14 Oct 2025

Panduan Bateri Icaur 03: Jenis, Saiz & Harga

Cover image

Kuasa Bateri Berjiwa Lasak: Jenama kenderaan elektrik (EV) baharu, iCAUR, kini rasmi menembusi pasaran Malaysia dengan pelancaran model pertamanya, iCAUR 03. Dilancarkan pada 9 September 2025, SUV elektrik ini menarik perhatian ramai dengan reka bentuk lasak, gaya futuristik dan harga bermula sekitar RM119,800.

Kereta ini datang dengan ukuran 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar dan 1,715 mm tinggi, serta jarak antara roda depan dan belakang (wheelbase) sepanjang 2,715 mm. iCaur 03 merupakan sebuah SUV elektrik lasak yang direka khusus untuk menyesuaikan diri dengan keadaan jalan di Malaysia, sama ada di bandar mahupun kawasan luar. Tanpa mengorbankan faktor keselesaan bagi pemandu dan penumpang.

Dengan saiz rim 19 inci,SUV eletrik ini kelihatan seimbang dan bergaya sesuai untuk kegunaan harian di bandar serta pengembaraan luar jalan (off-road ringan). Gabungan reka bentuk moden, jarak roda yang stabil dan profil tayar tinggi menjadikan iCAUR 03 pilihan ideal bagi mereka yang mahukan gaya hidup aktif tanpa mengorbankan keselesaan dan kecekapan tenaga

iCAUR 03 : Sedia Mengembara

iCAUR 03 hadir dalam dua varian 2WD dan iWD (AWD) masing-masing dikuasakan satu motor elektrik atau dwi motor dengan output sehingga 279 PS dan jarak perjalanan sehingga 426 km (NEDC). Sebagai SUV elektrik ia menawarkan keseimbangan antara prestasi, gaya hidup moden dan kecekapan tenaga.

Dipadankan dengan sistem IRoad yang berkeupayaan untuk menawarkan 10 mod pacuan untuk pelbagai jenis permukaan jalan. Ia digandingkan dengan suspension belakang berbilang pautan jenis lengan-H tegar, yang direka untuk memberikan ketahanan maksimum serta keselesaan tinggi ketika melalui laluan tidak rata atau berlubang.

iCaur BP Side.webp

Jika anda peminat SUV berbentuk kotak dan bergaya lasak, iCAUR 03 pasti menarik perhatian anda dengan reka bentuk badan tegak dan bersegi yang menonjolkan identiti “rugged” sebenar.

iCAUR 03 ditawarkan dalam lima pilihan warna menarik iaitu Perak (Silver), Kelabu (Grey),Putih (White), Hitam (Black) dan Hijau Aurora (Aurora Green). Bagi mereka yang mahukan penampilan lebih garang dan eksklusif, terdapat pilihan Black Phantom Edition dengan tambahan harga sekitar RM20,000, dan pakej ini terhad hanya kepada 100 orang pertama.

Sistem hiburan bagi kereta ini pula didatangi dengan 15.6 inci full hd touch screen wireless apple carplay dan android auto, selain itu tambahan rhymatic ambient light pada bahagian penumpang yang boleh diubah suai,12 biji infinity speaker memberikan bunyi lagu lebih immersive

Ciri Keselamatan

Dari segi keselamatan, iCAUR 03 hadir dengan pakej perlindungan menyeluruh bagi memberikan ketenangan minda sepenuhnya kepada pemandu dan penumpang. Antara ciri standard termasuk enam beg udara serta sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) Tahap 2. Pakej ini merangkumi pelbagai teknologi pintar seperti:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Maklumat Pemanduan Terganggu (DAI)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Bantuan Kekal Lorong (ELK)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
  • Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)

iCaur cockpit.webp

Tambahan pula dengan sistem kamera ini adalah sebahagian daripada suite teknologi iBRAND yang ditawarkan pada iCAUR 03. Ia membolehkan pemandu melihat panorama sekeliling kenderaan termasuk bahagian bawah chassis dengan sudut pandangan yang melangkaui hanya 360°, menjadikannya 540°yang dapat meningkatkan kadar keselamat pemandu dan orang sekeliling.

Gabungan teknologi ini menjadikan iCAUR 03 Bukan sahaja Lasak Di pelbagai permukaan jalan, tetapi juga antara SUV eletrik paling selamat dalam kelasnya

Saiz & Spesifikasi bateri iCAUR 03

Jika diperhatikan pada bahagian kanan ruang enjin, iCAUR 03 dilengkapi dengan bateri 45B24L atau turut dikenali sebagai NS60L. Bateri ini berfungsi sebagai sumber kuasa tambahan bagi sistem elektronik dan komponen penting kenderaan, bukan sebagai bateri utama EV.

Secara umum, jenis bateri ini juga digunakan secara meluas pada SUV bersaiz kompak kerana kapasiti dan dimensinya yang seimbang. Ia menawarkan prestasi stabil, mudah didapati di pasaran serta sesuai untuk keperluan harian dan perjalanan jarak jauh.

iCaur engine bay 2.webp

Purata Harga Bateri

Harga yang dinyatakan adalah bagi bateri bersaiz 45B24L/NS60L

  • Bateri MF (Maintenance Free): RM 250 – RM 310
  • Bateri EFB (Enhanced Flooded Battery): RM 320 – RM 380
  • Bateri AGM (Absorbent Glass Mat): RM 400 ke atas

Anggaran harga mengikut jenis bateri, pengguna mempunyai fleksibiliti dalam membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan dan cara pemanduan mereka. Sama ada memilih bateri MF, EFB atau AGM, setiap jenis menawarkan kelebihan tersendiri dari segi prestasi, ketahanan dan bajet.

Soalan Lazim FAQ Bagi iCAUR 03.

1. Bilakah iCAUR mula memasuki pasaran Malaysia?

iCAUR secara rasmi diperkenalkan kepada pasaran Malaysia pada tahun 2025, selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025. Model pertama yang dibawa masuk ialah iCaur 03.

2. iCAUR berada di bawah sub-jenama apa?

iCAUR ialah sub-jenama di bawah Chery Group.

3. Apakah ciri tambahan bagu model iCAUR 03 Black Phantom Edition?

Varian Black Phantom Edition menampilkan reka bentuk lebih garang dengan tambahan bodykit eksklusif, wheel arch extension, warna hitam matte, bumbung dengan roof rack, serta tangga sisi yang menonjolkan gaya_ off-road_ sebenar.

4. Di manakah lokasi servis untuk kenderaan iCAUR di Malaysia?

Servis dan penyelenggaraan iCaur boleh dilakukan di pusat servis rasmi Chery Malaysia, yang turut menyediakan kemudahan diagnostik untuk kenderaan elektrik. Beberapa pusat servis utama dijangka tersedia di Lembah Klang, diikuti Johor Bahru, Pulau Pinang, dan Kota Kinabalu pada fasa seterusnya.

5. Di manakah boleh membeli bateri untuk iCAUR 03?

Bateri 12V bagi iCaur 03 (saiz 45B24L / NS60L) boleh dibeli di pusat servis rasmi Chery atau anda boleh hubungi Bateriku.

Di Bateriku kami mnawarkan lebih daripada jual bateri kami juga ada servis seperti servis penghantaran bateri ke lokasi, bantuan kecemasan 24 jam(Tunda), hingga servis penyelenggaraan asas dan pemeriksaan sistem elektrik, setiap perkhidmatan kami direka untuk memberikan ketenangan fikiran dan keyakinan di jalan raya.

Avatar

Ashraf Manaf

Let’s share to:

Next Read