Salah satu keterujaan waktu beli kereta adalah bila pilih nombor pendaftaran. JPJ ada sistem yang dikenali sebagai JPJeBid yang bolehkan anda bida nombor pendaftaran kenderaan yang dikehendakki secara dalam talian sepenuhnya tanpa perlu pergi ke pejabat penguatkuasa.
JPJeBid dilancarkan dalam tahun 2019 dan punyai objektif menyediakan saluran membida nombor pendaftaran secara pantas dan telus. Ya, anda boleh dapatkan nombor rawak kalau nak minimumkan kos, tapi anda juga boleh beli nombor khas yang melambangkan sesuatu dalam hidup, contohnya tarikh lahir, nombor kad pengenalan, dan sebagainya.
Dalam artikel ini, anda akan ketahui nombor plat apa yang sedang ditawarkan JPJ, cara untuk lakukan bidaan, dan cara untuk daftarkannya pada kenderaan baharu anda.
Cara dapatkan maklumat nombor plat terkini JPJeBid
Untuk mula guna apa-apa sahaja perkhidmatan dalam JPJeBid, anda perlu wujudkan akaun. Untuk pengguna individu, maklumat yang diperlukan adalah kad pengenalan. Pengesahan akaun JPJeBid akan dibuat menerusi emel yang dihantar ke alamat yang didaftarkan.

Salah satu yang perlu anda buat adalah tahu nombor siri apa yang tersedia.

Proses Bida Nomber Kenderaan JPJeBid
Bila dah tahu siri apa yang sedang ditawarkan JPJ, anda boleh mulakan proses membida nombor pendaftaran yang diningini.
Log masuk ke JPJeBid & cari nombor pendaftaran
Di sana, semua maklumat berkaitan pembidaan nombor plat kenderaan boleh didapatkan. Kemudian, cari nombor pendaftaran yang dikehendaki menggunakan fungsi carian yang disediakan.

Mula bida nombor pendaftaran JPJeBid
Bila dah jumpa nombor yang dikehendaki, tekan pautan yang disediakan dan terima terma & syarat yang dipaparkan.

Kemudian, anda perlu bayar caj perkhidmatan sebanyak RM10 untuk setiap nombor yang dibida sebelum dibenarkan turunkan bidaan. Pembayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit.

Hantar bidaan & pantau harga bidaan
Setelah yuran pekrhidmatan dibayar, anda boleh mula membida nombor. Apabila tawaran bidaan dihantar, pembayaran perlu dilakukan secara pre-authorisation yang bermakna bank akan tahan amaun yang ingin dibida sambil menunggu proses bidaan tamat.

Pengguna lain mungkin akan tawarkan bidaan lebih tinggi. Jadi, anda boleh pantau bidaan secara masa nyata dan naikkan tawaran mengikut keperluan.
Keputusan bida, pembayaran, dan cetak resit menang bida JPJeBid
Selepas tempoh bidaan tamat iaitu 5 hari selepas sesi dibuka, pemenang iaitu peserta yang letakkan harga bida paling tinggi akan diumumkan terus ke akaun JPJeBid masing-masing.
Surat menang bida akan dikeluarkan dan pemenang boleh ke pejabat JPJ berhampiran untuk daftarkan kenderaan kepada nombor plat yang dimenangi.

Tahniah, anda kini berjaya miliki nombor plat pendaftaran kenderaan idaman anda. Selepas miliki kereta, anda mungkin nak pantau harga minyak. Anda boleh periksa harga petrol mingguan di Malaysia dalam artikel ini.
Soalan Lazim untuk JPJeBid
1. Siapa yang dibenar untuk daftar dan guna portal JPJeBid?
- Individu: Warganegara dan Penduduk Tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Perniagaan/Syarikat: Perniagaan atau syarikat yang berdaftar.
- Pertubuhan/Koperasi/Badan Profesional: Mesti mempunyai rekod dalam Sistem MySIKAP.
- Agensi Kerajaan/PBT/Badan Berkanun/UN/Kedutaan/Organisasi Antarabangsa: Mesti mempunyai rekod dalam Sistem MySIKAP.
- Bukan warganegara: Mesti mempunyai rekod dalam Sistem MySIKAP dan pasport perlu dikemaskini jika tamat tempoh.
2. Apa syarat untuk daftar dan guna portal JPJeBid.
Pemohon mesti ada rekod atau transaksi dalam mySIKAP.
3. Cara dapatkan ID untuk daftar dan guna JPJeBid.
Individu/Perniagaan/Syarikat yang tiada rekod mySIKAP wajib hadir ke pejabat JPJ (kecuali UTC) untuk dapat info log masuk kali pertama. Pemohon bukan warganegara atau agensi tak dibenar daftar jika tiada rekod mySIKAP.
Pengesahan emel wajib dibuat dalam tempoh 30 minit.
4. Jenis e-mel yang boleh diguna untuk portal JPJeBid
Pengguna disaran guna e-mel Yahoo ataupun Gmail.
5. Apa perlu dilakukan jika ada pendaftaran tanpa pengetahuan pengguna?
Buat laporan polis dan maklmkan JPJ untuk tindakan seterusnya.
6. Apa perlu dibuat jika ada perubahan maklumat butir peribadi.
Maklumat selain nombor telefon dan e-mel boleh dikemas kini di pejabat JPJ.
7. Jenis browser yang sesuai untuk akses JPJeBid.
Disarankan menggunakan Chrome versi 73 ke atas, Internet Explorer 11, Android versi 6 ke atas, ataupun iOS 10 ke atas.
8. Perkara perlu dilakukan jika proses bidaan terganggu.
Guna komputer atau laptop yang ada sambungan Internet stabil.
9. Maklumat fi untuk transaksi bidaan.
Caj perkhidmatan untuk setiap nombor pendaftaran adalah RM10.
10. Tempoh bidaan untuk sesuatu nombor pendaftaran.
Bidaan dibuka selama 5 hari dan tamat pada jam 10 malam hari kelima. Hanya transaksi berjaya dalam tempoh bidaan diterima.
11. Adakah perlu letakkan deposit untuk membida?
Deposit tak diperlukan. Namun, harga minima perlu dibayar pada bidaan kali pertama.
12. Cara penentuan harga bidaan JPJeBid
Setiap kategori nombor ada harga minimum. Kenaikan adalah 5% bermula bidaan hingga 30 minit sebelum tamat. Selepas itu, kenaikan adalah 10% sehingga tamat tempoh bidaan. Transaksi adalah berdasarkan kaedah Pre-Authorization.
13. Had untuk bida nombor di JPJ eBid.
Tiada had untuk bida nombor tetapi had pemenag adalah 3 nombor/siri untuk pengguna individu dan 5 nombor/siri untuk pengguna perniagaan/syarikat/pertubuhan/agensi.
14. Boleh tarik balik atau batal bidaan?
Tidak boleh kerana semua bidaan adalah muktamad.
15. Adakah pengguna akan dimaklumkan tentang bidaan yang disertai?
Pemakluman tentang bidaan yang disertai akan disalurkan melalaui akaun JPJ eBid pengguna. Pengguna boleh periksa peti masuk akaun masing-masing.
16. Bila keputusan rasmi bidaan diumumkan?
Keputusan bidaan akan diumumkan dalam tempoh 24 jam, bergantung kepada pengesahan bank.
17. Cara untuk ketahui keputusan bidaan eBid.
Keputusan bidaan nombor JPJ eBid akan dihantar melalui akaun JPJeBid.
18. Cara pembayaran nombor bidaan.
Pengguna boleh bayar guna kad kredit atau kad debit yang dikeluarkan di Malaysia sahaja. Lebih daripada saju kad boleh diguna untuk pembayaran.
19. Waktu amaun bidaan ditolak/dicaj pada pengguna.
Sekiranya bidaan berjaya, amaun akan dicaj atau ditolak daripada kad pembida secara serta merta.
20. Apa jadi untuk pembida yang tak berjaya.
Amaun dikembalikan kepada kad kredit/debit pembida tanpa sebarang caj. Bayaran balik akan selesa dalam tempoh sehingga 30 hari bekerja bergantung kepada pengesahan bank. Sebarang isu berbangkit tentang wang perlu berhubung terus dengan pihak pengeluar kad.
21. Cara lakukan pendaftaraan kenderaan yang menang nombor bidaan JPJ eBid.
Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ kecuali UTC. Siri KV hanya boleh didaftar di JPJ Langkawi manakala siri L hanya boleh didaftar di JPJ Labuan.
22. Syarat untuk daftar nombor siri EV (Apakah syarat nombor pendaftaran kenderaan elektrik (EV)?
Nombor indeks EV khas untuk kenderaan elektrik sepenuhnya. Bidaan berjaya tidak boleh dibatalkan. Tidak boleh didaftarkan kepada kenderaan bukan EV. Semua bayaran tidak dikembalikan.
23. Dokumen yang perlu dibawa ke JPJ.
Pembida berjaya perlu bawa cetakan emel surat keputusan bidaan yang berjaya dan salinan kad pengenalan/salinan identiti pengenalan syarikat.
24. Tempoh akhir pendaftaran nombor menang bida.
Pemenang bida ada masa 12 bulan daripada pengeluaran Surat Tawaran untuk daftarkan kenderaan dengan nombor yang dimenangi.
25. Akibat jika tak daftar nombor kenderaan dalam tempoh 12 bulan.
Nombor menang bida yang tidak didaftarkan dalam tempoh 12 bulan selepas Surat Tawaran keluar akan dilucut hak dan tiada bayaran akan dikembalikan.
26. Tukar hak milik nombor kenderaan menang bida.
Nombor kenderaan menang bida boleh ditukar nama. Pembida kategori individu boleh tukarkan kepada keluarga terdekat (ibu/bapa/suami/isteri/adik-beradik/anak). Dokumen yang diperlukan adalah sijil lahir atau sijil nikah. Pertukaran nama bagi Syarikat/Pertubuhuan/Koperasi adalah tidak dibenarkan.
27. Adakah nombor pendaftaran boleh ditukar milik jika pemenang/pemilik asal meninggal dunia?
Bagi kategori individu/pasport, nombor pendaftaran boleh ditukar milik kepada penama kedua yang telah ditetapkan dalam Surat Keputusan Berjaya Bidaan, dan hanya selepas pemenang/pemilik asal meninggal dunia.
Penetapan penama kedua bagi kategori selain individu/pasport adalah tidak dibenarkan.
28. Lanjutan tempoh pendaftaran untuk nombor menang bida
Permohonan lanjutan tempoh pendaftaran nombor menang bida tidak dibenarkan.
Dapatkan bateri Astra untuk semua jenis kenderaan
Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Lihat senarai lengkap perkhidmatan Bateriku.

