6 Feb 2026

Saman trafik PDRM & JPJ: Diskaun, Kadar & Cara Bayar Online

Cover image

Dalam bulan Oktober 2025 dulu, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), telah lakukan pengumuman bersama berkaitan penguatkuasaan saman. Mereka dilapor telah menyeragamkan kadar saman antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membasmi kekeliruan dan memastikan keadilan pada segi kuat kuasa.

260202-bateriku-jpj pdrm saman standardisation 01.webp

Satu lagi pengumuman adalah, bermula 1 Januari 2026 kerajaan turut menghentikan pemberian diskaun bermusim dan gantikannya dengan pendekatan: “The Less You Delay, The Less You Pay.” Di bawah sistem terbaharu ini, pengguna jalan yang selesaikan saman lebih awal akan terima diskaun lebih banyak sementara bayaran penuh dikenakan sekiranya lewat bayar atau lebih parah berdepan dengan risiko disenarai hitam ataupun tindakan mahkamah. Reformasi ini direka sebagai insentif kepada pengguna yang bertanggungjawab dan sebagai peringatan supaya untuk jadi lebih berdisiplin.

Kadar saman trafik PDRM (2026)

Saman trafik PDRM terbahagi kepada 4 kategori besar bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan.

260202-bateriku-jpj pdrm saman kadar baru kompaun saman pdrm 01.webp

Kesalahan berisiko tinggi

Kategori pertama mengandungi kesalahan berkaitan keselamatan jalan raya, pengangkutan awam, ataupun aliran trafik. Contoh kesalahan adalah seperti memandu melebihi had laju yang ditetapkan, pemandu teksi tak gunakan meter, ataupun menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab yang sah. Kadar saman adalah berkadar tetap RM300 tanpa pengurangan.

Kesalahan Kelakuan Pemandu & Teknikal Kenderaan

Kategori kedua adalah berkaitan kesalahan teknikal seperti buat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan, berhenti di petak kuning, gagal patuhi lampu isyarat, tak pakai tali pinggang keledar dan banyak lagi. Kesalah di bawah kategori ini kadarnya bermula RM100 dan boleh pergi sehingga RM300 bergantung kepada jenis kenderaan.

260202-bateriku-jpj pdrm saman kadar baru kompaun saman pdrm 02.webp

Kesalahan Teknikal Pasif Kenderaan

Kategori ketiga mengandungi kesalahan kecil tapi mampu cetuskan situasi bahaya kepada pengguna jalan raya. Kesalahan seperti lampu tidak menyala, lampu brek tidak berfungsi, tiada cermin sisi, dan membawa barang di dalam kenderaan tidak bersesuaian adalah antaranya. Kesalahan dalam kategori ini boleh dikenakan kompaun bermula RM50 hingga RM250.

Lain-lain Kesalahan Kecil

Kategori keempat merangkumi kesalahan berkaitan dokumen ataupun yang tak dedahkan risiko keselamatan secara langsung kepada pengguna jalan raya. Kesalahan seperti Lesen memandu tamat tempoh, tidak haidr PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan, tidak buat tukar milik, tidak pamer plat “P” dan sebagainya. Kompaun di bawah kategori ini bermula RM40 hingga RM150.

Anda boleh rujuk Laman Interaktif Trafik PDRM untuk Kadar Baru Kompaun Saman.

Kadar Saman Trafik JPJ (2026)

JPJ ada sediakan senarai kemas kini dalam bentuk PDF. Dokumen tersebut mengandungi lebih 850 kesalahan yang boleh dikompaun dan juga tak boleh dikompaun.

260202-bateriku-jpj pdrm saman kadar baru kompaun saman jpj 01.webp

Untuk kesalahan yang boleh dikompaun, kadar samannya adalah RM150 jika dibayar dalam tempoh 15 hari tetapi boleh naik kepada maksimum RM300 sekiranya tidak dilunaskan dalam tempoh 60 hari. Untuk kesalahan kategori tak boleh dikompaun, tiada saman dikeluarkan tetapi pesalah perlu jalani proses mahkamah. Kesalahan seperti memandu tanpa lesen dan gunakan dokumen kenderaan palsu adalah atara kesalahannya.

Cara Semak & Bayar Saman Trafik Secara Dalam Talian

Walaupun kadar saman dan penguatkuasaan diselaraskan, anda kena tahu yang JPJ berada di bawah MOT dan PDRM di bawah KDN. Dua kementerian berbeza bermakna cara semak dan cara saman juga gunakan sistem yang tersendiri.

Semak & Bayar Saman trafik PDRM

Ada dua cara utama untuk pengguna Malaysia periksa saman trafik. Cara pertama ataupun yang paling senang adalah melalui platform MyBayar PDRM. Platform ini ada dalam bentuk aplikasi telefon yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play Store, ataupun Huawei AppGallery.

260202-bateriku-jpj pdrm saman pdrm mybayar.webp

Kalau tak mahu pasang aplikasi tambahan, MyBayar PDRM juga boleh diakses menggunakan pelayar web sama ada di telefon ataupun komputer anda. Log masuk dengan MyDigital ID dan boleh terus periksa dan bayar saman trafik.

260202-bateriku-jpj pdrm saman pdrm mybayar 02.webp

Pilihan kedua untuk semak dan bayar saman trafik PDRM adalah guna Sistem Semakan Online (SSO) PDRM. Sistem ini boleh diakses menggunakan pelayar web sahaja. Itu salah satu kekurangannya. Kekurangan yang kedua adalah ia tak terima pembayaran secara dalam talian sebaliknya menghantar anda ke platform myBayar, Myeg, ataupun RILEK.

260202-bateriku-jpj pdrm saman pdrm sistem semakan online.webp

Semak & Bayar Saman Trafik JPJ

Kaedah terbaharu dan terkini untuk semak dan bayar saman trafik JPJ secara dalam talian adalah menggunakan aplikasi myJPJ. Tak seperti myBayar PDRM, myJPJ tiada kemudahan akses menggunakan laman web. Jadi pengguna perlu muat turun aplikasi tersebut. Log masuk senang sahaja iaitu guna Mydigital ID.

260202-bateriku-jpj pdrm saman myjpj.webp

Selain guna myJPJ, ada dua alternatif lain yang boleh digunakan. Alternatif pertama adalah portal MySikap JPJ yang bukan sahaja boleh diguna untuk periksa dan bayar saman trafik, tapi ia juga sediakan perkhidmatan pendaftaran kenderaan dan hal berkaitan lesen memandu.

260202-bateriku-jpj pdrm saman mysikap.webp

Alternatif kedua adalah gunakan saluran Myeg. Platform ini juga tawarkan kemudahan untuk semak dan bayar saman trafik JPJ menggunakan nombor kad pengenalan. Myeg ditawarkan dalam bentuk aplikasi mudah alih ataupun boleh juga diakses guna pelayar web di telefon dan komputer.

260202-bateriku-jpj pdrm saman myeg.webp

Diskaun Saman Trafik PDRM & JPJ

Seperti yang diumumkan MOT, tiada lagi diskaun bermusim akan diberikan bermula 1 Januari 2026 kerana mereka telah mengguna pakai kaedah “The Less You Delay, The Less You Pay.”

260202-bateriku-jpj pdrm saman diskaun madani.webp

Walau bagaimanapun, dikesan yang diskaun masih lagi diberikan. Contohnya, sewaktu Majlis Semarak Madani Program Kampung Angkat Madani di Kampung Sembulan pada 11 Januari 2026, poster promosi masih lagi menyenaraikan insentif pengurangan kadar saman sebagai salah satu penarik majlis tersebut. Ia mungkin mencadangkan yang kerajaan masih lagi berikan pengurangan secara bersasar.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read