Penjagaan minyak enjin adalah aspek penting untuk memastikan enjin kereta atau motosikal sentiasa berada dalam keadaan optimum. dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan minyak enjin terbaik seperti fungsi, jenis, cara memilih, harga, tempoh sesuai untuk menukar minyak enjin, maksud disebalik kod pada botol minyak enjin dan cadangan bengkel terbaik untuk dijadikan panduan anda untuk menyelengara enjin.
Kenderaan yang digunakan setiap hari memerlukan perhatian lebih daripada sekadar mengisi petrol dan terus bergerak. Minyak enjin berfungsi melincirkan komponen dalaman, mengurangkan geseran, mengekalkan suhu enjin yang stabil, dan mencegah kerosakan akibat haba atau habuk. Oleh itu, pemilik kenderaan perlu memahami kepentingan menukar minyak enjin mengikut jadual yang disyorkan dan memeriksa tahap minyak secara berkala.
Fungsi Utama Minyak Enjin
Minyak enjin berperanan penting untuk memastikan enjin kenderaan beroperasi dengan lancar, tahan lama, dan tidak cepat rosak. Antara fungsi utama minyak enjin ialah:
- Pelincir (Lubrication)
Mengurangkan geseran antara komponen logam seperti omboh dan silinder bagi mengelakkan kehausan awal.
- Penyejuk (Cooling)
Selain sistem penyejukan air, minyak enjin turut membantu menyerap serta mengalirkan haba daripada bahagian enjin yang panas.
- Pembersih (Cleaning)
Minyak enjin membawa kotoran, karbon dan sisa pembakaran ke penapis minyak. Ini memastikan bahagian dalaman enjin kekal bersih dan bebas daripada mendapan.
- Pengedap (Sealing)
Membantu menutup celah kecil antara omboh dan dinding silinder bagi meningkatkan tekanan mampatan (compression) serta prestasi enjin.
- Perlindungan daripada Karat dan Hakisan (Protection from Corrosion)
Minyak enjin membentuk lapisan pelindung pada permukaan logam untuk mencegah karat atau pengoksidaan akibat kelembapan dan sisa bahan bakar.
Jenis-Jenis Minyak Enjin
Tiga jenis utama minyak enjin yang digunakan ialah mineral, semi sintetik, dan fully sintetik. Setiap jenis mempunyai ciri dan prestasi berbeza mengikut keperluan enjin.
1. Minyak Mineral
Minyak mineral dihasilkan daripada minyak mentah yang ditapis. Ia merupakan jenis asas yang paling murah dan sesuai untuk enjin lama atau kenderaan dengan penggunaan biasa.
Kelebihan: Kos rendah dan mudah diperoleh.
Kekurangan: Kurang tahan pada suhu tinggi dan perlu ditukar lebih kerap berbanding minyak sintetik.
2. Minyak Semi Sintetik
Minyak semi sintetik ialah campuran minyak mineral dan sintetik. Ia menawarkan keseimbangan antara perlindungan, prestasi dan kos.
Kelebihan: Pelinciran lebih baik berbanding minyak mineral serta tahan lebih lama.
Kekurangan: Harga sedikit tinggi berbanding minyak mineral.
3. Minyak Fully Sintetik
Minyak fully sintetik dihasilkan sepenuhnya melalui proses kimia untuk prestasi dan perlindungan tertinggi.
Kelebihan: Stabil pada suhu tinggi dan rendah, tahan lama, serta memberi perlindungan maksimum kepada enjin moden.
Kekurangan: Harga lebih mahal, tetapi berbaloi untuk enjin berprestasi tinggi.
Maksud Kod dan Gred Minyak Enjin
Kelikatan (Viscosity)
Viskositi ialah tahap kelikatan minyak enjin, ia menunjukkan sejauh mana minyak boleh mengalir pada suhu tertentu.
Contohnya, 0W-30:
- 0: Menunjukkan minyak mudah mengalir pada suhu sejuk.
- W: Bermaksud "Winter" (sesuai untuk cuaca sejuk).
- 30: Menunjukkan kelikatan pada suhu panas; semakin tinggi nombor, semakin pekat minyak pada suhu tinggi.
SAE
SAE (Society of Automotive Engineers) ialah piawaian yang menetapkan gred kelikatan minyak enjin. Contohnya, SAE 10W-30 atau SAE 15W-50.

API
API (American Petroleum Institute) menentukan tahap kualiti dan prestasi minyak enjin.
Huruf pertama: S untuk enjin petrol, C untuk enjin diesel.
Huruf kedua menunjukkan tahap prestasi.
Contoh: API SN/SP = sesuai untuk enjin petrol moden dengan piawaian tinggi.
Cara Memilih Minyak Enjin yang Sesuai
- Jenis kenderaan – Enjin baru atau berprestasi tinggi sesuai dengan fully sintetik, bagi viskositi pula anda perlu mengikut manual pengguna
- Corak pemanduan – Jika anda sering memandu jauh atau dalam kesesakan, pilih minyak sintetik yang lebih tahan panas.
- Bajet – Semi sintetik sesuai bagi pengguna yang mahukan prestasi baik dengan kos sederhana.
- Rujuk buku manual – Ikuti spesifikasi pengeluar kenderaan termasuk kod kelikatan dan standard API yang disarankan.
Bila Perlu Tukar Minyak Enjin ?
Mengikut jarak perjalanan
1. Minyak mineral : setiap 5,000 KM
2. Minyak semi sintetik : setiap 7,000 – 8,000 KM
3. Minyak fully sintetik : setiap 10,000 – 15,000 KM
Mengikut tempoh masa
1. Minyak mineral : 3 bulan.
2. Minyak semi sintetik : 4 – 6 bulan.
3. Minyak fully sintetik : 6 bulan – 1 tahun.
Walaupun kereta jarang digunakan, minyak tetap perlu ditukar setiap 6 – 12 bulan kerana boleh berubah akibat pengoksidaan dan kelembapan.
Mengikut keadaan pemanduan
Dalam trafik sesak, cuaca panas atau pemanduan berat, minyak perlu ditukar lebih awal.
Cadangan Jenama Minyak dan Anggaran Harga Terbaik
Harga yang dinyatakan dalam artikel ini mungkin berbeza daripada harga sebenar di pasaran. Pastikan anda membeli minyak enjin daripada pengedar yang sah serta merujuk kepada manual kenderaan anda untuk memilih jenis minyak yang disyorkan.
Minyak Mineral
- Petronas Syntium 500 RM60-RM70
- Shell Helix HX3 RM50 - RM60
- Castrol GTX RM60
Minyak Semi Sintetik
- Petronas Syntium 800 RM100 - Rm120
- Shell Helix HX7 RM100 - RM120
- NASA RM70 - RM80
Minyak Fully Sintetik
- Petronas Syntium 3000 / 3000XS RM100 - RM150
- Shell Helix Ultra RM100 - RM150
- Motul MultiPower RM120- Rm160
Model Kereta Popular Malaysia dan Saranan Kepekatan Minyak Enjin
- Perodua Bezza/Axia/Alza/Myvi: 0W-20 , 5W-30, 10W-30
- Proton Saga: 10W-30
- Perodua Ativa: 0W-20 , 5W-30
- Proton X50: 5W-30
- Honda City: 0W-30/ 5W-30
Tanda-tanda minyak lama
- Warna minyak terlalu gelap dan pekat.
- Bau hangit.
- Bunyi enjin kasar.
- Lampu amaran minyak menyala.
Akibat Lambat Menukar Minyak Enjin
- Enjin cepat panas: Haba tidak lagi dapat diserap dengan baik.
- Kotoran terkumpul: Mendapan sludge boleh menyumbat saluran minyak.
- Prestasi menurun: Enjin terasa berat dan kurang responsif.
- Kerosakan besar: Risiko enjin tersangkut (engine seizure) dan kos pembaikan tinggi.
Tips Penjagaan Minyak Enjin
- Pastikan minyak enjin original dan berkualiti.
- Tukar penapis minyak setiap kali menukar minyak enjin.
- Periksa tahap minyak secara berkala
Cara Periksa Minyak Enjin
1. Pastikan kereta di permukaan rata dan enjin sejuk.
2. Tarik keluar dipstick, lap bersih, masukkan semula, dan periksa paras minyak di antara tanda MIN dan MAX.
3. Pastikan warna minyak masih coklat kehitaman dan tidak berbau hangit.
4. Set semula jarak perjalanan pada odometer selepas servis.

Cadangan Bengkel Terbaik untuk Servis Kereta Anda
Authotize Service Center
Authotize service center atau pusat servis rasmi adalah tempat terbaik untuk anda meyelenggara kereta anda, terutama bagi pengguna kereta baharu bagi memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan masih boleh menebus waranti sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Bateriku
Bgarage daripada Bateriku kini beroperasi di tiga lokasi utama TTDI Jaya, Puchong, dan Puncak Alam bagi memudahkan anda mendapatkan servis penyelenggaraan kereta dengan lebih cepat dan berdekatan, terutamanya ketika kecemasan atau apabila pusat servis biasa anda terlalu jauh. Bateriku juga boleh menawarkan:
- Penggantian bateri kenderaan.
- Servis jump start (menghidupkan kereta yang baterinya lemah).
- Perkhidmatan towing (tunda kenderaan).
- Tampalan atau penggantian tayar.
- Isian bahan api (fuel top up).
- Perkhidmatan tukang kunci kereta (car locksmith).
Bantuan dijamin tiba dalam 30 minit hingga 1 jam. Bateriku sedia membantu.

