16 Jul 2025

Gelanggang Badminton Terbaik di Kuala Lumpur

Cover image

Badminton bukan sekadar sukan di Malaysia, ia adalah satu fenomena nasional. Kejayaan atlet badminton tanah air di peringkat antarabangsa telah menarik minat masyarakat untuk menyertai sukan ini. Sama ada secara profesional atau santai rakyat Malaysia akan memenuhi gelanggang badminton pada waktu malam atau hujung minggu.

Antara faktor pemilihan gelanggang badminton yang baik adalah pengudaraan yang baik, menyediakan fasiliti seperti tandas, bilik persalinan dan tempat letak kereta yang luas. Oleh itu, ikuti senarai gelanggang badminton yang mendapat ulasan terbaik sekitar Kuala Lumpur.

Kenapa Perlu Memilih Badminton Court Terbaik di Kuala Lumpur?

Dunia permainan badminton sosial di Kuala Lumpur secara amnya adalah dinamik. Ada yang baru bermula untuk bermain dan ada juga yang ingin bermain secara perofesional. Oleh itu, pemilihan gelanggang badminton yang sesuai dan dekat dengan lokasi anda menyumbang kepada pengalaman bermain badminton yang memuaskan.

Gelanggang Badminton Terbaik di Kuala Lumpur

1. PETRONAS Akademi Badminton Malaysia oleh BAM - Bukit Kiara

Rasai keseronokan bermain badminton seperti seorang atlet profesional kerana inilah gelanggang rasmi untuk atlet kebangsaan yang berlatih di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Kemudahan bertaraf dunia ini mampu meningkatkan prestasi anda kerana anda akan merasai suasana dan intensiti seorang atlet profesional.

  • Lokasi: Kompleks Sukan, Jalan 1/70D, Bukit Kiara, 60000 Kuala Lumpur

Indoor badminton court with multiple playing lanes in Akademi Badminton Malaysia. (Sumber: Badminton Association of Malaysia)

2. Setapak Badminton Centre - Setapak

Dengan lebih 22 gelanggang yang ditawarkan, anda boleh menganjur kejohanan bersama rakan atau menikmati sesi badminton bersama rakan sekerja. Anda juga boleh membeli raket atau bulu tangkis baharu serta menyegarkan diri selepas bermain dengan minuman di kedai hadapan. Kemudahan lengkap ini menjadikan pelanggan kembali bermain setiap minggu.

  • Lokasi: PT 5694(30488, LOT LAMA, Jalan Usahawan 6, 53200 Kuala Lumpur

3. W (Sentul) Badminton Centre - Sentul

Sebuah gelanggang baru, luas dan terjaga rapi yang patut diterokai oleh penduduk KL. Tempat ini menawarkan lebih 20 gelanggang dengan kemudahan lengkap seperti tempat letak kereta yang luas, siling tinggi untuk pengudaraan dan harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai kedai dan restoran di seberang jalan untuk dikunjungi selepas sesi badminton anda.

  • Lokasi: Lot 2953, Jalan Sentul Pasar, Sentul, 51000 Kuala Lumpur

Outside view of a badminton venue with ample parking space (Sumber: W Badminton Centre)

4. Pioneer Badminton Academy Shamelin - Cheras

Untuk penduduk di sekitar Cheras, anda boleh menikmati gelanggang badminton yang mudah diakses dan pelbagai kemudahan di dalam pusat membeli-belah. Walaupun lantainya agak lusuh, apa yang penting adalah semangat dan saat bermain bersama rakan-rakan.

  • Lokasi: 1 Shamelin Shopping Mall, Tingkat 5, No. 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur

5. Forum Pudu - Pudu

Terletak di Jalan Pasar, pusat sukan ini mempunyai 15 gelanggang badminton berlantai getah dan juga dua meja ping pong. Dengan lokasi di tengah-tengah bandar KL, ia mudah diakses dengan kereta, motosikal atau pengangkutan awam.

  • Lokasi: Tingkat 3, Wisma Chha Yong Fay Choon Kuan, Jalan Pasar, Pudu, 55100 Kuala Lumpur

Indoor badminton court with multiple playing lanes in Kuala Lumpur sports facility. (Sumber: Forum Pudu)

6. 222 Sports Centre PJ

Jika anda sering bermain badminton sekitar Lembah Klang, anda pasti mengenali gelanggang ini kerana ia popular dalam kalangan orang awam. Terletak di tengah-tengah Lembah Klang dan mempunyai 22 gelanggang berlantai getah, anda boleh menikmati sesi selepas kerja atau hujung minggu bersama rakan-rakan.

  • Lokasi: 2, Jalan 51a/225, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

7. IOI Sports Centre - Putrajaya

Salah satu keunikan lambakan pusat beli-belah di Malaysia adalah kita juga boleh bersukan sambil membeli-belah. Kemudahan seperti tempat meletak kereta, pilihan pelbagai restoran dan makanan serta kemudahan untuk membeli barangan dapur boleh dilakukan di satu tempat sahaja. Rasai pengalaman yang menarik ini hanya di IOI City Mall Putrajaya.

  • Lokasi: 2AT-10, Tingkat 4, Sayap Timur, IOI Resort City Putrajaya, 62502 Sepang, Putrajaya

Indoor badminton court with multiple playing lanes in Kuala Lumpur sports facility. (Sumber: IOI Sports Centre)

Tempahan Mudah Melalui Aplikasi

Kini, anda boleh menempah gelanggang badminton hanya melalui aplikasi mudah alih atau laman web. Anda boleh menyemak kekosongan, menempah gelanggang dan membandingkan harga dari tempat lain untuk mendapatkan sesi badminton yang terbaik bersama rakan. Sama seperti Bateriku, kami menawarkan akses bantuan tepi jalan dengan mudah melalui laman web atau aplikasi kami, juga tersedia di Setel, Touch 'n Go dan Flexi Parking.

Tips Pengalaman Badminton Yang Lebih Baik

Untuk mendapatkan pengalaman bermain badminton yang terbaik, ikuti panduan seperti berikut:

  • Tempah awal: Slot hujung minggu biasanya penuh menjelang Khamis.
  • Bawa bulu tangkis dan raket sendiri.
  • Lakukan regangan sebelum bermain dan kekal hidrat.
  • Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan dan menjaga permukaan gelanggang.
  • Jangan biarkan bateri kereta lemah ganggu perlawanan anda!

Dah tempah gelanggang, kumpul rakan-rakan, dan bersedia nak smash tapi kereta tak boleh hidup? Jangan risau. Bateriku ada untuk bantu.

  • Tersedia 24/7 di Lembah Klang
  • Pemeriksaan dan penggantian bateri di lokasi
  • Dipercayai oleh lebih 1.5 juta pengguna

Pastikan pemanduan anda selancar pukulan buku tangkis ke gelanggang lawan! Disokong sepanjang jalan oleh Bateriku.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read