Anda di Pulau Pinang, tak lengkaplah kalau tak cuba nasi kandar. Juadah ikonik negeri tu memang akan buat anda tersandar kenyang. Nasi dengan campuran kari, ayam goreng, dan sayuran segar. Georgetown dan kawasan sekitar memang anda akan nampak ramai orang beratur untuk dapatkan nasi kandar di macam-macam jenis kedai. Buru nasi kandar terbaik adalah sesuatu yang seronok dicuba. Anda mungkin letih tapi perut akan sentiasa terisi.
7 Nasi Kandar Terbaik Pulau Pinang Wajib Singgah
Terlalu banyak kedai nasi kandar bertebaran sekitar negeri ini. Kalau anda kesuntukan masa untuk cari mana yang terbaik atau yang terdekat, rujuk senarai ini untuk maklumat pantas lokasi yang boleh anda lawati.
1. Nasi Kandar Deens Maju
Lokasi pertama adalah di Jalan Gurdwara, Georgetown. Anda boleh juma Nasi Kandar Deens Maju, salah satu lokasi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara. Jangan terkejut lihat barisan yang panjang tak kira masa untuk dapatkan sesuap nasi kandar di Deens Maju.

Walaupun panjang, servisnya pantas. Pinggan kosong akan cepat diisi dengan ayam goreng berempah, udang, sotong, kambing, dan sayur. Kemudian satu campuran kuah kari pelbagai jenis akan dibah di atas barang-barang tadi. Kalau nak makan di sini, disaran untuk sampai sebelum atau selepas khalayak tengah hari tiba. Parkir juga agak terhad.
2. Nasi Kandar Imigresen
Nasi Kandar Imigresen telah beroperasi sejak 1949 lagi. Lokasi ini unik kerana ia menjual di gerai beroda sedangkan kedai lain dah boleh berhijrah ke lot kedai Georgetown.

Peminat Nasi Kandar Imigresen adalah yang gemarkan kuah kari yang cair ataupun orang tempatan gelarnya sebagai ceroi. Pelanggan yang kerap singgah pastinya akan dapatkan nasi kuah banjir dengan ayam gorang, kambing, telur ikan, ataupun sambal udang. Untuk tambah perasa, taburkan bawang goreng sekali. Harganya berpatutan dengan saiz hidangannya yang besar. Disarankan untuk anda datang awal, sebelum 10 pagi untuk elak beratur panjang.
3. Nasi Kandar Sulaiman
Pergi ke Jelutong, anda akan jumpa Nasi Kandar Sulaiman. Peminat tegar lokasi ini gemarkan kuah yang kaya rempah dan pekat di atas sebumbung nasi.

Kambing goreng, ayam goreng, dan kuah campur pekat adalah identiti nasi kandar gaya India Selatan. Harga murah, servis pantas, dan terletak di luar Georgetown buatkannya lokasi kerap disinggah penduduk tempatan dan seterusnya pelancong yang sanggup keluar sedikit jauh daripada pusat bandar. Kedainya yang kecil jadikan tempat duduk dine-in adalah terhad.
4. Nasi Kandar Line Clear
Pulang semula ke Georgetown, anda boleh cuba Nasi Kandar Line Clear. Nasi kandar di sini adalah nasi campur utara belah Kedah. Kuahnya cair dengan rasa kari tak terlalu kuat. Acap kali pengunjung mengenakan nasi berkuah banjir dengan ayam goreng, kambing kari, sotong, bendi, dan bawang goreng.

Line clear ada kedai yang agak lapang. Jadi ia mudahkan pengunjung dalam kumpulan yang besar untuk menjamu selera.
5. Nasi Kandar Kampung Melayu
Permata tersembunyi di celah-celah pangsapuri Kampung Melayu. Kalau anda tak gemar tempat yang sarat dengan pelancong, inilah lokasi yang diserbu penduduk tempatan.

Hidangan wajib cuba adalah ayam goreng dan daging masak hitam. Disebabkan ia terletak di kawasan kediaman, jangkakan bilangan parkir yang terhad. Dicadangkan kepada anda untuk datang ke sini menggunakan perkhidmatan seru pandu atau sewa saja motorsikal.
6. Nasi Kandar Beratur
Kembali ke pusat bandar Georgetown di waktu malam, anda akan jumpa Nasi Kandar Beratur di Jalan Masjid Kapitan Keling. Kedai ini mula beroperasi 10 malam dan jadi tempat tumpuan yang suka malam lewat malam.

Jangkakan barisan yang panjang kerana pelancong yang nikmati aktiviti malam di sini akan mula mencari makan selepas selesai berhibur. Antara pilihan majoriti pengunjung adalah ayam bawang, kari udang, kari kambing, dan telur ikan. Parkir dan tempat duduk banyak kerana tengah malam trafik tak terlalu banyak.
7. Nasi Kandar Hameediyah
Nasi Kandar Hameediyah dikatakan nasi kandar tertua di Malaysia. Ia mula beroperasi dalam tahun 1907.

Selain nasi putih, pengunjung Hameediyah ramai yang cuba nasi briyani untuk dipadankan dengan kurma kambing dan ayam kapitan. Servisnya pantas dengan harga berpatutan. Lokasi ikonik ini adalah tunjang kepada budaya nasi kandar Pulau Pinang untuk dinikmati generasi mendatang.
Bateriku in Penang
Dah kenyang tersandar perut penuh dengan nasi kandar, jangan biarkan masalah bateri kereta rencatkan pengalaman lawatan Pulau Pinang anda. Bila di Pulau Pinang, sentiasa ingat yang Bateriku ada untuk selesaikan masalah teknikal kereta anda.

Berikut adalah outlet kami yang beroperasi di Pulau Pinang:
- Bateriku Balik Pulau
- Bateriku Ayer Itam
- Bateriku Teluk Kumbar
- Bateriku Sungai Nibong
- Bateriku Georgetown
- Bateriku Bagan Ajam
- Bateriku Seberang Jaya
Bateriku ada tawarkan servis pemasangan bateri kereta di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Dengan sistem pengkalan data yang komprehensif, jenis kereta anda boleh diketahui dan jenis bateri yang bersesuaian terus boleh disarankan kepada anda.

Tak terhad kepada penghantaran bateri secara on demand, kami juga ada beberapa servis lain untuk rungkai kerunsingan anda ke atas kereta anda. Perkhidmatan road side assistant kami boleh bantu anda jump start kereta, isi semula petrol sekiranya terkandas, buka kunci kereta jika terkunci daripada luar, baiki & tukar tayar, ataupun sekiranya perlu, kami ada trak tunda untuk bawa kereta anda ke bengkel untuk dibaik pulih.
Lihat senarai lengkap perkhidmatan di Bateriku.com

