Chery Omoda C9 PHEV selamat dilancarkan untuk sertai pasaran SUV elektrik di Malaysia. Ini adalah model flagship daripada Chery yang mengetengahkan sebuah kenderaan dengan ruang kabin lapang dan selesa sebuah SUV yang digandingkan dengan sistem pacuan gabungan enjin petrol dan elektrik yang berkuasa tinggi. Orang yang masih ragu-ragu dengan EV boleh pertimbangkan PHEV kerana ia masih ada enjin petrol yang basmi perasaan range anxiety.
Harga Chery Omoda C9 PHEV di Malaysia
Untuk pasaran Malaysia, Omoda C9 PHEV ditawarkan dalam satu varian dengan tanda harga RM208,800 (OTR). Untuk perspektif, model PHEV ini lebih mahal sebanyak RM40,000 berbanding varian 2WD Petrol dan RM20,000 berbanding varian AWD Petrol yang sedang dijual di sini untuk beberapa ketika.

Sebagai promo pelancaran, Chery menawarkan rebat sebanyak RM3,000 ke atas harga kenderaan untuk jadikan harga efektifnya menjadi RM205,800. Disamping itu, golongan pembeli awal Omoda C9 PHEV juga akan menerima kabel V2L (Vehicle-to-Load) yang bernilai RM730 secara percuma.
Chery Omoda C9 PHEV dilindungi jaminan selama 7 tahun ataupun 200,000km. Bahagian enjinnya dilindungi jaminan tambahan iaitu 10 tahun ataupun 1,000,000km begitu juga dengan komponen motor elektrik yang dilindungi jaminan 10 tahun ataupun 200,000km.

Spesifikasi Chery Omoda C9 PHEV di Malaysia
Omoda C9 PHEV adalah sebuah SUV segmen C 5 tempat duduk. Ia ada ruang kabin yang luas dengan kapasiti kargo 660L dan boleh diperluas kepada 1,783L bila kerusi belakang dilipat. Di ruangan kokpit, anda akan temui dua paparan 12.3”, satu untuk sistem inforia peka sentuhan yang menyokong Android Auto dan skrin satu lagi sebagai kluster instrumen.

Bila memandu, anda boleh dengar playlist kegemaran melalui speaker berteknologi Sony sebanyak 14 unit semuanya di sekeliling kabin kenderaan. Lain-lain ciri menarik adalah seperti siling kaca panorama, kerusi berpendingin hawa, dan pencahayaan LED di dalam kabin.
Omoda C9 PHEV ada sistem hibrid petrol-elektrik yang unik. Enjin 1.5L turbonya digandingkan dengan tiga motor elektrik, dua di gandar hadapan dan satu di gandar belakang. Kesemua penjana kuasa ini apabila bekerja, mampu hasilkan sejumlah kira-kira 400hp (298kW) dengan 310Nm tork. Untuk sebuah SUV segmen C ini, ia agak pantas apabila hanya perlukan 4.9 saat untuk pecut daripada pegun ke 100km/j. Chery katakan ini adalah SUV dengan pecutan paling tinggi dalam segmennya.

Bateri yang bekalkan tenaga kepada motor-motor elektrik ini mempunyai kapasiti sebanyak 34.46kWh dan menggunakan binaan Lithium Iron Phosphate (LFP). Omoda C9 PHEV mampu gunakan bateri sepenuhnya untuk gerak dan jarak gerak elektrik sepenuhnya dilaporkan pada 169km (NEDC). Apabila perlu dicas, ia boleh terima arus DC 70kW ataupun AC 6.6kW. Bateriny aboleh diisi daripada 30% kepada 80% dalam masa 25 minit.

Selain sistem hibrid petrol-elektrik, satu lagi ciri menarik Omoda C9 PHEV adalah sistem pengampai aktif. SUV ini ada komponen Continuous Damping Control (CDC) yang menyesuaian tahap keanjalan spring secara masa nyata. Sebanyak tiga mode boleh dipilih, sama ada Soft, Medium, ataupun Hard.
Untuk keselamatan, Omoda C9 PHEV dilengkapi sistem ADAS yang komprehensif. Ia ada ciri-ciri ADAS asas seperti Adaptive Cruise Control, Lane Change Assistance (LCA), Emergency Lane Keeping (ELK) dan paling menarik adalah Auto Parking Assist yang boleh bantu pemandu letak kenderaan secara automatik.

Bateri Astra untuk Chery Omoda C9 PHEV
Chery Omoda C9 PHEV menggunakan bateri 12V yang sama yang boleh dteimukan di siri Chery Tiggo 8 dan Tiggo 7 iaitu AGM LN3. Spesfikasi asal bateri model ini adalah 12V dengan kapasiti 70Ah dan CCA 720A.

Bateri Astra Chery Omoda C9 PHEV yang paling sesuai adalah Astra DIN70 (LN3) AGM.

*Harga adalah tepat sewaktu artikel ditulis
Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku
Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.
Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

