16 Dec 2025

Bateriku Bantu Mangsa Banjir Ribut Tropika Senyar

Cover image

Bateriku dengan rasa tanggungjawab telah melaksanakan program bantuan banjir. Bantuan tersebut ditujukan kepada keluarga yang terkesan dengan banjir yang melanda beberapa tempat di Malaysia awal Disember 2025 lalu. Program ini memberikan penekanan kepada penyediaan makanan sebagai salah barang keperluan penting dek rutin harian mangsa telah teruk terkesan.

Jadi, ibu pejabat Bateriku telah mengerahkan sepasukan sukarelawan untuk mengenal pasti lokasi terkesan, wujudkan koordinasi dengan Pitstop berhampiran, dan terus menghantar bantuan yang diperlukan.

251215-bateriku-csr bukit payong meru sepang 02.webp

Lokasi agihan bantuan banjir Bateriku

Program bantuan banjir Bateriku dijalankan selama 3 hari antara 5 hingga 7 Disember 2025. Tiga lokasi yang dilawati oleh pasukan Bateriku adalah:

251215-bateriku-csr bukit payong meru sepang 03.webp

Secara keseluruhan, lebih 350 kotak bantuan telah disedia dan diedarkan dengan nilai melebihi RM8,100. Setiap kotak mengandungi barang makanan sebagai pemangkin untuk mereka kembali semula ke rutin asal selepas banjir. Antara yang dimasukkan adalah seperti:

  • Kicap
  • Mi Segera
  • Tepung
  • Gula
  • Beras Jasmin
  • Teh
  • Biskut
  • Sardin dalam tin

Bateriku di Bukit Payong

Di Bukit Payong, pasukan kembara Bateriku telah disertai beberapa sukarelawan BHero daripada Pitstop Bukit Payong. Mereka mengagihkan bantuan sekitar Taman Desa Damai, Taman Al-Amin, dan beberapa lokasi lain dengan bantuan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Payong yang diketuai oleh En. Nasir Ismail. Pek bantuan juga diagihkan sewaktu Foodie Food Fest Bukit Payong kepada pengunjung yang terkesan.

251215-bateriku-csr bukit payong meru sepang 06.webp

Bateriku di Meru

Di Meru, Klang, pasukan Bateriku telah singgah ke Balai Raya JPKK Kampung Meru. Di sana, pek bantuan telah diserahkan kepada Ketua Kampung, Tok Din. Pihak JPKK seterusnya menyampaikan bantuan dalam kalangan komuniti setempat.

251215-bateriku-csr bukit payong meru sepang 04.webp

Bateriku di Sepang

Akhir sekali di Sepang. Rakan Bateriku di Pitstop KLIA Avenue telah membantu pasukan HQ mengedarkan pek bantuan kepada rumah-rumah yang dilanda banjir di sekitar Sepang.

251215-bateriku-csr bukit payong meru sepang 05.webp

Ribut tropika Senyar jejaskan rutin harian rakyat Malaysia

Buat yang terlepas berita, akhir November 2025 lalu, ribut tropika Senyar telah membawa hujan yang amat lebat disertai dengan ribut kencang bermula dengan pantai barat Semenanjung sebelum beralih ke pantai timur. Ia menyebabkan ada beberapa lokasi mengalami banjir.

Hasil bantuan yang diterima oleh Bateriku daripada Pitstop setempat dan juga ahli jawatankuasa komuniti setempat membolehkan bantuan disalurkan dengan pantas dan cekap walaupun lokasi seperti Bukit Payong letaknya beberatus kilometer daripada ibu pejabat Bateriku.

251215-bateriku-csr bukit payong meru sepang 08.webp

Komitment Bateriku terhadap tanggungjawab sosial

Tak sekadar menjual Bateri automotif dan lain-lain servis, Bateriku turut tak lupakan tanggungjawab mereka untuk melindungi komuniti yang sentiasa menyokong mereka. Dalam waktu kecemasan, tibalah masanya Bateriku menghulurkan tangan dengan menggerakkan segala sumber yang ada dalam untuk meringankan beban. Akhir kata, Bateriku akan terus tawarkan bantuan di lokasi dan pada waktu diperlukan.

Sekiranya anda perlukan bantuan berkaitan automotif, hubungi Bateriku untuk bantuan pantas.

Avatar

Hanif Azrai

Let’s share to:

Next Read