Sebagai manusia, kita mempunyai fitrah untuk mencari adrenalin dalam hidup masing-masing. Ada yang mencarinya dengan menyertai sukan dan ada yang mencari adrenalin dengan permotoran seperti "Drift". Aktiviti ini yang dipopularkan oleh negara Jepun kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat global terutamanya di Malaysia.
Daripada filem The Fast and Furious: Tokyo Drift, budaya yang turut dirai oleh Juara Dunia Formula 1, Lewis Hamilton ini membentuk adrenalin sebenar yang datang daripadan ngauman enjin, bau tayar terbakar dan ketepatan melakukan aksi-aksi drift yang sempurna. Dengan kepakaran tempatan dalam bidang automotif, tidak hairan bahawa masyarakat kita semakin menghargai budaya yang melibatkan permotoran ini hari ke hari.

Bateriku Rai Budaya Drift Menuju Motor Maniac Festival 2026
Ramai sedia maklum bahawa festival berasakana komuniti permotoran semakin berkembang dari tahun ke tahun. Penganjuran Retro Havoc, Art Of Speed dan Motor Maniac merupakan satu petanda jelas terhadap tren dan minat masyarakat di Malaysia. Festival yang dijalankan bukan sekadar untuk berhimpun tetapi juga merupakan ruang untuk komuniti ini berhubung, menjual barangan eksklusif dan meraikan minat yang sama.
Bateriku yang juga sebagai Bantuan Tepi Jalan (RSA) Rasmi Motor Maniac terus menyokong acara Drift & Meet yang dianjurkan di HQ Motor Maniac pada bulan Ramadan dan Raya baru-baru ini. Bukan sahaj peminat automotif tetapi terdapat juga kehadiran orang awam dan selebriti seperti Joe Flizzow.

Aktiviti "Drift Taxi" di mana pengunjung dapat merasai pengalaman drift bersama pemandu terlatih melakukan aksi seperti Figure Eight adalah kemuncak acara yang dianjurkan. Sambutan yang ramai boleh dilihat apabila pengunjung sanggup beratur untuk merasai adrenalin di dalam kereta semasa melakukan aksi drift sekitar kawasan HQ Motor Maniac. Dengan marsyal-marsyal yang menjaga litar memastikan keselamatan pengunjung dan pemandu berada pada tahap yang terbaik.
Barangan Eksklusif Motor Maniac
Dalam masa yang sama, Motor Maniac juga mengambil kesempatan ini untuk mempersembahkan barangan-barangan ekslusif dari t-shirt, jersi, dan pelbagai jenis pakaian yang menggabungkan elemen automotif dan drift untuk gaya masa kini. Mereka yang hadir dapat membeli secara terus dan menikmati diskaun istimewa berbanding pembelian secara online yang terhad.

Motor Maniac Festival 2026
Pengumuman rasmi telah dibuat oleh Motor Maniac tentang penganjuran Motor Maniac Festival 2026 yang bakal menggegarkan Rooftop @ Level 7, MyTownKL, Kuala Lumpur pada 5 & 6 September 2026. Bateriku sebagai penganjur utama menjanjikan pengalaman yang luar biasa untuk setiap pengunjung dengan:
- ratusan kereta-kereta kustom dipamerkan
- pertandingan 2-step (ngauman ekzos)
- Cabaran Car Limbo
- Ekspo Diecast
- Persembahan Hip-Hop

Dengan visi untuk memupuk komuniti automotif Malaysia, menyediakan ruang selamat untuk ekspresi sukan permotoran, dan memperkenalkan sukan drift kepada audiens baru Bateriku akan terus menyokong Motor Maniac untuk berkembang. Jangan lepaskan peluang anda untuk kunjungi salah satu acara automotif terkemuka di Malaysia.

