” bernilai RM1,000
  • lanjutan jaminan ke atas bateri kepada 10 tahun atau 200,000km bernilai RM3,000

iCaur V23 dilindungi jaminan komprehensif dan maklumatnya adalah seperti berikut:

  • Jaminan kenderaan: 7 tahun atau 150,000km
  • Jaminan bateri berkuasa tinggi: 8 tahun atau 160,000km
  • Jaminan motor & unit kawalan: 8 tahun atau 160,000km
  • Penggantian bateri 1-dengan-1 jika SoH <70%
  • Kabel V2L bernilai RM500
  • Pengecas 3 pin RM700

Buat masa ini, semua iCaur V23 adalah unit yang diimport sepenuhnya. Perancangan untuk CKD ada tapi mereka masih belum mengesahkan sama ada ingin lakukan pemasangan di kemudahan Lembah Beringin ataupun Shah Alam.

Spesifikasi iCaur V23 Malaysia

Seperti iCaur V03 yang diumum pertengahan Oktober 2025 lalu, iCaur V23 memiliki rupa paras kekotak seperti FJ Cruiser, Defender, Rivian, dan yang seangkatan dengannya. Badannya tegap, lengkok tayar tinggi, dan lampu bulan jadikannya nampak macam mesin kembara hutan daripada masa depan. Pintu but pula dibuka ke sisi, sesuai untuk mengakses barang daripada belakang tanpa perlu risau tersangkut di dahan atau ranting pokok.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 07.webp251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 09.webp

Jarak gerak iCaur V23 dengan bateri penuh

Seperti dikongsikan dalam seksyen harga, iCaur V23 datang dalam dua konfigurasi. Yang pertama, varian 2WD ada motor elektrik di gandar belakang dengan output 134 hp dan 180 Nm tork. Dikatakan ia boleh pecut ke 100 km/j dalam masa 11 saat dan ada laju maksimum 140 km/j. Jarak gerak untuk satu isian penuh bateri LFP yang berkapasiti 59.93 kWh varian ini adalah 360 km mengikut kitaran NEDC.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 02.webp

Varian yang lebih premium AWD iWD ada kapasiti bateri lebih besar dan motor lebih berkuasa. Berbekalkan bateri NMC 81.76 kWh, iCaur AWD iWD boleh gerak sehingga 430 km (NEDC) menggunakan sepasang motor yang keluarkan sejumlah 208 hp dan 292 Nm.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 04.webp

Bila nak isi bateri, kedua-dua boleh terima 6.6kW AC. Tapi bila nak guna pengecas DC, varian yang lebih mahal terima 104 kW dan yang lebih mampu milik pada 85 kW. Ciri V2L juga ada kalau-kalau nak guna untuk kuasakan barangan elektrik sewaktu berkhemah. Output setinggi 3.3 kWh boleh dimanfaat menggunakan penyesuai yang disediakan.

Ciri keselamatan iCaur V23

Kedua-dua varian nampak sama secara mata kasar. Cara paling mudah untuk membezakan antara mereka adalah melalui saiz tayar. Varian 2WD diberikan tayar 19” manakala iWD diberikan tayar 21”

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 08.webp

Di bahagian kabin, tiada perbezaan antara varian diperhatikan. Anda boleh temui skrin besar 15.4" peka sentuhan untuk kawal segala macam hal berkaitan kereta. Corong pendingin hawa berbentuk petak padan dengan rupa di bahagian luar. Untuk menyimpan barang, ruang seluas sehingga 1,366 L disediakan apabila panel lantai diangkat. Ada juga konfigurasi penyimpanan bertingkat untuk mengopitmumkan ruang.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 10.webp

Beralih ke pemanduan, sistem bantu pandu standard pada sebuah EV diberikan. Anda dapat ciri seperti Adaptive Cruise Control, Lane Departure Waring, dan Automatic Emergency Braking.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 11.webp

Jenis bateri yang digunakan iCaur V23

Sebelum ini kami laporkan yang bateri 12V iCaur V03 boleh diakses dengna mudah dengan mengangkat bonet. Namun untuk iCaur V23, situasi berbeza kami temukan. Dimaklumkan yang bonet depan V23 tiada sebarang akses mudah. Bila bertanya pada wakil jenama, kami dibertahu yang proses mengangkat bonet adalah lebih rumit daripada biasa dan perlukan tenaga dua orang disebabkan tiada engsel yang menyambungkan bonet pada badan kereta.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 05.webp

Jadi soalan kami seterusnya adalah bagaimana kalau nak buat jumpstart?

Kami ditunjukkan bahagian bawah kolum stereng, tempat terminal tambahan untuk pengguna kepitkan kabel jumper untuk lakukan jumpstart. Walau bagaimanpun, kami berjaya mengesahkan jenis bateri yang digunakan iCaur V23 menerusi gambar ruangan enjin yang diambil terlebih dahulu.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 06.webp

Berikut adalah dua bateri 12V yang sepadan dengan iCaur V23.

251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 15.webp251127-bateriku-icaur v23 malaysia launch 14.webp

Dapatkan bateri untuk semua jenis kenderaan di Bateriku

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read