Hujung tahun di Malaysia memang sinonim dengan hujan lebat dan cuaca tidak menentu. Ketika monsun timur laut melanda, kebanyakan negeri terutama di pantai timur Semenanjung mula menerima taburan hujan yang tinggi hampir setiap hari. Walaupun hujan membawa kesegaran dan menyejukkan cuaca, ia juga menandakan bermulanya musim yang penuh cabaran bagi penduduk bandar dan luar bandar.
Banjir kilat di Lembah Klang bukan lagi perkara luar biasa hampir setiap kali hujan lebat, beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan sekitarnya pasti dilanda air naik secara tiba-tiba. Laporan DBKL pada Ogos 2024, Terdapat lokasi panas banjir kilat telah berjaya dikenal pasti di sekitar ibu negara dan di sekitar kawasan Selangor.
Fenomena ini tidak hanya menyebabkan kesesakan jalan raya, malah kerosakan serius pada kenderaan, terutamanya sistem elektrik dan bateri kereta. Ramai pemandu terkejut apabila mendapati kenderaan mereka gagal dihidupkan selepas air surut
Senarai Kawasan Banjir Kilat: Lebuh Raya Kerap Terganggu
Berikut antara lokasi yang sering dilanda banjir kilat berdasarkan laporan DBKL dan media tempatan:
- Jalan Syed Putra
- Jalan Maharajalela
- Jalan Tun Razak
- Jalan Pahang & Jalan Pahang Barat
- Jalan Raja Chulan
- Jalan Peel
- Jalan Dutamas
- Jalan Genting Kelang
- Lorong Titiwangsa 11
- Jalan Sultan Azlan Shah
- Pintasan Segambut
- Jalan Kuching
- Jalan Kepong
- Jalan Universiti (sempadan KL–PJ)
Selain itu, beberapa kawasan di Selangor juga dikenal pasti berisiko tinggi, antaranya.
- Taman Sri Muda
- Seksyen 13, Shah Alam
- Kampung Kubu Gajah
- Jalan Kebun / Bukit Kemuning
- Kampung Tengah / Kampung Baru Hicom
Sekiranya and ada menggunakan jalan yang disenaraikan di atas anda perlu membuat perancangan semula sekiranya kawasan tersebut hujan melebihi 6 jam ataupun semalaman.
Beberapa faktor utama dikenal pasti menyumbang kepada peningkatan kejadian banjir kilat:
- Sistem saliran tersumbat: longkang tidak diselenggara dengan baik, menyebabkan air tidak dapat mengalir keluar dengan cepat.
- Pembangunan pesat tanpa kawalan: kawasan hijau ditukar kepada bangunan dan jalan raya, mengurangkan kawasan resapan air.
- Curahan hujan ekstrem akibat perubahan iklim.
- Sampah dan sisa binaan yang menyekat laluan air.
- Paras tanah rendah dan reka bentuk jalan tidak efisien.
3 Langkah Keselamatan Kenderaan
ketika banjir terdapat berberapa langkah yang anda boleh lakukan bagi memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik dan jauh dari risiko terkena banjir antaranya adalah:
1. Elakkan Parkir di Kawasan Sungai atau Parkir Bawah Tanah
terutama semasa musim hujan. Apabila paras air sungai naik, kawasan ini akan menjadi lokasi pertama dinaiki air. Jika parkir bawah tanah dinaiki air, kenderaan bukan saja akan tenggelam, tetapi sukar diselamatkan kerana akses terhad.
2. Elakkan Meredah Air Bertakung atau Air Banjir di Lebuhraya
Apabila nampak air bertakung di jalan atau lebuhraya, jangan terus redah walaupun kenderaan lain melaluinya. Arus air yang kuat boleh menolak kereta dan air juga boleh masuk ke ruang enjin yang menyebabkan kerosakan serius pada:
- Sistem elektrik & bateri
- Alternator dan starter motor
- ECU (Engine Control Unit) Jika air sudah melebihi paras separuh tayar, sebaiknya berpatah balik atau cari laluan lain.
3. Matikan Enjin Jika Terperangkap
Jika anda sudah berada di kawasan banjir dan air mula naik, segera matikan enjin. Jangan cuba hidupkan enjin semula kerana tindakan ini boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan kekal pada sistem elektrik.
Langkah terbaik ialah keluar dari kenderaan (jika selamat) dan hubungi bantuan kecemasan seperti Bateriku.com untuk towing atau pemeriksaan di lokasi.
Alamak, Kereta Hanyut!
Nama pun banjir kilat kita tidak dapat menjangka seberapa cepat air boleh naik. Anda mungkin sudah cuba mengelak kawasan banjir, namun jika kereta tetap juga ditenggelami atau dihanyutkan arus deras, apa yang patut anda lakukan?
1. Utamakan Nyawa, Bukan Kenderaan
Apabila arus banjir semakin deras dan kereta mula bergerak, jangan cuba lawan arus atau kekal dalam kenderaan terlalu lama. Buka tali pinggang keledar dan turunkan tingkap segera sebelum sistem elektrik gagal. Jika tingkap elektrik tidak berfungsi, gunakan objek keras (seperti pengetuk kecemasan) untuk pecahkan cermin sisi atau belakang. Keluar secepat mungkin dan*berpaut pada objek kukuh atau bergerak ke tempat tinggi.
2. Elak Menyelamatkan Barang Peribadi
Ramai mangsa tersilap langkah apabila cuba selamatkan telefon, beg, atau barangan dalam kereta. Jangan buang masa untuk ambil apa-apa. Arus air banjir boleh menjadi sangat kuat dan mudah menolak tubuh manusia walaupun hanya sedalam 0.5 meter.
3. Hubungi Bantuan Kecemasan Segera
Hubungi 999 atau pihak Bomba & Penyelamat Malaysia jika masih ada mangsa lain di sekitar. Maklumkan lokasi terkini dan keadaan sekitar dengan tepat. Jika kenderaan tenggelam atau hanyut, jangan cuba selamatkan sendiri. Tunggu bantuan profesional.
4. Selepas Air Surut, Jangan Cuba Hidupkan Enjin
Periksa dulu bahagian penting seperti:
- Minyak enjin & transmisi Jika warnanya keruh seperti “ Teh susu”, itu tanda air sudah bercampur dan perlu diganti segera.
- Bateri & fius Air*boleh menyebabkan litar pintas walaupun kereta masih nampak elok dari luar.
- Bahagian dalaman Keringkan tempat duduk dan karpet untuk elak kulat, bau hapak dan karat.

5. Simpan Rekod untuk Tuntutan Insurans
Jika kereta anda dilindungi polisi Special Perils (banjir, ribut, tanah runtuh), kumpulkan bukti berikut:
- Gambar kerosakan kenderaan
- Lokasi kejadian
- Laporan polis / bomba
- Bukti panggilan towing atau bantuan kecemasan
Apabila berdepan banjir, keselamatan diri adalah keutamaan.Kereta boleh diganti, tetapi nyawa tidak.
Kesan Banjir Kilat Terhadap Penduduk dan Kenderaan
- Setiap kali banjir kilat di Malaysia berlaku, ribuan pengguna jalan raya terjejas dengan pelbagai kesan yang ketara. Antara kesan utama ialah kesesakan jalan raya apabila kenderaan tersangkut dalam air, menyebabkan aliran trafik terganggu dan masa perjalanan menjadi lebih panjang.
Selain itu, kerosakan kenderaan akibat banjir kilat juga menjadi isu besar. Komponen penting seperti enjin, sistem elektrik, ECU dan bateri sering mengalami kerosakan serius apabila terendam air. Kos pembaikan boleh mencecah ribuan ringgit jika tidak ditangani segera.
Dari aspek keselamatan pula, risiko kepada pemandu amat tinggi. Ramai yang masih berani meredah air tanpa menyedari kedalaman sebenar banjir, lalu terperangkap atau dihanyutkan arus deras. Keadaan ini bukan sahaja berbahaya kepada nyawa, malah boleh menyebabkan kehilangan kenderaan sepenuhnya.

Hubungi Bateriku Untuk Bantuan Profesional seperti:
- Servis towing 24 jam ke bengkel selamat
- Pemeriksaan bateri & sistem elektrik percuma
- Nasihat teknikal & pemeriksaan lanjut selepas banjir
Pasukan Bateriku dilatih untuk menangani kes kenderaan banjir dengan selamat dan cepat.
Bila keadaan selamat, barulah urus bantuan dan pemeriksaan kenderaan bersama pihak profesional seperti Bateriku, yang sentiasa bersedia membantu 24/7 dari towing hingga pemeriksaan bateri selepas banjir.
“Air boleh naik bila-bila, bantuan kami pun boleh sampai bila-bila”
Bateriku Sentiasa ada, Dimana anda berada.

