13 Jun 2025

Makanan Popular Yang Perlu Ada Pandu Lalu

Cover image

Negara kita terkenal dengan pelbagai hidangan makanan yang lazat. Walaupun citarasa berbeza dari utara hingga ke selatan, perbezaan ini telah melahirkan sajian-sajian yang unik dan menjadi popular dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Malaysia.

Namun begitu, kebanyakan restoran, gerai atau warung yang popular ini dipenuhi dengan pengunjung pada waktu cuti menyebabkan sukar untuk kita nikmati makanan tersebut. Bayangkan jika restoran atau gerai makanan tersebut menyediakan khidmat pandu lalu?

Dalam mendepani jumlah pengunjung yang lebih ramai, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk makan dalam kereta atau mengambil makanan semasa perjalanan. Oleh itu, ini senarai restoran atau gerai tempatan popular yang kami rasa patut menawarkan perkhidmatan pandu lalu mereka sendiri.

1. Nasi Lemak Wanjo - Kampung Bharu, Kuala Lumpur

Nama yang sudah sinonim dengan nasi lemak jika anda berkunjung ke Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bayangkan jika anda hanya perlu pandu masuk, ambil nasi lemak sambal pedas dengan paru atau ayam goreng. Kemudian terus jalan dan nikmati makanan di Taman Tasik Titiwangsa atau di KLCC Park.

2. Roti Canai Kayu Arang - Melaka

Senarai seterusnya adalah roti canai rangup dimasak atas arang kayu. Warung yang wajib dikunjungi pada waktu pagi ini pasti lebih mudah kalau menawarkan khidmat pandu lalu.

3. Nasi Kandar Deen Maju - Penang

Antara restoran popular di Pulau Pinang di mana orang ramai sanggup beratur panjang. Cuba anda bayangkan jika ada sistem pandu lalu, makin ramai di kalangan pengunjung boleh menikmati nasi kandar tanpa perlu keluar dari kereta masing-masing.

4. Kacang Pool Haji - Johor Bahru, Johor

Satu jenis sajian yang mudah untuk pengunjung menikmati makanan di dalam kereta. Cicahan roti bersama kuah kacang pool dapat menjadi sajian "on-the-go" oleh pengunjung di Johor terutamanya rakyat Singapura.

5. Satay Zul - Kuantan, Pahang

Satay juga boleh dijadikan sebagai makanan pandu lalu. Secara logiknya, ia mudah dibungkus, cepat dimakan, sesuai untuk perjalanan yang jauh. Pengusaha satay hanya perlu mencipta inovasi pembungkusan yang sesuai untuk pengguna menikmati satay bersama kuah tanpa sebarang kesusahan.

6. Warung Pok Nong – Terengganu

Akhir sekali, sajian tempatan jika kita berkunjung ke Pantai Timur adalah ikan celup tepung yang popular iaitu Warung Pok Nong. Sekiranya mereka menawarkan khidmat pandu lalu untuk pembelian setiap sajian celup tepung mereka, pasti mudah untuk pengunjung menikmati makanan yang lazat sambil melayan angin laut sepanjang pantai timur Malaysia.

Kesimpulannya, makanan tempatan juga layak mendapat inovasi seperti makanan segera. Dengan bimbingan dan penjagaan kualiti yang baik, kita mampu memasarkan makanan tempatan sebagai salah satu produk untuk ke pasaran antarabangsa.

Tetapi sebelum anda memulakan "food hunting", pastikan bateri kereta anda dalam keadaan baik. Gunakan servis pemeriksaan bateri percuma dari Bateriku untuk nikmati perjalanan tanpa gangguan.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read