2 Apr 2026

Panduan Bateri Toyota Hilux: Jenis, Saiz & Harga

Cover image

Nama Toyota Hilux tak perlu diperkenalkan lagi di Malaysia. Malahan Hilux itu sendiri adalah jargon dalam kalangan pengguna di sini untuk merujuk kepada sebuah trak pikap. Ia menjadi nadi kepada peniaga dan pengembara sejak sekian lama. Di Malaysia, generasi Toyota Hilux yang ada di sini sudahpun berusia 10 tahun.

Dikemas kini pada 2 April 2026

Toyota Hilux EV masuk Malaysia

UMW Toyota Motor nampaknya tak berlengah untuk ambil kesempatan dalam situasi harga diesel yang terus menokok. Pengedar tunggal Toyota di Malaysia itu mengumumkan Hilux generasi ke-9 “Travo” dan yang lebih manis, versi EV tiba di Malaysia terlebih dahulu berbanding versi enjin. Harga jualan Hilux EV di Malaysia adalah RM226,330 (OTR) dan dilindungi jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux ev malaysia 04.webp

Spesifikasi Hilux EV Malaysia

Seperti yang dibincangkan terlebih dahulu, Toyota Hilux EV ini adalah model import sepenuhnya (CBU) daripada Thailand. Secara ringkas, Hilux elektrik ini dikuasakan sepasang motor elektrik yang memiliki output berjumlah 193hp dan tork gandar depan serta belakang masing-masing 268Nm dan 205Nm.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux ev malaysia 01.webp

Motor elektrik ini mengambil tenaga daripada bekalan tenaga daripada tangki 59.2kWh yang katanya boleh bawa sejauh 257km (WLTP). Apabila perlu diisi semula, ia boleh terima arus DC setinggi 125kW dan ambil masa 30 minit untuk pergi daripada 10% kepada 80%.

Sungguhpun ada kelebihan pada segi sifar pelepasan asap, Hilux elektrik terpaksa korbankan keperkasaannya mengangkut beban. Sedang versi diesel mampu angkut sehingga 1 tan kargo, versi elektrik hanya mampu membawa 715kg sahaja. Beban tunda juga turun dengan banyak daripada 3.5 tan kepada 1.6 tan.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux ev malaysia 02.webp Mujurlah Hilux elektrik ini adalah trak Hilux paling canggih pernah dijual di Malaysia setakat ini. Ia ada skrin inforia 12.3” dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Kemudian, ia juga ada mode Multi-Terrain System khas untuk off-road serta ADAS Tahap 2 disamping kamera keliling 360-darjah.

Pengguna yang ingin tahu tentang versi diesel Hilux Trevo, UMW Toyota Motor tidak menetapkan sebarang garis masa tentang pelancaran itu.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux ev malaysia 03.webp

Hilux Generasi ke-8 di Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. selaku pemasang, pengedar, dan pengeksport Toyota di Malaysia, Hilux di sini adalah generasi ke-8. Sewaktu diperkenalkan untuk gantikan generasi ke-7 dalam tahun 2010, pengguna disajikan dengan trak pikap yang lebih berkuasa.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux 05.webp

Sumber: Toyota

Contohnya, Output enjin 2.8L dan tork naik masing-masing kepada 201 hp dan 500 Nm sementara sela masa selenggara dipanjangkan kepada 10,000km berbanding 5,000km sebelum ini. Harga pengenalan Hilux generasi 7 di Malaysia adalah bermula RM104,880 hingga RM173,270.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux 06.webp

Sumber: Toyota

Kemudian dalam tahun 2024, Toyota Malaysia melakukan penyelarasan harga apabila kemas kini minimum diperkenalkan pada penawaran. Mereka tambah kamera keliling 360 darjah dan juga kemudahan pengecasan telefon secara wayarles tapi harga jualan naik sehingga RM4,200. Pada ketika itu, dalam pasaran luar, mereka sudahpun nikmati varian hibrid ringan 48V yang bukan saja lebih berkuasa, malah jimat bahan api.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux 04.webp

Sumber: Toyota

Bila Hilux Generasi ke-9 masuk Malaysia?

Sudah lebih 10 tahun berada dalam pasaran Malaysia, sudah tentu pengguna di sini mahukan pembaharuan. Tidak lagi cukup sekadar facelift ataupun kemas kini komponen secara minor, Andainya sifir sewaktu Hilux generasi 7 berhijrah ke generasi 8, maka kita boleh jangkakan yang 2026 adalah tahun Hilux generasi 9 akan ditawarkan di Malaysia.

Ia tidak sekadar spekulasi. Toyota sudahpun umumkan Toyota Hilux generasi 9 dalam bulan November 2025 di Thai Motor Expo dan mengesahkan beberapa pasaran Asia akan terimanya bermula 2026.

Pembaharuan Hilux Generasi ke-9

Toyota Hilux generasi ke-9 (Travo) bawakan pembaharuan ketara berbanding generasi sebelumnya. Walaupun ia masih guna platform IMV tapi bahagian luar menerima rekaan semual berkonsepkan “Cyber Sumo”, lengkap dengan jeriji seperti Corolla Cross dan lampu DRL tirus mirip model-model moden Toyota yang lain.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux 07.webp

Sumber: Toyota

Bahagian dalam, ia terima sistem inforia dengan skrin lebih besar iaitu 12.3” dan skrin kluster insturment pemandu turut terima skrin sama besar. Papan pemuka Hilux kali ini mengambil inspirasi daripada Land Cruiser Prado.

Dalam pasaran Thailand, semua model Toyota Hilux mengguna pakai enjin 2.8” 1GD-FTV yang mengeluarkan sehingga 201hp dan 500Nm. Bakal pemilik trak pikap generasi baharu ini akan dibekalkan dengan Toyota Safety Sense 3.0 yang ada ciri bantu pantu aktif separa autonomi tahap 2 disamping Multi-Terrain System dengan pelbagai mode pemanduan.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux 08.webp

Sumber: Toyota

Lagi yang menarik dengan Toyota Hilux Travo adalah adanya varian EV sepenuhnya yang dikenali sebagai Hilux Travo-e. Ia digerakkan sepasang motor elektrik dengan output keseluruhan hampir 200hp dan jarak gerak 240km (WLTP).

Berdasarkan keadaan semasa pasaran Malaysia, besar kemungkinan versi diesel akan masuk terlebih dahulu dan kalau ada rezeki, mungkin kita akan lihat versi hibrid ringan ataupun dengan kebarangkalian rendah, versi EV.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux 09.webp

Sumber: Toyota

Bateri Astra Toyota Hilux

Bateriku menyarankan Toyota Hilux menggunakan Bateri Astra DIN70 (LN3) AGM. Bateri ini mengandungi kapasiti 70Ah dengan paras CCA mencecah 760. Disarankan trak pikap ini menggunakan bateri jenis AGM adalah kerana bateri jenis ini tahan lasak dan mampu menahan gegaran kuat sekiranya kenderaan dipandu secara off-road.

250326-bateriku-bateri astra toyota hilux.webp

*Harga adalah tepat sewaktu artikel ditulis

Dapatkan Bateri Untuk Semua Jenis Kenderaan Di Bateriku

Di Bateriku, kami ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on-demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.

Anda boleh lihat senarai lengkap perkhidmatan kami di laman Bateriku.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read