20 Aug 2025

Apa Perlu Buat Jika Anda Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Cover image

Setiap hari, jumlah pengguna jalan raya semakin bertambah. Dengan peningkatan ini, risiko kemalangan juga semakin tinggi. Ada pemandu yang terlalu agresif menekan pedal minyak, ada pula yang terlalu berhati-hati sehingga mengganggu kelancaran trafik. Kedua-duanya boleh membawa kepada bahaya. Pemanduan yang selamat memerlukan keseimbangan dan konsistensi.

Sebagai contoh, ketika memandu di kawasan perumahan, kita perlu memandu dengan perlahan dan berhati-hati. Namun, apabila berada di lebuh raya, penting untuk kita mematuhi had laju dan menggunakan lorong yang betul. Misalnya lorong kanan untuk laju, lorong tengah untuk kelajuan sederhana, dan lorong kiri untuk kenderaan berat atau perlahan.

Apa Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya: Panduan Lengkap

Pematuhan ini bukan sahaja mengurangkan risiko kemalangan, malah dapat mengelakkan kesesakan jalan raya secara tiba-tiba atau phantom jam. Tetapi hakikatnya, malang tidak berbau.

Langkah Pertama Selepas Kemalangan

Walau seberapa cermat kita, kemalangan boleh berlaku di luar kawalan kita. Oleh itu, amat penting untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya. Panduan ini akan membantu anda bersedia, sama ada kemalangan kecil atau besar.

1. Bertenang dan Utamakan Keselamatan

  • Jangan panik. Tarik nafas dalam-dalam dan kawal emosi.
  • Hidupkan lampu kecemasan (hazard light) segera untuk memberi isyarat kepada pengguna jalan raya lain.
  • Jika boleh, alihkan kenderaan ke tempat yang selamat dari aliran trafik.
  • Periksa diri sendiri dan penumpang sama ada mengalami kecederaan.
  • Keluar dari kenderaan dengan berhati-hati dan tunggu di kawasan yang selamat.

What To Do If Accident-2.webp

2. Nilai Situasi

  • Perhatikan keadaan sekitar. Adakah terdapat orang lain yang cedera?
  • Jika kemalangan serius, hubungi talian kecemasan 999 untuk memanggil polis atau ambulans.
  • Elakkan bertekak atau menyalahkan pihak lain di tempat kejadian. Kekalkan profesionalisme.

3. Dokumentasi Penting

  • Ambil gambar atau video yang jelas keadaan kemalangan, kerosakan kenderaan, nombor plat, dan situasi jalan.
  • Simpan rakaman dashcam jika ada.
  • Catat maklumat saksi dan dapatkan nombor telefon mereka.

What To Do If Accident-3.webp

4. Dapatkan Maklumat Peribadi

  • Dapatkan maklumat pemandu lain seperti nama, nombor telefon, syarikat insurans, dan nombor pendaftaran kenderaan.
  • Jika pihak lain enggan memberi kerjasama, jangan panik. Ambil gambar kenderaan mereka, nombor plat, dan terus buat laporan polis.
  • Elakkan konfrontasi kerana ia hanya memburukkan keadaan.

5. Buat Laporan Polis & Hubungi Insurans

  • Di Malaysia, laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.
  • Pastikan anda mendapatkan salinan laporan dengan cop rasmi kerana dokumen ini penting untuk tuntutan insurans dan isu berkaitan undang-undang.
  • Hubungi syarikat insurans anda secepat mungkin untuk memaklumkan kejadian.
  • Ketahui prosedur tuntutan kerana setiap polisi mungkin berbeza. Ada yang mengambil masa lebih lama untuk diproses.

What To Do If Accident-4.webp

Soalan Lazim Tentang Kemalangan Jalan Raya

Berikut adalah soalan-soalan yang sering kali ditanya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya:

1. Adakah Wajib Untuk Membuat Laporan Polis Selepas Setiap Kemalangan?

Ya. Di Malaysia, laporan polis wajib dibuat dalam masa 24 jam walaupun kemalangan kecil. Jika tidak, anda mungkin dikenakan denda dan berdepan kesukaran membuat tuntutan insurans.

2. Dokumen Apa Diperlukan Untuk Tuntutan Insurans?

Biasanya, anda perlu menyediakan:

  • Laporan polis dengan cop rasmi
  • Salinan kad pengenalan (IC)
  • Lesen memandu
  • Butiran polisi insurans
  • Gambar atau video kejadian

3. Bolehkah Terus Memandu Selepas Kemalangan Kecil?

Jika kerosakan sangat kecil, kenderaan boleh dipindahkan ke tepi jalan supaya tidak mengganggu trafik. Namun, maklumat tetap perlu ditukar dan laporan polis tetap wajib dibuat.

4. Apa Perlu Dibuat Jika Pihak Lain Tidak Mahu Berkongsi Maklumat?

Kekal tenang dan elakkan bertekak. Ambil gambar nombor plat dan kenderaan mereka. Selepas itu, buat laporan polis segera. Syarikat insurans anda akan membantu langkah seterusnya.

Bila Perlu Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance)

Tidak semua insiden di jalan raya berpunca daripada pelanggaran. Ada kalanya anda mungkin berdepan masalah lain seperti:

  • Bateri kereta kong
  • Kunci tertinggal dalam kereta
  • Kehabisan minyak
  • Tayar pancit
  • Perlu ditunda (towing)

Dalam situasi sebegini, anda boleh bergantung kepada Bateriku yang kini mempunyai lebih 220 pitstop di seluruh negara. Sama ada masalah kecil atau besar, bantuan boleh tiba dengan cepat dan mudah.

Pada masa yang sama, tahukah anda bahawa Astra turut menawarkan perlindungan GPA Takaful sehingga RM7,000. Perlindungan ini termasuk:

  • Kematian akibat kemalangan: RM7,000
  • Hilang Upaya Kekal (TPD): RM7,000
  • Perbelanjaan pengebumian: RM2,000
  • Kos ambulans: RM500

Perlindungan ini mampu mengurangkan beban kewangan kepada pemandu dan keluarga jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Kemalangan memang tidak dapat dijangka, tetapi bersedia menghadapi situasi sebegini adalah kunci utama. Dari menjaga keselamatan di lokasi, membuat laporan polis, sehinggalah kepada menguruskan tuntutan insurans, langkah yang betul akan memudahkan semua urusan.

Dan jangan lupa, jika anda menghadapi masalah di jalan raya seperti tayar pancit, kereta tidak boleh dihidupkan, atau perlu ditunda, Bateriku sentiasa ada untuk membantu anda kembali bergerak dengan selamat.

Avatar

Hazzim Nasir

Let’s share to:

Next Read