Pasti ramai pengguna jalan raya terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan akan menghadapi kesesakan yang teruk. Hal ini berlaku kerana jumlah kenderaan yang bertambah pada setiap tahun tidak selaras dengan kemampuan jalan raya kita untuk menampung sehingga menyebabkan kesesakan luar biasa.
Pada penghujung tahun 2024, terdapat 38.7 juta kenderaan berdaftar di Malaysia melebihi jumlah penduduk yang hanya pada nilai 34.1 juta. Kenaikan jualan dan pemilikan kenderaan persendirian ini mendorong berlakunya kepadatan kenderaan yang mnyumbang kepada kesesakan luar biasa.
Jalan Alternatif Jika Highway Sesak
Hampir setiap hari kita digemparkan dengan kes kemalangan maut di atas jalan raya. Malah bukan pengguna jalan raya sahaja yang terlibat, gajah liar juga turut menjadi mangsa disebabkan oleh kecuaian pemandu yang memandu secara tidak berhemah dan gagal untuk memastikan kenderaan diselenggara dengan baik.
Pengangkutan awam yang tidak mampu menampung permintaan pengguna memberikan kita tiada pilihan untuk menggunakan kenderaan sendiri untuk ke destinasi yang ditujui. Oleh itu, berikut adalah senarai laluan alternatif kepada laluan-laluan yang selalu mengalami kesesakan khususnya pada hujung minggu atau musim perayaan.
Lebuhraya Utara Selatan (Skudai - Sedenak)
Kesesakan ini berlaku kerana jumlah lorong yang masih hanya dua untuk kedua-dua arah tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak pada waktu puncak. Pembukaan ‘Smart Lane’ sebagai penyelesaian sementara hanya menyumbang kepada bottleneck yang akan berlaku selepas ‘smart lane’ tersebut berakhir. Para pemandu boleh menggunakan jalan alternatif iaitu jalan persekutuan dari Skudai hingga ke Ayer Hitam atau sebaliknya untuk ke arah selatan.
Lebuhraya Utara Selatan (Melaka - Seremban)
Bagi mereka yang menuju ke Lembah Klang, pasti akan berjumpa dengan kesesakan di kawasan Seremban. Jika kesesakan berlaku dari negeri Melaka, Anda boleh menggunakan Jalan Persekutuan dari Exit Simpang Ampat. Melalui Rembau dan Senawang kemudian memasuki lebuhraya LEKAS.
Terowong Menora (Ipoh - Kuala Kangsar)
Laluan yang berbahaya dan juga selalu sesak ini boleh dielakkan dengan mengambil jalan alternatif Jalan Sungai Siput atau Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE). Mereka yang ingin berkunjung ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia kini mempunyai pilihan lebuhraya sama ada menggunakan Lebuhraya Utara Selatan PLUS atau Lebuhraya WCE.
Lebuhraya Karak (Gombak - Bentong)
Perjalanan untuk ke Pantai Timur dari Lembah Klang merupakan satu perjalanan yang menarik dan mencabar. Jika berlaku kesesakan luar biasa, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan Jalan Gombak Lama - Bentong. Namun begitu, laluan ini tidak digalakkan untuk diguna sewaktu hujan atau waktu malam kerana keadaan permukaan yang bergaung dan pokok-pokok yang tumbuh di lereng curam laluan ini.
Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Sekiranya destinasi yang dituju adalah ke arah Negeri Kelantan, laluan alternatif melalui Raub hingga ke Gua Musang. Walaupun laluan ini merupakan lalaun yang biasa dilalui, ia telah ditambah baik dari tahun ke tahun dan mengurangkan kesesakan bagi mereka yang menggunakan LPT. Selain itu, selepas Exit Kuantan, pengguna mempunyai pilihan untuk melalui jalan persekutuan dari Kuantan sehingga ke Kuala Terengganu atau Kota Bharu.
Kesimpulannya, Jalan Persekutuan atau jalan lama masih lagi mampu berfungsi sebagai laluan alternatif kepada pengguna jalan raya apabila lebuhraya menjadi sesak atau berlaku kemalangan. Kita sebagai pengguna semestinya ingin mengurangkan masa perjalanan supaya dapat meluangkan masa pada aktiviti bersama mereka yang tersayang. Tambahan pula, keselamatan yang menjadi keutamaan khususnya mereka yang membawa anak-anak sebagai penumpang.
Panduan ini hanya merupakan panduan umum, sebagai pengguna jalan raya yang bijak, kita boleh menggunakan aplikasi seperti Waze dan Google Maps untuk merancang perjalanan. Selain dari mengikuti laman sosial setiap lebuhraya untuk mengetahui kemalangan atau kesesakan yang berlaku dan dikemaskini secara cepat. Dan jika berlaku kecemasan melibatkan kenderaan, hanya satu aplikasi yang diperlukan iaitu Bateriku.com